Sunday, July 03, 2016

Guan Eng Mengaku Mulai Takut & Bimbang Sokongan Rakyat Berubah..

Post Pic
GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengakui beliau bimbang sokongan rakyat di negeri ini terhadapnya akan berubah ekoran dua pertuduhan rasuah yang dihadapinya. 

Guan Eng walaubagaimanapun berkata beliau tidak akan meletak jawatan atau cuti sementara sehingga dua pertuduhan rasuah membabitkannya selesai dibicarakan di mahkamah. 

"Saya sememangnya bimbang apabila dituduh di mahkamah dengan dua pertuduhan rasuah. Saya takut rakyat akan beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
"Paling utama, saya takut jika rakyat sudah tidak lagi menaruh kepercayaan terhadap diri saya sebagai seorang Ketua Menteri mahu pun ahli politik," katanya dipetik Berita Harian Online. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Penerangan Ketua Menteri Bersama Rakyat di Dewan Sri Pinang di sini, hari ini.

Turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua serta Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu. 

Khamis lalu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP didakwa atas dua tuduhan rasuah berhubung isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn yang dibelinya di bawah nilai pasaran dan menggunakan kedudukannya bagi meluluskan permohonan pengezonan semula lot pertanian kepada lot perumahan. 


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng
E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng

8 comments:

Anonymous said...

Mengapa Ketua Musyrikin Penang didakwa dalam mahkamah? Pegawai penyiasat dan pendakwa raya mempunyai bukti-bukti kukuh untuk mendakwa Ketua Musyrikin Penang!

Toni Puaka telah berkata dalam video bahawa jika SPRM sudah mendakwa (seseorang), orang tersebut mestilah mengambil cuti.

Mengapa Ketua Musyrikin Penang dan kuncu-kuncunya membuat pelbagai kenyataan yang berbelit-belit untuk tidak bercuti atau tidak meletak jawatan?

Mengapa Ketua Musyrikin Penang dan kuncu-kuncunya yang mendesak pempin-pemimpin parti lain meletak jawatan atau bercuti tetapi Ketua Musyrikin Penang takut meletak bercuti atau meletak jawatan.

Nampaknya Datuk Harun Idris dan Mohd Khir bersikap gentleman kerana mereka berani meletak jawatan berbanding dengan Ketua Musyrikin Penang yang bersikap pengecut !

Anonymous said...

Isma gesa Guan Eng letak jawatan, buktikan integriti DAP
Aminuddin-Yahaya-Dimensi-15-Jan-2015
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, Ahad – Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Haji Aminuddin Yahaya menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meletak semua jawatannya kerana dia telah pun didakwa di mahkamah.

“Walk the talk. Jika Lim Guan Eng benar-benar ada integriti, seperti yang selalu dia laungkan, dia perlu letak jawatan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Katanya lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan siasatan dan ini membuktikan bahawa memang terdapat kes yang berlaku.

“Biar mahkamah tentukan dan jangan hipokrit, bila orang lain kena, kita (merujuk kepada parti DAP) kata mahkamah adil, tapi bila diri sendiri kena, kita kata ini adalah politik.

“SPRM telah jalankan siasatan dan pasti ada kes, kalau tidak takkan dibawa ke mahkamah. Rakyat tak perlu panik dan biarkan mahkamah tentukan,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan bapa kepada Ketua Menteri itu, Lim Kit Siang yang mengumumkan akan menjelajah ke seluruh negara untuk bertanyakan pandangan orang ramai sama ada anaknya itu perlu meletak jawatan ataupun tidak, Aminuddin menyelar tindakan berkenaan.

“Kenapa perlu buat roadshow dan minta pandangan orang ramai? Ini soal peribadi dan maruah diri sendiri. Kenapa nak suruh orang ramai pulak tentukan?

“Ini sikap pemimpin DAP yang kononnya sangat ambil berat soal ketelusan dan keadilan. Pemimpin seperti ini tidak layak disokong,” tegasnya.

Tindakan DAP membuat kempen kutipan derma RM1 juta untuk Setiausaha Agung parti itu juga dianggap tidak masuk akal kerana katanya, ia satu tindakan memalukan.

“Amat memalukan apabila seorang ketua menagih derma orang ramai sedangkan dia mampu beli banglo RM2.8juta,” katanya.

Anonymous said...

GAMBAR BOGEL MANA. SYED HISYAM......????????
JANGAN DI CARI CARI AJE. SALAH. ORANG.......:
PERANGAI. 360 DARJAH SERUPA. UMNGOOK. ......
SIAPA SEBENARNYA
KAFIR. HARBI......

Anonymous said...

harakah tak laku. di. Kelantan.........
Orang kelantan. Bijak. Berpolitik.....
Menggigil. Kepala lutut. Lebai2 parti. Pus---puss........
Ada. Harapan. Balik kampung.........
Tanam. Jagung.........

Anonymous said...

yg komen diatas orang Penang ke ? Ini hak dia cakap banyak nak buat apa orang Penang tetap bersama LGE lebih baik kumpul semua anggota BN dan pikiaq macam mana boleh tawan balik Penang lagi baik.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kalau org2 Penang bersama BN nak tawan balik Penang adakah pemimpin melayu akan tadbir Penang?

Anonymous said...

Jika org2 Penang bersama BN tawan penang adakah pemerintahnya nanti org melayu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails