Ini lain sebagai hiasan sahaja. MAT LANON Filem. MatLanun merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan diMalaysia pada tahun 1968. Filem Mat Lanun diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
HALAMAN HIBURAN
KOMEN seorang Anonymous mengulas artikel ini..
Penerbit: Bodowood
Sinopsis filem:
Ketua Lanun Pulau Tipustan seperti biasa mendakwa dirinya tidak bersalah dan dia akan lawan kesnya itu secara habis-habisan walaupun tentera laut Blitish telah menangkap dia semasa dia sedang menyamun secara terang-terangan.
Ketua penyamun berkata dia menyerahkan soal kedudukan dirinya itu kepada pasukan lanun Pulau Tipustan dan kepimpinan lanun akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membuat keputusan tentang jawatannya dalam pasukan penyamun. Setakat ini dia mendakwa dia masih lagi kekal sebagai Ketua Lanun Pulau Tipustan.
Lanun-lanun lain sangat mengharapkan dia dipenjarakan supaya lanun lain boleh melobi dan berpeluang menjadi ketua penyamun yang baru di Pulau Tipustan.
Selagi orang bodoh macam awak wujud atas muka bumi Malaysie selagi itu lah penjenayah dari kalangan pemerintah dipusat akan tetap berkuasa dan rakyat tetap merana dan mnderita.
ReplyDeleteIbnu Dajjal ~ penyokong kezaliman (kalau tengok muka kamu ni sememangnya orang sakit).
ReplyDeleteUiiiii PAN Imayam marahhhhh sebab Billy Idol mereka dipersoalkan. Memang patut dipersoalkan sebab Ketua Musyriqin Penang cakap tak serupa bikin
ReplyDeletehttps://aidcnews.wordpress.com/2016/06/30/bukankah-dia-yang-beriya-iya-desak-dr-khir-toyo-bercuti-dulu/
Bukankah Dia Yang Beriya-iya Desak Dr Khir Toyo Bercuti Dulu ?
GEORGE TOWN – Sekiranya bab orang lain mereka ini cukup garang melompat desak segera letak jawatan segala macam jika dituduh di mahkamah. Namun bila kena batang hidung sendiri lain ceritanya.
Lim Guan Eng yang dihadapkan ke mahkamah di sini hari ini atas dua pertuduhan salahguna kuasa dan rasuah dengan tegas berkata setakat ini beliau masih lagi kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Ditanya soal cepumas itu oleh wartawan dalam sidang akhbar selepas kesnya dibawa ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang,Guan Eng hanya berdalih dengan menyerahkan soal kedudukan dirinya itu kepada parti.
Sidang akhbar itu diadakan di dewan bandaraya Pulau Pinang bersebelahan Padang Kota Lama yang terletak tidak jauh dari kompleks mahkamah dan bangunan Dewan Undangan Negeri.
Kata Guan Eng, kepimpinan DAP akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membuat keputusan. Namun beliau seperti biasa mendakwa tidak bersalah dan akan lawan kesnya habis-habisan.
Sementara itu Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dalam satu kenyataan kata Guan Eng perlu segera melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Malah Guan Eng perlu berundur daripada jawatan-jawatan yang disandang beliau dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga perbicaraan kes rasuah beliau selesai sepenuhnya.
Katanya tindakan ini adalah perlu bagi menjamin integriti jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak dipertikaikan dan menjadi bahan jenaka pelbagai pihak pula.
“Ini bukan pertama kali seorang pemimpin negeri didakwa di Mahkamah atas tuduhan rasuah. Ini bukan pendakwaan politik (political persecution) kerana yang didakwa adalah seorang pemimpin parti pembangkang.
“Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat setelah siasatan yang teliti, rapi dan professional dilaksanakan oleh SPRM.”
“Kita difahamkan seramai lebih 90 orang individu telah dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Ia melibatkan skandal dalam pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran daripada seorang ahli perniagaan yang dikatakan ada urusan perniagaan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.”
“Undang-undang dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa mengira pangkat, bangsa, agama atau pegangan politik; yang tertuduh diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri di mahkamah.
“Begitu jugalah Lim Guan Eng akan berpeluang untuk membela dirinya di Mahkamah nanti.,” katanya – mynewshub
Maka Rahsia PAN mendewakan DAP terbukti dengan tindak tanduk Mujahid Yusuf Rawa. Bila Guan Eng kena tahan lepas buka puasa dia pi tengok. Bila orang melayu kampung mereka dirampas, Mujahid tak Peduli.
ReplyDeleteWahai tuan2, kenalilah PANipu ini.
https://aidcnews.wordpress.com/2015/12/16/lagi-kampung-melayu-di-pulau-pinang-bakal-lenyap/
Lagi Kampung Melayu Di Pulau Pinang Bakal Lenyap?
GEORGE TOWN- Sebuah lagi perkampungan Melayu di Pulau Pinang iaitu Kampung Selut, Sungai Pinang di sini bakal lenyap selepas penduduk di situ dimaklumkan kawasan berkenaan akan dibangunkan semula oleh pemaju.
Kampung berkenaan yang terletak berhampiran bandaraya George Town di sini wujud sejak 1960-an dan menempatkan kira-kira 5,000 penduduk.
Pengerusi Kariah Masjid Jamek Sungai Pinang, Ibrahim Din berkata terdapat 102 buah rumah teres dan 102 rumah jenis sebuah di kawasan berkenaan yang dibina atas milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dipercayai terlibat dalam projek pembangunan semula di situ.
“Tanah itu adalah milik seorang individu dan kerajaan Pusat yang diterajui perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein ketika itu memberikan sejumlah wang untuk membina rumah di kawasan berkenaan bagi membantu orang Melayu yang tidak mempunyai rumah.
“Pemilik tanah itu bersetuju menjadikan kawasan berkenaan sebagai tanah rizab orang Melayu dan Majlis Perbandaraan Pulau Pinang (MPPP) ketika itu dilantik sebagai pemegang tanah terbabit,” dakwanya.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ibrahim yang juga tinggal di Kampung Selut berkata penduduk di situ telah beberapa kali berhubung dengan MBPP untuk membeli rumah-rumah berkenaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, bagaimanapun tidak berjaya ekoran pihak berkenaan enggan menjualnya.
“Selepas beberapa perbincangan hanya pemilik rumah sebuah-sebuah dapat membeli rumah manakala mereka yang tinggal di rumah teres masih menyewa dan kami membayar RM70 sebulan,” katanya.
Beliau berkata sejak awal tahun ini, penduduk rumah teres di situ mula bimbang kerana mereka dimaklumkan MBPP menerusi pemaju akan membangunkan semula kawasan berkenaan dengan pembinaan rumah pelbagai jenis termasuk di kawasan penempatan rumah sebuah-sebuah di situ.
“Pada Jun lepas MBPP telah menghantar surat kaji selidik kepada penduduk bagi cadangan untuk membangunkan semula kawasan berkenaan dan semua penduduk menerusi Kariah Masjid Jamek Sungai Pinang membuat surat membantah cadangan terbabit.
“Kami memang membantah sekeras-kerasnya kerana kampung itu adalah tempat kami malah kami juga tidak dimaklumkan mengenai nasib penduduk di sini jika pembangunan semula dibangunkan. Kami berharap ada pihak yang dapat tampil membantu penduduk di sini,” katanya.
Ibrahim berkata penduduk di situ ada menghantar surat untuk berjumpa dengan wakil kerajaan negeri Pulau Pinang untuk berbincang mengenai masalah itu, namun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan.
meroyan puak JJlge!!
ReplyDeletehttp://thekl-chronicle.blogspot.my/2016/07/perebutan-kuasa-dapmalaysia-di-pulau.html
ReplyDeletePerebutan Kuasa @dapmalaysia di Pulau Pinang kini bermula
Pergolakan dalaman DAP di Pulau Pinang semakin memuncak. Mengikut sumber tertentu ada gerakan terancang dalam DAP Pulau Pinang yang ingin menyingkirkan CM Lim Guan Eng dari Pulau Pinang.
Antara rancangan tersebut adalah membongkar isu pembelian banglo di jalan PinHorn dan maklumat rahsia tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang kepada Parti Gerakan untuk menjatuhkan Lim Guan Eng setelah desakan dari DAP Pulau Pinang agar Lim Guan Eng kembali ke Melaka tidak diendahkan.
Pada 8 Mac 2008 di Hotel Hard Rock Café, Pulau Pinang. Lim Guan Eng telah mengambil jawatan Ketua Menteri yang sepatutnya diberi kepada Chow Kon Yeow. Antara perjanjian tersebut mengatakan bahawa Lim Guan Eng akan menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang selama sepenggal dan akan menyerahkan kepada Chow Kon Yeow. Tetapi Lim Guan Eng telah mengkhianati perjanjian tersebut.
Ramai ahli parti kanan DAP percaya perjanjian itu membolehkan Guan Eng menjadi Ketua Menteri hanya satu penggal sebelum diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.
Teh Yee Cheu Adun DAP-Tanjung Bunga seorang org kuat Chow Kon Yeow yang mendapat sokongan kuat di akar umbi DAP Pulau Pinang turut menyerang Lim Guan Eng dan membuat cadangan supaya penggal khidmat seorang Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada dua penggal sahaja tahun lalu.
Umum mengetahui Teh Yee Cheu telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang 3 hari sebelum Konvensyen DAP Negeri Pulau Pinang bermula.
Lim Guan Eng tidak bertanding dalam pemilihan DAP Pulau Pinang, mungkin kerana beliau sudah menjadi Setiausaha Agong DAP Nasional... the supreme leader of DAP. Ini adalah penggal terakhir Lim Guan Eng boleh menjawat jawatan Setiausaha Agong DAP dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Ia akan berakhir sebelum penggal Parlimen ke-13 tamat tempoh.
Ini bermakna Lim Guan Eng bukan lagi Setiausaha Agong DAP menjelang PRU ke 14 nanti. Lim Guan Eng juga tidak disenangi oleh sebahagian besar pemimpin DAP Pulau Pinang yang melihat Lim Guan Eng sebagai "pemain impot" dalam politik Pulau Pinang.
Nampaknya agenda untuk menamatkan karier politik Lim Guan Eng telah berjaya.
Selamat Tinggal Lim Guan Eng.
Ditulis oleh :
Ahli DAP dan penganalisis politik Penang.
http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/
ReplyDeleteKATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral
APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:
Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.
Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.
BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang
Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.
Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.
Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.
Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.
Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.
Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.
Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.
Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.
Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.
DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.
Lim Guan Eng pernah jadi rakan sebantal dengan PAS,setelah cerai dengan DAP ni mulalah puak2 PAS memperlihatkan kebodohan dan keburukan mereka. Kalau dulu mereka mengelar Lim Guan Eng sebagai Khalifah Umar.Begitulah dalam politik hari ini kawan dan esoknya boleh jadi musuh.
ReplyDeleteElehhhhhhhhhh Anon 18:18, biasalah spin. Yg bawa tu sekarang ni dalam PAN. Itu bantal ada banyak dalam PAN. kah kah kah. Bantal Kaler narnar.
ReplyDelete