PAGI tadi ada kawan saya bertanya, tak ulas ke mengenai isu Lim Guan Eng (maksud penangkapannya)? Nak ulas juga, tapi dah ramai yang mengulas sehingga ramai pula menjadi hakim sebelum lagi pembicaaraan bermula.
Lim Guang Eng menegaskan kedua-dua pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kanun Keseksaan kerana perbuatan rasuah adalah jelas penganiayaan atau pendakwaan politik yang semata-mata untuk menghancurkan saya sebagai ketua menteri Pulau Pinang.
"Saya lebih rela mati daripada hidup melutut", mengakhiri kenyataan rasminya selepas dia ditahan semalaman oleh pihak SPRM.
Dalam isu LGE, saya berpegang kepada kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan rasmi parti PAS berkata parti itu tetap berpegang pada pendirian presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Guan Eng tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian.
Tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan. Biarlah mahkamah yang membuat keputusan. Elak daripada kita menjadi hakim kepada pembicaraan media.
LGE adalah antara mereka yang lantang menentang hukum Islam, termasuk hukum hudud. Jika dia bersama PAS memperjuangkan kebaikan hukum Islam, rasanya ada banyak perkara LGE akan dapat manafaat daripada hukum Islam kerana hukum ini lebih adil terutama dalam isu yang melanda dirinya sekarang.
Saya kira LGE memilih peradaban China kuno bila dia menyebut "Saya lebih rela mati daripada hidup melutut".
Saya pelik juga LGE menolak hukum Islam sedangkan ada beberapa hukuman China kuno ada persamaan dengan hukum hudud. Misalnya rogol berat dikenakan 100 sebatan dengan kayu berat.
Tapi mungkin LGE lebih suka memilih hukum China kuno (falsafahnya) sesetengahnya lebih kejam daripada hukum Islam.
Cuba kita rujuk kepada mati berdiri.
Jika kita menonton filem klasik China kita akan dapati banyak perkara tentang pegawai tinggi yang korup dan wujud juga hakim yang adil dan saksama seperti kisah Hakim Bao.
Terpulanglah kepada LGE nak mati berdiri atau nak mati duduk, tetapi selagi dia dan DAP menentang hukum Hudud dan RUU 355 Private Bill memperkasakan Mahkamah Syariah yang khusus untuk orang Islam dia akan berhadapan dengan pegawai yang korupsi kerana undang-undang ini sahaja mampu membenterasnya.
Jangan mengharap bayangan atau inspirasi keadilan dari Judge Bao Zheng, Zhong Kim Nam, atau Ahok kerana bayangan dan roh keadilan itu ada bersama dengan PERJUANGAN PAS.
4 comments:
Uihhhhh maka menangis meraunglah kepimpinan PAN bila melihat career politic sifoo mereka seperti foto2 itu.
Tapi asya yakin, mereka termasuk Mujahid dan Mat Sabu tak akan peduli bila orang Islam Penang ditindas bagai warga palestine di Gaza.
Jeff Hulu Bernam
Keadilan Reform.
P/S: Mat Sabu, belajar2 lah tolong rakyat marhaen dan dampingi mereka. Jangan asyik goreng2 PAN saja. kah kaha kah
Tahu pun kata itu Cina Kuno? Kita mcm mana? Kuno juga kah?
Nampaknya Ketua Musyrikin Penang akan mati berdiri bersama dengan sifu-sifunya dan hamba abdi kualinya dan penjilat dari P*R.
Pasal apa harakah tak laku lagi di kelantan...????????
Post a Comment