DIKATAKAN sudah menjadi trend senario perempuan simpanan dipukul dan dimalukan di hadapan khalayak ramai sudah tidak asing lagi di China.
Terbaharu, muncul video berdurasi 2 minit 29 saat memaparkan seorang wanita dibelasah oleh dua wanita lain sambil disaksikan orang awam yang berada di situ.
Rakaman menunjukkan rakan-rakan si pelaku bersorak memberikan sokongan dan turut memukul wanita berkenaan. Difahamkan mangsa dalam kejadian yang berlaku di Bozhou, wilayan Anhui timur China itu merupakan perempuan simpanan kepada suami si penyerang.
Mangsa dirakam mula menangis sebaik sahaja pakaiannya direntap dan dicampak jauh sehinggakan mangsa terpaksa duduk untuk melindungi dadanya yang terdedah.
Rata-rata netizen yang melihat rakaman kejadian itu meluahkan rasa meluat dan sakit hati melihat tindakan sekumpulan wanita memalukan mangsa sedemikian rupa.
“Kamu patut pukul suami kamu dan bukannya wanita itu yang dipersalahkan. Sepatutnya lelaki yang harus dipukul,” kata salah seorang netizen.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wajarkah begitu? Apakah tidak ada jalan penyelesaian? Tidak bolehkah dirundingkan supaya sama-sama ada hak terhadap lelaki satu yang jadi rebutan itu?
(IH)
1 comment:
poligami - itu jawabannya
Post a Comment