Tuesday, July 05, 2016

Israel Lulus 560 Kediaman Haram Yahudi, M'sia DAP Hapuskan ...

  Palestin hancur.
BAITULMUQADDIS – Israel meluluskan 560 kediaman baharu untuk peneroka haram Yahudi di Maale Adumim, Tebing Barat, kata seorang jurucakapnya semalam.
Jurucakap itu yang merupakan datuk bandar Adumim mengesahkan keputusan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahan, Avigdor Lieberman membenarkan pembinaan penempatan haram itu di Baitulmuqaddis Timur.
Keputusan mengenainya menyusul selepas pemimpin-pemimpin Israel menggesa tindakan lebih keras diambil berhubung serangan Palestin terhadap penduduk Israel sejak beberapa hari lalu.
Menurut laporan media, Netanyahu juga memberikan kelulusan pembinaan 240 kediaman baharu di beberapa penempatan haram Yahudi di Baitulmuqaddis Timur selain 600 unit rumah penduduk Palestin di daerah Beit Safafa.
Serangan terbaru itu termasuk remaja Israel-Amerika Syarikat, Halle Yaffa Ariel, 13, yang mati ditikam di penempatan Kiryat Arba, pinggir bandar Hebron di Tebing Barat.
Remaja perempuan itu ditikam oleh seorang remaja Palestin berusia 19 tahun. Penyerang kemudian ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan.
Sehari selepas serangan pada Khamis lalu itu, seorang lelaki Israel berumur 48 tahun, Michael Mark dibunuh selepas keretanya ditembak oleh seorang penduduk Palestin di selatan Hebron. – AFP
Komen Weblog Ibnu HasyimIsrael lulus 560 kediaman haram Yahudi, samakah dengan di Malaysia, DAP yang memerintah Pulau Pinang menghapuskan 29 kampung Melayu Islam dari peta negeri itu?

9 comments:

Anonymous said...

APAKAH. PERBEDAAN. HUDDUD. PAS DENGAN HUDDUD ISIS......????
APAKAH. PERBEDAAN. HUDDUD. PAS
DENGAN. HUDDUD TALIBAN..????

MOHON. PENCERAHANNYA. USTAZ,, TOK AJI ,
DAN TOK TOK GURU SERTA. TOK. MAHAGURU.......

Anonymous said...

khalifah islam Tanah melayu menghapuskan 2.6b duit umat.

menghapuskan elektrik Negara kpd org kafir sepet Tanah Besar

menghapuskan byk tanah rezab melayu

terbaru..

sebahagian petronas kpd russia

Anonymous said...

Salam semua,

Kampung-kampung Melayu tu tergadai zaman BN!!! PAS pula nak ikut BN sekarang, balak 20,000 ekar hilang, kohilal lingkup, tabung Memali mana duit berjuta-juta tu pun entah ke mana.

Pantang tengok duit, lesap!!!

Kalau kerajaan Pulau Pinang sekarang hapuskan kampung-kampung tu sesuka hati, tak adanya ketua audit negara iktiraf pengurusan kerajaan Pulau Pinang yang terbaik!!!

Yang terlingkup Kerajaan Kelantan dan Pahang, Sungai pun kering!!!

Baguslah, yang mampu mufti bangang tu cakap Kafir Harbi!!! Sungai dia kering apa cerita???

Yang jahil,

Nobody

yusaini_yn said...

Fuck off la balaci pas!

Anonymous said...

perkampungan Melayu tapi tanah milek orang..yg syoknya kebanyakkan nya milek China.........camana mengaku perkampungan Melayu lak??????

Anonymous said...

Kalau dah diterangkan pun nanti nak ke terima hudud? Atau akan jd macam DAP juga? Bersolidariti bersama harbi..

Anonymous said...

Jom bersolodariti bersama perasuah dan harbi..

Anonymous said...

Nobody kata kampung2 melayu tergadai di zaman BN. Agak2nya siapa PM di zaman tu ye? Tapi takpe kita bersolidariti dgn bekas PM tersebut dan kemudian bersolidariti pula dgn perasuah serta harbi.. kan nobody? Tak salah kan?

Anonymous said...

Kalau nobody tak bersetuju saya bangkang.. sebabnya bekas PM yg memulakan gadaian dan si harbi pula yg melangsaikannya dgn menutup terus kampung2 melayu tersebut.. jadi kedua2nya memang berhak utk disolidaritikan.. betul tak nobody?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails