PERUTUSAN AIDILFITRI 1437
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ.
" .. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur (Surah Al-Baqarah:185).
Alhamdulillah marilah kita panjatkan syukur kepada Allah SWT kerana telah menganugerahkan Ramadan yang sangat bermakna kepada kita semua. Semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan terbaik dalam hidup kita dengan menatijahkan taqwa.
Ramadan adalah bulan yang penuh seribu hikmah, membina diri menjadi insan yang benar-benar bersifat hamba yang taat dan patuh sepenuhnya kepada perintah Allah SWT.
Ramadan juga melatih kita agar menjadi insan yang prihatin terhadap masyarakat terutama golongan lemah yang memerlukan pembelaan dan bantuan.
Ramadan juga adalah bulan mujahadah yang mendidik jiwa setiap insan muslim bukan sekadar membina jati diri taqwa di peringkat individu, bahkan mujahadah membela nasib Ummah dan agama Islam sebagai agama yang diturunkan oleh Allah SWT.
Aidilfitri 1437H sekali lagi disambut dalam keadaan Umat Islam sangat lemah. Banyak tanah air umat Islam sedang dilanda perpecahan dan peperangan saudara. Negara-negara umat Islam jauh ketinggalan dari segala sudut berbanding Negara-negara bukan Islam.
Keadaan ini berlaku kerana jauhnya Ummah daripada petunjuk Allah SWT. Semoga Aidilfitri kali ini memberikan sinar harapan yang gemilang buat seluruh Ummah.
Kepada seluruh umat Islam, “Selamat Menyambut Aidilfitri” dengan semangat kemenangan dan semangat taqwa yang telah berjaya dibina disepanjang “Tarbiah Ramadan”.
Kepada seluruh ahli PAS, raikanlah Aidilfitri kali ini dengan semangat membara untuk terus bekerja sekuat daya untuk menegakkan Agama Allah SWT di persada negara.
“Beristiqamah Hingga Kemenangan”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
5 comments:
Aritu lebai ni cakap nak jadi penasihat je bukan nak merampas kuasa
Arini cakap nak menang pulak
Bulan nak menang maksud nak memerintah la tu
Lebai cap Ayam
Cakap tak serupa bikin
Lebai barua Dan broker
Pi salak bukit la lebai woi..
Pi Jilat Juboq Lim Guan Eng (JJlge)
Walaun bodo....33x, walaun bangang 33x, walaun otak dok di kepala lutut 33x. Lawa muka Dajjal..? Nabi kamu ke muka perenggus begitu...? Bisnes agama untung juga kalau walaun sentiasa ingin membeli.
Penjilat jubo hadi awe
Walaupun pemimpin-pemimpin kafir dan para munafik sentiasa mencipta pelbagai fitnah untuk memburuk-burukkan ulama Islam dan parti Islam PAS dan menghalang perlaksanaan ajaran Islam dan hukum Allah, kita akan tetap menyokong dan mengundi ulama Islam dan parti Islam PAS supaya ulama Islam dan PAS boleh melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah di negara ini supaya negara ini dirahmati Allah.
Selamat hari raya Eid al-Fitr kepada semua umat Islam di seluruh dunia.
Post a Comment