Tuesday, July 05, 2016

K it Sing/Guan Eng Dijemput Peluk Islam Demi Perpaduan -Mufti Pahang



PETALING JAYA : Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang mencetuskan kontroversi dengan istilah kafir harbi baru baru ini mahu menjemput Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memeluk agama Islam demi ‘perpaduan’.

Memetik laporan the Star Online, Rahman menegaskan beliau tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam sebaliknya memujuk mereka berbuat demikian supaya selamat di akhirat kelak.

“Tidak akan ada huru-hara dan kita juga boleh menumpukan kepada pembangunan,” katanya.

Baru-baru ini, Rahman berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan yang menunjukkan pemikiran kafir harbi.
Beliau menjelaskan walaupun kafir harbi patut ditentang, tetapi tidak bermakna penentangan secara kekerasan.

“Lawan mereka dengan hujah-hujah dengan cara bijaksana, bukan dengan senapang atau parang.
“Berjuang dengan niat yang murni,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang hadir menunjukkan sokongan kepadanya di Pekan. (TKO)

15 comments:

  1. Alhamdulillah ada hamba Allah yg Ikhlas contohnya mufti Pahang ini. Moga2 Allah meredhai beliau

    http://www.ismaweb.net/2016/07/umat-islam-wajib-pertahan-jika-agama-diganggu-kata-mufti-pahang/

    Umat Islam wajib pertahan jika agama diganggu, kata Mufti Pahang
    July 5, 2016 Berita Utama #2, Utama 0
    muftik

    PEKAN, Selasa – Masyarakat Islam di negara ini wajib mempertahankan agama Islam secara bijaksana dengan mengelakkan sebarang pertumpahan darah atau peperangan apabila agama itu diusik.

    Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, walaupun tidak menggunakan kekerasan, umat Islam tidak boleh hanya berdiam diri apabila agama Islam diperlekehkan dan tidak dihormati.

    “Isu yang timbul sebelum ini lebih kepada silap faham. Saya kata bahawa mana-mana orang bukan Islam termasuk DAP yang menentang sahaja, yang tidak menentang tak apa.

    “Umat Islam patut menjawab atau mempertahankan Islam dengan cara bijaksana dan tidak semestinya menerusi pertumpahan darah dan merampas harta.

    “Mereka ini perlu ditentang bukan diserang, ditentang dalam konteks ini ialah mempertahankan agama Islam dengan menjawab secara lisan dan tidak hanya mendiamkan diri,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan 20 badan bukan kerajaan untuk menyatakan solidariti di sini, semalam.

    Abdul Rahman sekali lagi mengulangi tidak akan menarik balik sebarang kenyataannya sebelum ini kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesilapan disebabkan berhujah berdasarkan asas agama Islam.

    “Saya sebagai mufti saya bercakap pada asas agama Islam, agama yang diredai Allah dan ini merupakan seruan yang perlu disampaikan kepada manusia di dunia. Saya berharap di bulan Ramadan yang mulia ini kita semua dapat hidup dalam suasana harmoni.

    “Oleh itu, masyarakat bukan Islam di negara ini diharap tidak mengusik agama Islam kerana umat Islam tidak akan berkecil hati kalau ia tidak menyentuh agama,” katanya.

    Baru-baru ini, Abdul Rahman dilaporkan berkata, DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang umat Islam.

    Susulan itu, keterangan Abdul Rahman telah diambil polis dan siasatan dilakukan mengikut Akta Hasutan. – Bernama

    ReplyDelete
  2. Persoalan kepada macai2 DAP dan khadam2 (PAN Imayam Karipole ) DAP

    http://www.ismaweb.net/2016/06/kenapa-dap-yang-dibela/

    DAP ke MCA ke atau lain semuanya sama je. Mereka berada dalam millah wahidah atau ikatan yang satu.

    Mereka menentang pelaksanaan hudud walaupun hanya untuk rakyat Melayu Islam Kelantan sahaja. Itupun nama je hudud.

    Hukuman tidaklah sebagaimana hukum asal dalam Syariat Islam. Cuma penambahbaikan pelaksanaan sahaja.

    Mereka menentang hudud bukan kerana hudud tetapi kerana hudud ada kaitan dengan syariat Islam. Kesimpulannya mereka menentang apa yang ada kaitan dengan syariat Islam.

    Apabila laksanakan hudud walaupun tidak sepenuhnya, bermakna sesebuah negara atau negeri tersebut sudah ada ciri-ciri negara Islam.

    Berbeza dengan sistem ekonomi Islam atau ringkasnya Sistem Perbankan Islam. Sistem ekonomi tidak dikira sebagai ciri-ciri negara Islam.

    Ini yang DAP dan MCA serta mereka yang seangkatan dengannya tidak mahu. Mereka tidak mahu Malaysia atau mana-mana negeri dalam Malaysia boleh digelar sebagai negara atau negeri Islam. Mereka mahu Malaysia adalah negara sekular. Mereka tidak mahu satu juzuk daripada bumi Malaysia boleh digelarkan sebagai negeri Islam kerana ada undang-undangnya dinamakan Hudud.

    Tapi malangnya ada NGO dan parti-parti Melayu Islam menyokong mereka. Mereka bukan sahaja menyokong bahkan mengutarakan hujah kenapa perlu menolak hudud di Kelantan.

    Beberapa parti Melayu dan NGO Islam bergandingan dengan parti bangsa Cina dan India menolak hudud di Kelantan dengan hujah yang sama. Identiti DAP dari dulu hingga sekarang tidak pernah berubah dasar perjuangan mereka. Cuma parti Melayu sahaja yang silih berganti memujanya dan mendampinginya dengan pelbagai gelaran yang diberi.

    DAP pernah diberi gelaran sebagai rakan Tahaluf Siasi untuk beberapa tempoh. Akhirnya berpisah juga. Cuma yang terkini tidak ditonjolkan sangat istilah Tahaluf Siasi. Mungkin lebih kepada istilah dakwah maka diistilahkan sebagai target dakwah dengan hikmah kerana mereka tidak memahami Islam. Gelaran ini mungkin untuk dalaman sahaja. Secara rasmi DAP adalah rakan Tahaluf Siasi.

    Umat masih menunggu sehingga bila mereka boleh bertahaluf. Natijahnya antara dua sahaja. Samada mereka akan berpisah pada satu ketika nanti setelah sedar ianya tidak menguntungkan Islam atau mereka tanpa disedari banyak menggadaikan asas dakwah dan syariat Islam demi kerjasama politik yang tidak jelas hala tujunya tetapi masih mendakwa mereka mengamalkan prinsip dakwah bilhikmah.

    Mereka masih merasakan DAP adalah rakan seperjuangan untuk menegakkan Islam di Malaysia. Setakat ini tiada parti Melayu Islam yang boleh kekal dengan DAP.

    Kalau parti atau NGO terkini boleh kekal dengan DAP, agaknya apa yang akan terjadi kepada NGO atau parti Melayu tersebut. Sama ada berlaku proses pencairan fikrah atau luntur identiti kerana DAP tetap dengan agenda asal mereka dari dulu hingga sekarang. Siapa ingin bersamanya mesti menerima ideologinya.

    Siapa DAP? DAP ada wakil dalam IFC. Antara tuntutan IFC ialah kebebasan murtad untuk orang Islam. Bebas kahwin antara orang Islam dengan kafir tanpa perlu menukar agama.

    DAP ada dalam COMANGO. COMANGO menuntut seks songsang. Dan banyak lagi tuntutan DAP secara langsung atau di belakang tabir tetapi menjadi kebanggaan beberapa NGO Islam dan parti Melayu Islam.

    Adakah DAP akan luntur atau parti Melayu yang bersamanya akan hilang maruah dan identiti?

    Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
    YDP Isma Pasir Puteh
    Merangkap
    YDP Majlis Syura Isma

    ReplyDelete
  3. Nasihat kepada PKR dan PAN pada bulan Ramadhan ini. Dari gerakan Islam sederhana -ISNA

    http://www.ismaweb.net/2016/06/pakatan-bersama-parti-anti-islam-maslahat-politik-bercanggah-puluhan-nas/

    Pakatan bersama parti anti-Islam: Maslahat politik bercanggah puluhan nas


    KALAU kita nak tegakkan kedaulatan Islam di tanahair ini, kita kena kenal kawan dan lawan. Macam mana nak kenal kawan dan lawan? Senang sahaja, buka al-Quran. Dalam al-Quran, manusia dibahagikan kepada tiga sahaja; mukmin, kafir dan munafiq.

    Mukmin jelas sekali kawan kita. Munafiq ni luarannya bagus, tapi dalaman kita tak tahu. Tapi Allah Taala bagi tanda-tanda perangai munafiq; suka berbohong, suka mungkir janji, suka pecah amanah, suka khianat jika berbalah dan suka menyebelahi orang kafir dan membelakangi orang mukmin. Jauhilah orang begini; bergaullah sekadar perlu sahaja, jangan rapat sangat, jangan buat kawan untuk tegak Islam di tanahair kita, bahaya, sebab tercatat di sepanjang sejarah perjuangan Islam bahawa orang begini jadi pengkhianat dari dalam.

    Kalau itu pendirian terhadap orang yang ada tanda perangai munafiq (ada tanda sahaja tak bermakna kita boleh tuduh dia munafiq), apatah lagi terhadap orang kafir yang jelas-jelas bukan sahaja anti-Islam, bahkan hidupnya siang malam merancang untuk menyekat kebangkitan Islam, yang sudah jelas kebencian pada mulut mereka, yang dalam hati apatah lagi (rujuk Ali Imran ayat 118).

    Orang macam ini boleh dibuat kawankah? Untuk projek mendaulatkan Islam? Dari segi logik pun tak masuk akal, inikan pula dari sudut syarak. Budak tingkatan satu pun boleh faham.

    Tapi kenapa mereka beria-ia sangat mempertahankan orang-orang kafir yang memusuhi Islam ini?

    Jawapannya ialah kerana politik, atas alasan maslahat. Maslahat untuk menjatuhkan parti tunjang kerajaan yang korup. Untuk menjatuhkan parti lawan, mereka mesti pertahankan parti sekutu. Itu yang mereka hebahkan.

    Ok saja mereka nak menolak mafsadah korupsi itu. Usaha menolak kosupsi itu satu maslahat. Tapi masalahnya untuk mendapatkan maslahat itu, mereka melanggar nas. Puluhan nas yang melarang menjadikan orang-orang kafir yang memusuhi Islam sebagai kawan rapat setia. Nas-nas itu merupakan ayat muhkamat, tiada khilaf padanya, bukan ayat mutasyabihat.

    Apabila maslahat bertentangan dengan nas, maslahat itu gugur dengan sendirinya atau maslahat itu mesti ditundukkan di depan nas. Ini adalah satu kaedah (formula) yang dipegang oleh ulama muktabar seperti al-Juwaini, Ibnu Abdis Salam, as-Syatibi dan lain-lain. Hanya at-Tufi sahaja yang ganjil.

    Habis itu, bagaimana nak jatuhkan parti korup ini kalau tidak bergabung dalam pakatan politik yang kuat?

    Sekali imbas, ya tak ya juga. Tapi bagi orang yang rajin berfikir dan yang tidak mudah untuk didoktrinkan oleh pihak-pihak berkepentingan, akan nampak satu persoalan besar daripada soalan di atas.

    Soalannya ialah adakah menjatuhkan parti korup itu wasilah atau matlamat?

    Jelas sekali ia hanyalah wasilah. Wasilah untuk mencapai matlamat. Matlamat apa?

    Kalau matlamat anda untuk menguasai kerajaan sahaja, oklah. Tapi kalau anda mahu mendaulatkan Islam, pakatan anda dengan orang-orang kafir yang memusuhi Islam tidak akan menyampaikan anda ke matlamat anda itu.

    Sampai di noktah ini, ada yang mengatakan kita boleh menangani orang-orang kafir yang memusuhi Islam ini selepas kita berkuasa. Betulkah begitu? Ingat, ketika itu anda sudah pun berkongsi kuasa dengan mereka.

    Mereka memusuhi Islam itu sudah jelas dan yakin. Mereka boleh ditundukkan selepas berkuasa itu hanya angan-angan. Keyakinan tidak boleh ditundukkan dengan angan-angan (syak kalau ikut istilah syarak).

    ReplyDelete
  4. Sambungan

    Khas untuk asatizah yang tidak puas hati dengan hujah saya ini, berikut saya perturunkan kata-kata Izzuddin Ibni Abdis Salam dalam bab muwazanah bainal masoleh, ketika mahu menggantikan pemerintah:

    فقد أجاز بعضهم ذلك لما ذكرناه من التخييرعند تساوي المصالح ، وكما يُتخير بينهما في ابتداء الولاية، وقال آخرون لا يجوز لما فيه من كسر العزل وعاره بخلاف ابتداء الولاية. فإن قيل: ينبغي أن يجوز لما فيه من النفع للمولّى. قلنا: حفظ الموجود أولى من تحصيل المفقود

    (القواعد الكبرى ، ص 113 ، في تقييد العزل بالأصلح للمسلمين فالأصلح)

    (Kata-kata Ibnu Abdis Salam yang akhir dalam petikan itu merupakan salah satu Qaedah Fekah dalam bab ini. Apabila disebut Qawaed Fekah, kita harus ingat ia adalah hasil analisis induktif terhadap ratusan ayat dan hadith. Bukan satu ayat. Asatizah seharusnya peka mengenai perkara ini)

    Ini dalam kes sama rata, antara yang sedia ada dengan yang akan dipilih. Jelas sekali dalam kes kita ini, yang akan dipilih sudah jelas memusuhi Islam dan dominan dalam pakatan mereka. Lebih teruk, bukan sama rata.

    Pertimbangkan betul-betul, ikut neraca syarak. Jangan ikut arahan membuta tuli, tanpa buat pertimbangan yang teliti. Orang yang tidak membuat pertimbangan teliti antara masoleh dan mafasid disifatkan oleh Izzuddin Ibni Abdis Salam sebagai:

    جاهل غلبت عليه الشقاوة، أو أحمق زادت عليه الغباوة

    Sebenarnya perbincangan saya ini sudah masuk ke bahagian yang sukar untuk orang-orang awam. Hujah saya bahawa maslahat gugur apabila bertentangan dengan puluhan nas sudah mencukupi untuk orang-orang awam. Mudah faham dan jelas.

    Tetapi saya juga tidak mahu melupakan asatizah yang mempertahankan orang-orang kafir yang memusuhi Islam semata-mata maslahat politik menjatuhkan parti korup. Anda bertanggungjawab di hadapan Allah. Kalau anda tidak faham, belajarlah lagi. Jangan berkata sesuatu yang dalam hati anda sendiri ada keraguan. Jangan taksub pada jamaah atas sesuatu yang diragui. Selidiklah, kajilah, bukalah kitab. Ingatlah, apabila anda silap langkah, ribuan anak muda di belakang mengikut. Nak jawab apa nanti depan Allah Taala nanti?

    Peringatan ini juga saya tujukan kepada rakan asatizah yang mendiamkan diri. Mendiamkan diri tidak akan menyelamatkan anda. Buka balik buku Muntalaq, segala hujah telah disusun elok dalam itu. Jangan jadikan buku fikrah sekadar “makanan” jilsah semata-mata, kemudian langkah harakah hanya mengikut apa orang atas kata, tanpa neraca pertimbangan yang teliti.

    Akhir kata kepada semua anak muda yang ikut tarbiyah. Tarbiyah sepatutnya merapatkan anda dengan neraca; al-Quran. Ya, betul, anda perlu seseorang membimbing anda. Tetapi al-Quran kekal neraca untuk menilai semua benda, termasuk pemimpin anda sendiri. Apa gunanya tarbiyah jika kita kekal dihayun oleh permainan persepsi politik? Lebih malang lagi, sebuah parti cauvinis rasis yang lantang memusuhi Islam selama ini boleh di”persepsi”kan kepada orang yang ikut tarbiyah sebagai mad’u yang belum faham. Tragedi.

    Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman

    ReplyDelete
  5. Inshaallah, kamu2 dari PAN dan PKR, dengarlah nasihat2 diatas itu. Hentikanlah berperangai toghut bila berkiblatkan dgn Abuya Ketua Musrikin Penang (Also known as Abu Lahab Al Roketun Senior) dan Ketua Musyrikin Penang (Also known as ABu Lahab Al Roketun Junior )

    ReplyDelete
  6. Semua pendapat di atas tu semuanya betul belaka. Jadi hakikatnya marilah kita sama-sama memperjuangkan kezaliman dan ketidak adilan kepada rakyat di negara ini. Kita jadikan PM yang penuh rasuah dan tamak haloba sebagai idola kita dan bini beliau yang penuh dengan sifat2 muslimah sejati tu sebagai petunjuk kita. Kita perlu mengumpul dedak sebanyak mungkin sebagai bekalan kerana di syorga kelak tiada dedak. Kita wajib bermusuh dengan kaum lain yang bukan Islam terutama Cina kerana di alam kubur nanti yang mula dipersoalkan adalah apa bangsa kamu tambahan pula di negara China yang lebih seribu juta penduduk itu tiada penganut Islam yang ada hanya kapir harbi. Kita patuh sahaja kepada pemerintah korupsi dan kejam kerana Islam menggalakan dan menyokong korupsi terutama yang dilakukan oleh bangsa sendiri kerana dayus dan patuh membabi buta adalah ajaran Islam yang paling mulia. Di copy and paste dari ayat Walaunbodo, surat Cari Ayat Apa Sahaja, Janji Cover Hadi dari kitab Melayu Bangsat Yang Otak Abdi.

    ReplyDelete
  7. Perutusan Khas dari Aku

    Terima kasih kepada mufti Pahang atas pelawaan tersebut. Niat yang baik dan ikhlas. Moga mereka diberikan hidayah.

    Tak jemput sama ke Presiden MCA, MIC dan Gerakan? Jangan tinggalkan mereka dalam dakwah.Jemputan terpilih-pilih bukan akhlak muslim.

    Untuk yang terus menggelar dengan gelaran buruk, di Ramadhan akhir ini, kuncikan semua kebencian dan tunjukkan bagaimana kita berdakwah. Gelaran Abu Lahab Al Roketun tak lain hanyalah menunukkan penat berpuasa dan dahaga sementara pahala dibahagi2kan kepada mereka yang digelar.

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri
    Semoga tulisan sedikit ini menyentuh hati nurani menjelang Syawal.

    Yang benar
    YB Taman Makmur
    (sekadar nama tanpa gelaran atau jawatan)

    ReplyDelete
  8. Mufti pahang. Makin banyak cakap........
    Makin. Hitam. Mukanya. Aku tengok....

    ReplyDelete
  9. Pemimpin-pemimpin kafir adalah kafir harbi kerana mereka menghina, memburuk-burukkan dan menentang ajaran Islam, menghasut orang ramai menentang Islam, menentang perjanjian Perlembagaan Persekutuan iaitu ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN dan menindas umat Islam seperti merobohkan berpuluh kampung Melayu @ umat Islam.

    Mengapa umat Islam berdiam diri apabila agama Islam dihina dan umat Islam ditindas? Adakah mereka lebih takut pemimpin kafir harbi dari Allah? Adakah mereka fikir manusia yang memberi rezeki kepada mereka? Adakah mereka tidak percaya dengan janji Allah? Adakah sebilangan dari mereka terdiri dari munafik? Mengapa orang kafir terlalu bebas menghina Islam dan umat Islam tetapi pada masa yang sama orang Islam tidak boleh mengkritik agama kafir?

    Apabila Mufti Pahang mendedahkan siapa Kafir Harbi, pemimpin-pemimpin kafir harbi segera mengutuk dan menghina Mufti Pahang dan membuat laporan supaya Mufti Pahang disiasat. Keadaan semakin buruk apabila manusia jahil yang bersembunyi di sebalik title 'pensyarah (kangkung) universiti' dll dan pemimpin-pemimpin jahil yang mendakwa diri mereka beragama Islam menyokong pemimpin kafir harbi mengecam, menghina dan mengutuk Mufti Pahang! Seolah-olah kita mula nampak belang-belang liberalisme terserlah pada diri mereka.

    Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi saw. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".
    (H.R. Muslim)

    Marilah kita semua umat Islam menyokong dan membela Mufti Pahang yang sedang diserang, dikutuk, dianiaya dan difitnah oleh musuh-musuh Allah seperti kafir harbi dan munafik kerana keberanian Mufti Pahang menegakkan kebenaran dan mempertahankan Allah dan RasulNya.

    Semoga Allah membela, menolong dan melindungi Mufti Pahang dan keluarganya. Semoga Mufti Pahang menghadapi unjian Allah dengan penuh kesabaran. Sesungguhnya umat Islam yang sedikit di Madinah telah berjaya mengalahkan musuh Islam yang ramai!

    Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. Al-Baqarah [2] : 153



    ReplyDelete
  10. Salam semua,

    Mufti Pahang tu memang bebal!!!

    Beritahu saya apa maksud kafir harbi???

    Tak payahlah nak berdolak-dalik nak cover suruh masuk Islam!!!

    Siapa nak masuk Islam kalau perangai bukan ikut Nabi, ikut babi!!!

    Lagi 1, En. Anonymous payahlah cakap asatizah bagai, keluar dulu daripada persepsi kepartian!!!

    Antara bersama orang bukan Islam menentang penindasan dan rasuah contohnya dan bersama parti orang Islam yang korap!!!

    Siapa rujukan kita, bukan Haji HAdi atau Dr. HAron Din, Rasulullah lah!!!

    Tengok perjanjian Hilful Fudhul. Bertujuan membela dan menolong orang yang teraniaya.

    Apa kata Rasulullah??

    “Sesungguhnya Aku telah menyaksikan satu sumpah setia yang dimeterai di rumah Abdullah bin Jad'an . Aku tidak akan suka bahawa aku menerima unta yang hebat sebagai ganti untuk menyalahi sumpah setia itu . Jika Islam mengajak dengan perjanjian yang serupa nescaya aku menerimanya .”

    Sirah Ibnu Hisyam dan turut diriwayat di dalam Musnad Imam Ahmad.

    Yang korang nak pergi membela rejim korap dan zalim dah tentu-tentu menyalahi Surah Hud ayat 113, ringkasannya jangan cenderung kepada orang2 yang zalim!!!

    Tak payahlah nak guna asatizah bagai, sekarang fikirlah!!!

    Yang jahil,

    Nobody

    ReplyDelete
  11. Anon 1.45pm.

    Kamu ni memang rajin dan bersemangat copy & paste fakta dan bersemangat nak menegakkan benang basah tapi sayangnya pembacaan dan pergaulan serta timbang tara kamu terlalu rendah. Banyakkan membaca dahulu baru buat cubaan menulis. Ada faham..?

    ReplyDelete
  12. Salam EN. Anonymous,

    Menegakkan benag basah apanya??? Encik banyakkan membbaca lepas tu debatlah kalau berani!!!

    Mana hujah??? Jangan nak label pembacaan dan pergaulan serta timbang tara saya yang rendah bila satu pun komen saya Encik tak boleh jawab!!!

    Kalau saya tahap rendah Encik dah tahap ke laut!!!

    Jangan nak buat-buat tak faham!!!

    Yang jahil,

    Nobody

    ReplyDelete
  13. Salam En. Anonymous 1:49,

    Apa maksud timbang tara???

    Tu lah bangang sangat tak nak banyakkan membaca perkataan timbang tara pun tak tahu maksud, main petik je guna!!!

    Saya cabar, beri maksud timbang tara kalau dah nak merendah-rendahkan orang sangat!!!

    Yang jahil,

    Nobody

    ReplyDelete
  14. Kita jangan layan 'Nobody' kerana dia telah mengkafirkan ulama Islam dan menghina agama Islam dan memutar-belitkan ajaran Islam untuk menipu umat Islam. Kita anggap dia betul-betul gila tahap kronik !

    'Nobody' telah menulis pelbagai komen yang penuh dengan maki hamun dan fitnah untuk memburuk-burukkan ulama-ulama Islam dan pemimpin parti Islam kerana dia amat benci melihat ulama-ulama Islam dan parti Islam berusaha melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah.

    Berdasarkan komen-komen 'Nobody'juga, kita tahu dia amat mendewa-dewakan Ketua Musyikin dan pengikut-pengikutnya.

    ReplyDelete