Friday, July 08, 2016

Mata Boleh Buta Jika Kerap Tengok HP Dalam Gelap

mobile-phones

PENGGUNA

LONDON – Amaran bagi anda yang sering menggunakan telefon bimbit ketika berbaring di dalam gelap kerana perbuatan itu mungkin menjejas penglihatan anda.

Dua wanita disahkan buta sementara kerana kerap menggunakan telefon bimbit mereka di dalam gelap dan para doktor kini memberi amaran kepada pengguna telefon bimbit yang lain.
Huraiannya: Pastikan anda menggunakan mata anda apabila melihat skrin telefon pintar.
Pada 23 Jun lalu, menerusi jurnal perubatan New England, para doktor menjelaskan secara terperinci kes dua wanita tersebut, berusia 22 tahun dan 40 tahun, yang menjadi “buta sementara akibat penggunaan telefon” selama berbulan-bulan.
Kedua-dua wanita berkenaan mengadu hilang daya penglihatan sehingga 15 minit lamanya dan keadaan itu berlaku berulang kali.
Mereka kemudian menjalani beberapa pemeriksaan perubatan, imbasan MRI dan ujian jantung. Namun para doktor masih tidak dapat mengenal pasti punca masalah yang dialami wanita-wanita tersebut.
Misteri tersebut bagaimanapun berjaya dihuraikan beberapa minit setelah mereka berjumpa dengan pakar mata.
“Saya hanya bertanya kepada mereka, ‘Apa sebenarnya yang anda lakukan sebelum tiba-tiba hilang daya penglihatan?'” menurut Dr. Gordon Plant dari Hospital Mata Moorfield, London.
Beliau menjelaskan bahawa kedua-dua wanita seringkali melihat telefon pintar mereka hanya dengan menggunakan sebelah mata semasa berbaring mengiring – sebelah lagi mata mereka terhadang oleh bantal.
“Maka sebelah mata anda melihat cahaya semasa memandang telefon manakala sebelah lagi mata melihat keadaan gelap,” kata beliau.
Apabila mereka meletakkan telefon, mereka tidak dapat melihat dengan mata yang sebelum itu digunakan untuk memandang telefon. Ini kerana “mata mengambil masa beberapa minit untuk kembali melihat di dalam gelap,” Dr Plant memberitahu agensi berita AP.
Beliau menambah, keadaan buta sementara itu tidaklah terlalu berbahaya dan boleh dielakkan, jika mereka melihat skrin telefon bimbit dengan kedua-dua mata.
Seorang jurucakap Akademi Oftamologi Amerika Syarikat, Dr. Rahul Khurana menyifatkan dapatan Dr Plant sebagai hipotesis yang menarik namun kedua-dua kes tersebut belum cukup untuk membuktikan bahawa menggunakan telefon bimbit dengan sebelah mata di dalam keadaan gelap adalah punca masalah ‘buta sementara’.
Beliau juga sangsi ramai pengguna telefon pintar akan mengalami fenomena sedemikian.
Menurut Dr. Khurana, yang juga seorang yang sering menggunakan telefon bimbit, beliau dan isterinya cuba melakukan perbuatan yang sama seperti kedua-dua wanita tersebut namun mendapati sukar untuk menggunakan telefon bimbit mereka hanya dengan sebelah mata.
“Ia agak pelik,” Dr. Khurana memberitahu AP. – Agensi.

5 comments:

Anonymous said...

Hati jadi gelap bila berwalikan DAP

Anonymous said...

Cadangan pindaan Akta 355 satu tuntutan kekal fitrah sebagai hamba Allah
Ustaz zamri

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, Rabu – Cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984)(Akta 355) untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah baru-baru ini perlu dilihat sebagai satu usaha untuk memenuhi tuntutan mengekalkan fitrah sebagai hamba Allah dan khalifah Allah.

Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, meskipun cadangan ini masih jauh dari piawaian sebenar, namun usaha seawal ini pun sudah mendapat respon keras daripada beberapa pihak yang memerlukan kerjasama berterusan daripada umat Islam.

Ini kerana, katanya, aspek hukuman tetap menjadi keutamaan dalam Islam sesuai dengan Islam adalah cara hidup yang lengkap.

“Allah SWT di dalam al-Quran mewajibkan kita sebagai umat Islam berhukum dengan hukum-hukum al-Quran sebagai manifestasi fitrah kita sebagai hamba Allah dan fitrah kekhalifahan menunaikan amanah Allah menjalankan hukum Allah di atas mukabumi ini.

“Kita dihukum dengan hukuman Allah, itu fitrah kehambaan.

“Kita menghukum dengan hukum Allah, itulah fitrah kekhalifahan,” katanya dalam khutbah Aidilfitrinya, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, idealnya kita sebagai umat Islam di Malaysia, wajib berhukum dengan hukuman-hukuman ini.

Namun, katanya, umat Islam terpaksa menerima realiti bahawa setakat ini, kesalahan-kesalahan sivil diadili oleh mahkamah sivil dengan pakej hukumannya.

“Orang Islam pun terikat dengan undang-undang ini.

“Umat Islam hanya mempunyai hal-hal yang sangat terhad untuk berhukum dengan peraturan yang benar-benar dikanunkan oleh Allah.

“Kalau pun disebut sebagai kesalahan jenayah syariah ianya hanya terhad kepada beberapa kesalahan sahaja seperti khalwat, zina, berkesedudukan dan lain-lain yang lebih berkaitan dengan kekeluargaan aqidah dan sedikit berkaitan isu isu syariah.

Adapun kebanyakan kesalahan lain, umat Islam akan diadili oleh mahkamah sivil, katanya.

“Amat pelik kepada sebuah negara yang termaktub di dalam perlembagaan Nya bahawa Islam adalah sebagai agama persekutuan, Ketua Negaranya bersumpah untuk menjaga Islam pada setiap masa dan majoriti rakyatnya adalah Muslim, mempunyai mahkamah syariah yang hanya mampu menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan jenayah syariah maksimum denda RM 5 ribu ringgit, penjara 3 tahun dan sebatan 6 kali sebatan rotan,” katanya.

Maka, katanya, seluruh umat Islam perlu bergabung tenaga mempertahankan usaha ini agar berterusan sehingga ke garisan penamat.

Anonymous said...

DAP & Amanah kafir harbi yg musti dibunuh oleh PAS.

Anonymous said...

ANON 8:58 ADALAH EJEN PAN UNTUK MEBURUK BURUKKAN NAMA SESAMA ISLAM

Anonymous said...

Tambahkan dakwah pada non muslim utk mrk trime kebaikan Islam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails