Thursday, July 14, 2016

Nga Kor Ming Hina Islam, Apa Kata Datuk Huan Cheng Guan.


SESIAPA saja pasti akan melakukan bantahan dan meluahkan ketidakpuasan hati mereka sekiranya agama, bangsa atau hak mereka dihina dan dicabuli oleh pihak-pihak yang berniat tidak baik.
Ini yang terjadi kepada umat Islam di Malaysia pada hari ini. Bukan sekali bahkan sudah berulang kali umat Islam di sini berhadapan dengan provokasi melampau dan biadap dari kepimpinan DAP. Perayaan Aidilfitri tahun ini pula menjadi sasaran pemimpin rasis Nga Kor Ming.

Pemimpin DAP ini dilihat senantiasa melakukan provokasi di dalam akaun Facebook miliknya yang kini telah ‘lenyap’ secara tiba-tiba. Kenapa DAP perlu mewujudkan suasana tegang antara kaum terutama Cina dan Melayu sedangkan kita boleh hidup dalam suasana aman serta saling hormat menghormati antara satu sama lain?
DAP
Tidak adil sekiranya banyak pihak melabelkan orang Melayu & ahli UMNO yang menentang Nga Kor Ming di hadapan Ibu Pejabat DAP tempoh hari sebagai samseng. Apa pula label yang sesuai untuk kita berikan kepada pemimpin DAP sekiranya mereka berada di dalam situasi yang sama seperti umat Islam cuba menyerahkan memorandum permohonan maaf?
Selagi fanatik Kristian seperti Nga Kor Ming terus menghina Islam, selagi itu pastinya orang Melayu dan Islam akan bangkit menentang secara lebih agresif disebabkan corak politik DAP yang jelas ke arah perkauman dan mereka sendiri tidak mampu mengawal tingkah laku luar batasan ahli-ahli serta pemimpin mereka.
Mana-mana agama sekalipun jika mereka diancam dan dihina pasti tahap kesabaran ada batasnya. Jika orang Buddha dan Hindu dihina sedemikian rupa berulang kali secara biadap, penganutnya akan bangun menentang.
Demi kebaikan dan keamanan negara, kami mendesak kerajaan supaya mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi membantu meningkatkan penguatkuasaan pihak berkuasa dalam menjaga keselamatan awam terutama terhadap mereka yang sengaja mencetuskan suasana tegang antara kaum.
Akta Hasutan yang sedia ada hari ini dilihat mempunyai kelemahannya tersendiri. Banyak kes yang disabit di bawah akta ini tidak dapat diteruskan dan akhirnya ditangguhkan begitu saja. Kami mohon agar Jabatan Peguam Negara mengkaji semula dan menambahbaik keperluan yang ada untuk Akta Hasutan ini agar ianya dapat mencegah pemimpin rasis DAP daripada bertindak sesuka hati tanpa batasan.
Rakyat boleh hidup dengan aman dan tanpa ada prejudis antara kaum sekiranya DAP tidak lagi wujud di muka bumi ini.
Datuk Huan Cheng Guan.Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia.

11 comments:

  1. Bukti2 DAP anti Islam ada di sini, terbaik dari ISMA

    http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

    KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

    APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

    Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

    Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

    BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

    Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

    Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

    Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

    Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

    Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

    Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

    Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

    Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

    Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

    DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

    ReplyDelete
  2. PAN BERPIRNSIP ISLAM BOLEH DIHINA TAPI JANGAN SEKALI MENGHINA DAP. BAGI PAN, DAP ADALAH PERTUBUHAN MAKSUM BAGAI MAKSUMNYA IMAM KE 12 BAGI AJARAN SYIAH. BUKTINYA...... DAP MENGINA ISLAM TAPI PAN TERSENYUM GEMBIRA

    http://www.ismaweb.net/2016/07/selagi-tiada-tindakan-kor-ming-akan-terus-hina-islam/

    Selagi tiada tindakan, Kor Ming akan terus hina Islam

    KUALA LUMPUR, Ahad – Ahli Parlimen parti rasis dan cauvinis DAP, Nga Kor Ming akan terus menghina Islam dan Melayu sekiranya tiada tindakan undang-undang diambil ke atasnya.

    Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd. Ali Rustam berkata, keegoan pemimpin DAP yang membuat serangan mental secara halus kepada umat Islam harus dihentikan.

    Katanya, jika tiada tindakan dikenakan terhadap Kor Ming, perbuatan dia bakal menjadi punca ketegangan kaum yang serius di negara ini.

    “Kenyataan seperti inilah yang akan mengganggu-gugat keamanan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

    “Suruhanjaya Komunikasi Mul­timedia Malaysia (SKMM) wajib ambil tindakan di bawah Akta Hasutan dan lain-lain akta berkaitan,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

    Beliau berkata demikian sebagai respon kepada tindakan Kor Ming memuat naik gambar tertera bendera Amerika Syarikat dan rumah api untuk mengucapkan selamat hari raya kepada penduduk Islam negara ini di laman Facebooknya.

    Dalam gambar tersebut tertera ucapan In God We Trust yang di­ikuti imej tangan seperti berdoa dengan berlatar belakangkan rumah api yang dianggap sebagai simbol Kristian.

    Selain itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad menyifatkan desakan agar Kor Ming meminta maaf tidak akan memberi kesan dan hanya akan menjadi bahan jenaka DAP sahaja.

    “Kerajaan wajar teladani bagaimana Turki, Libya dan Bangladesh menangani kes-kes berprofil tinggi iaitu dengan me­ngawal serta mengambil tindakan paling tegas bagi mengekang masalah ini.

    “Justeru, jika kerajaan anggap penghinaan oleh Kor Ming itu keterlaluan maka wajib bertindak tegas dan pantas, bukan sekadar desakan untuk me­min­ta maaf yang akhirnya akan diulangi lagi perbuatan penghinaan itu,” katanya.

    ReplyDelete
  3. http://www.ismaweb.net/2016/07/dap-topeng-untuk-menghina-islam/

    DAP ‘topeng’ untuk menghina Islam

    Oleh Siti Fatimah Ishak

    BANGI, Isnin – Penghinaan terhadap Islam yang berterusan oleh parti rasis dan cauvinis dilakukan atas tujuan menghilangkan nilai sensitif ummat Islam terhadap agamanya apabila dihina.

    Terbaharu pemimpin parti itu, Nga Kor Ming telah menghina amalan ummat Islam untuk bergembira di hari raya sekaligus mendedahkan sedikit demi sedikit niat busuk DAP untuk terus menghina Islam.

    Mantan Presiden Persatuan Islam Nasional (PEMBINA), Ustaz Ibrahim Mohd Hasan berkata, ini bukan kali pertama pimpinan DAP membuat penghinaan sedemikian.

    “Sebelum ini beliau pernah menyindir pemakaian wanita dengan menggambarkan seolah ianya jumud dan kuno.

    “Lebih menjelikkan, Nga memberi alasan bahawa dia menghormati Islam dengan memberi sumbangan ke masjid dan masyarakat Islam yang memerlukan. Inilah sebenarnya ‘dedak’ yang DAP tabur untuk membolehkan mereka terus menghina Islam,”katanya kepada Ismaweb.

    Ustaz Ibrahim berkata, hakikatnya kita jangan anggap Kor Ming sebagai hanya seorang individu tetapi DAP itu sendiri sebagai sebuah gerakan terancang, tersusun, sistematik dan beragenda untuk menghilangkan nilai sensitif ummat Islam terhadap agamanya apabila dihina.

    “Ini kerana pimpinan DAP yang lain juga sebelum ini menghina Islam dan autoriti agama di Malaysia. Ini termasuklah mempertikaikan khutbah jumaat, menafsirkan Jihad sebagai keganasan, mempertikaikan sambutan Valentines Day oleh orang Islam dan menyamakan kod etika ke JPJ sama seperti pakaian ke masjid dan bermacam-macam lagi.

    “Justeru, kita semua jangan mudah tertipu dengan sumbangan DAP kepada masjid mahupun sekolah agama kerana ia merupakan topeng kepada perbuatan mereka menghina Islam.

    “Jika kita terus berdiam, ini bermakna kita telah termakan dedak yang ditabur DAP,” katanya.

    ReplyDelete
  4. Mujahid, Mat Sabu dan Khalid Samad tidak berani untuk menyuruh DAP meminta maaf kepada orang Islam di Malaysia

    Ini adalah kerana di mata PAN sehina2 manusia adalah orang Islam berketrurunan melayu dan sebaik2 manusia adalah ahli DAP. Kalau disuruh pilih Imam bukhari atau Ngah Kor Meng, maka PAN akan memilih insan DAP tak berakhlak itu.


    http://www.ismaweb.net/2016/07/hina-aidilfitri-kor-ming-enggan-mohon-maaf/

    Hina Aidilfitri: Kor Ming enggan mohon maaf

    IPOH, Ahad – Ahli Parlimen parti rasis dan cauvinis DAP, Nga Kor Ming enggan memohon maaf meskipun karikatur menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dimuatnaiknya baru-baru ini mendapat kecaman pelbagai pihak.

    Beliau berkata, karikatur itu bukan satu bentuk penghinaan tetapi sindiran kepada pihak tertentu yang sudah diketahui umum.

    “Saya tidak hina sesiapa. Siapa makan cili dia yang rasa pedasnya. Jadi tidak perlulah ada pihak sensitif sangat dengan karikatur itu.

    “Mereka harus fikirkan perkara yang lebih besar melibatkan kepentingan negara dan masa depan rakyat seperti isu 1MDB, rasuah dan sebagainya,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

    Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan kes Kor Ming akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

    Setakat ini, pihak polis belum dapat memastikan sama ada kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook itu benar milik Kor Ming atau sebaliknya.

    “Polis telah terima beberapa laporan tentang status Facebook Kor Ming itu dan kita telah memulakan siasatan.

    “Kalau betul dia (Kor Ming) yang buat, saya rasa itu adalah satu tindakan untuk mempermainkan agama Islam dan ia tidak sepatutnya dibuat oleh individu yang bergelar Yang Berhormat,” kata Khalid.

    Kor Ming dikatakan memuat naik status dalam akaun Facebook rasminya gambar mengan­dungi bendera Amerika Syarikat untuk menyampaikan ucapan selamat hari raya pada 5 Julai lalu sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

    Dalam gambar tersebut tertera ucapan In God We Trust yang di­ikuti imej tangan seperti berdoa dengan berlatar belakangkan rumah api yang dianggap sebagai simbol Kristian.

    ReplyDelete
  5. Betul ke Kok Ming Hina Islam beb? Tak ke kamu kelian pun kerap hina Islam beb? Rasuah rasuah puak puak UMNO lakukan itu tak ke menghina Islam beb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. DSAI dulu kata Tun rembat berbillion. Balik la oooi

      Satu lagi apasal PAN gemar apa2 yg anti Islam. Kerana mereka sekulat dan orientalist


      Zulkifly Ahmad dan Mujahid Yusof Rawa ini adalah orang sealiran dengan Dr Farouk Musa pengasas serta pengarah Islamic Ranaissance Font (IRF).

      Mungkin ada yang ingin tahu, apa benda itu IRF??

      IRF ini adalah mereka yang mewujudkan satu pemikiran Islam liberal di Malaysia. Boleh juga dikatakan kumpulan Islam domokrat. Aliran pemikiran ini yang menjadi 'kiblat' kepada geng PAN

      1 Ogos 2013 IRF telah menentang usaha kerajaan untuk membendung fahaman Syiah di Malaysia dengan mendakwa kononnya Islam menerima kepelbagaian pendapat.

      8 Oktober 2014 IRF dan Global Movement of Moderates Foundation (RSIS-GMMF) membawa tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia, JIL, Ulil Abshar Abdalla ke Malaysia. Kedataangan tokoh Islam liberal Indonasia ini di tentang oleh NGO Islam di Malaysia.





      7 Disember 2015 kumpulan G25 mencadangkan supaya hukuman terhadapa perbuatan khalwat dimansuhkan kerana ia dianggap mereka sebagai melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

      Menurut jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, berdasarkan prinsip Perlembagaan Malaysia, mereka menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

      "Perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu."

      Delete
    2. Dap hina islam sebab dia kapir tapi yang islam sokong hina islam ni mcmana. Kalau dari puak sekular apa dia buat semua untuk jatuh dan hina islam. Asal bukan pas umno ok

      Delete
    3. Umno dap dan adik manja pan sealiran seia dan sekata kekalkan fahaman sekuler hancurkan pas. Yang tanya betul ke komeng hina islam tu sybertrup umno mereka akan spin dan tugas mereka membantu pan.

      Delete
  6. Atas ini adalah petikan keatas Nga, bawah ni saya lampirkan apa sepupu Nga cakap. yakni Ngeh pada tahun 2014. Tapi walaupun Islam dihina DAP tapi bagi PAN, DAP adalah mujaddid abad ini. Kalah

    http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

    KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

    “Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

    “Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

    Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

    Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

    “Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

    “Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

    Razali (BN-Muar), mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan serta mempolitikkan isu sebegini bagi memastikan keharmonian kaum kekal terjaga.

    Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pula berkata kenyataan itu sangat tidak wajar kerana mereka tidak faham hukum-hakam agama Islam.

    “Para ulama, pemimpin, dan umat Islam sendiri yang menguruskan soal ini… Bagaimana hukum orang murtad, hukum orang yang melanggar undang-undang Islam. Itu orang yang mengetahui sahaja.

    “Jadi kenapa dia nak masuk campur, kalau dia buat begitu, nanti timbulkan kemarahan umat Islam. Kita pun tak mahu masuk campur agama dia,” katanya.

    Sementara itu, Ngeh, yang juga penasihat DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

    Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

    “Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

    Dalam pada itu, Ngeh turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

    “Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini,” tambahnya. – BERNAMA

    ReplyDelete
  7. http://www.selangorpost.com.my/2016/07/12/pan-mendiamkan-diri-dap-hina-islam/

    PAN mendiamkan diri DAP hina Islam

    Oleh: Najamuddin Mohd Nor

    SHAH ALAM – Tindak tanduk Parti Amanah Negara (PAN) yang hanya mendiamkan diri dan tidak mengecam tindakan DAP menghina Islam baru-baru ini, adalah amat dikesali dan mengewakan masyarakat Islam di negara ini.

    Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKKDAS), Ustas Rosdi Long berkata, PAN bukan sahaja membiarkan DAP menghina Islam, tetapi parti itu jelas gagal ‘mendidik’ rakan sekutu mereka dalam Pakatan Harapan mengenal dan memahami Islam.

    “Jelas di sini DAP adalah sebuah parti yang tidak boleh ditarbiah dan parti yang biadap kerana menghina agama orang lain. Jika Pas pun tidak mampu mendidik DAP, apatah lagi PAN parti orang kecewa ini tidak dapat membawa roh parti lamanya mentarbiah DAP.

    “Pan bukanlah parti yang dibangunkan daripada agenda agama seperti Pas, mereka adalah parti daripada serpihan Pas yang kecewa. Sebab itu PAN gagal dan jauh panggang dari api untuk melihat mereka mentarbiah DAP memahami Islam, sebaliknya mereka yang lebih banyak mengikut telunjuk dan seolah-olah menjadi kuda tunggangan DAP,” katanya ketika bertemu Selangorpost tadi.

    Beliau diminta mengulas mengenai perbuatan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas dua pertuduhan rasuah.

    Ustaz Rosdi juga menjelaskan amalan pemberian duit raya ini adalah amalan bersedekah yang diamalkan Rasulullah SAW.

    “Ada hadis menceritakan bahawa Rasulullah setelah selesai solat Aidilfitri, baginda turun daripada mimbar dan menceritakan kepada para sahabat kelebihan bersedekah, lantas para jemaah bersedekah di atas kain yang dibentangkan oleh Bilal bin Rabah.

    “Ini menunjukkan keistimewaan amalan pada hari raya adalah amalan bersedekah. Peristiwa ini menjadi rujukan kita melakukan perkara yang sama pada hari raya untuk bersedekah kepada fakir miskin, kaum kerabat dan sebagainya,”

    Menurutnya lagi, amalan pemberian duit raya ini bukanlah budaya orang Melayu tetapi ini adalah amalan yang baik yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

    “Pemberian duit raya ini amalan bersedekah yang digalakkan oleh Rasulullah. Ini bukan amalan orang Melayu dan tidak sama seperti budaya bagi angpow seperti kaum cina.

    “Jelas, Kor Ming bukan sahaja menghina orang Melayu, tetapi telah menghina Islam. Ini satu perbuatan kebiadapan dan melampau terhadap amalan yang baik yang diamalkan Rasul kita yang menggalakkan bersedekah di hari raya,” katanya lagi.

    ReplyDelete
  8. SEEKOR SUPERMAN ROKET TELAH MENYERAHKAN PERAIRAN NEGARA INI (LAUT CHINA SELATAN) KEPADA NEGARA CHINA KOMUNIS! INI BERERTI SUPERMAN ROKET ADALAH PENGKHIANAT YANG SEPATUTNYA DIHUMBAN KE DALAM PENJARA!

    JIKA SIFU-SIFU ROKET MAHU MENJADI PENGKHIANAT, ADALAH LEBIH BAIK MEREKA BERAMBUS KE NEGARA ASAL MEREKA!

    ReplyDelete