Friday, July 01, 2016

Pendakwaan Politik, Guan Eng Tak Perlu Letak Jawatan. -Chow Kon Yeow.

Post Pic
GEORGE TOWN: Lim Guan Eng tidak perlu meletak jawatan Ketua Menteri memandangkan dakwaan rasuah itu merupakan pendakwaan politik, kata Exco Chow Kon Yeow.

Pengerusi DAP Pulau Pinang menjelaskan parti mengambil pendirian Guan Eng tidak bersalah walaupun beliau berdepan dua pendakwaan rasuah.

“Maka, jawatankuasa DAP negeri memutuskan tidak ada keperluan untuk Guan Eng meletak jawatan Ketua Menteri atau berehat daripada menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua eksekutif negeri.

“Kami ingin menyakinkan rakyat Pulau Pinang bahawa keadaan urusan dalam kerajaan negeri masih seperti biasa dan kerajaan negeri tidak terjejas dengan dakwaan rasuah itu,” kata Kon Yeow dalam satu sidang media.

Beliau menambah Jawatankuasa Eksekutif Pusat akan bermesyuarat esok di ibu negara antara lain untuk membincangkan pendakwaan terhadap Guan Eng.
Pagi hari ini, Guan Eng dan bekas tuan rumahnya, Phang Li Koon didakwa atas dakwaan melibatkan kelulusan perlinkungan semula tanah pertanian dan pembelian hartanah pada harga bawah nilai pasaran.

Mereka mengaku tidak bersalah dan mahu dibicarakan.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata satu kutipan derma khas dilancarkan untuk mengumpul dana membayar ikat jamin Guan Eng. Ikat jamin pemimpin DAP itu ditetapkan pada RM1 juta. (IH)

7 comments:



  1. kUTUKAN KEPADA MAKHLUK BERNAMA LIM GUAN ENG. SAYA PASTI BUKAN SAJA DAP, TAPI PAN AKAN LEBIH BENGKAK DGN KUTUKAN INI SEBAB PAN ADALAH KHADAM DAP

    http://semuthitam80.blogspot.my/2016/07/guan-eng-akur-sedia-lepaskan-jawatan.html

    GUAN ENG AKUR, SEDIA LEPASKAN JAWATAN???
    POSTED BY SEMUT HITAM ON JUMAAT, JULAI 01, 2016 WITH NO COMMENTS SO FAR

    Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini menyatakan kesudiannya untuk melepaskan semua jawatan yang disandang pada ketika ini bagi menghadapi pertuduhan rasuah yang melibatkan dirinya.

    Walaupun sebelum ini Setiausaha Agung DAP itu membuat keputusan untuk tidak melepaskan jawatannya, namun beliau berubah fikiran demi menjamin integriti parti secara menyeluruh.

    Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mengakui tindakan sedemikian bukan sahaja untuk menjaga maruah dirinya, malah untuk mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap partinya.

    Malah, Ahli Parlimen Bagan yang merangkap ADUN Air Puteh itu turut mengakui keputusan untuk melepaskan jawatan itu dibuat selepas mendengar pandangan dari pelbagai pihak.

    Hah! Amacam? Cuba korang bayang kalau hari ini keluar berita macam tu? Mesti ramai yang pengsan membaca kenyataan dari Si Lim Guan Eng tu ye tak? Mesti takde yang percaya.

    Mati kerat 18 la kalau Si Guan Eng tu nak ambik tindakan sedemikian dengan alasan nak menjaga integriti parti. Sedangkan maruah diri dia sendiri pun dia abaikan, inikan pulak maruah parti.

    Kalau sebelum ini, boleh la puak Pakatan Haprak tu berkokok suruh orang lain lepaskan jawatan dan pergi bercuti. Tapi bila kena batang hidung sendiri, banyak pulak alasan yang diberikan.

    Apa yang lebih menarik, Si Guan Eng tu bukan sahaja menerima desakan dari pihak lawan. Malah ada dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri yang memberikan cadangan sedemikian.

    Dengar kata, ada dikalangan pemimpin serta wakil rakyat DAPigs sendiri yang mendesak Si Guan Eng tu lepaskan jawatan. Mereka meminta agar Setiausaha Agung itu memikirkan soal masa depan parti.

    Tapi, macam yang kita cakap tadi la. Mati hidup semula pun Si Guan Eng tu takkan ambik tindakan tersebut. Sebab bagi dia, kalau dia lepaskan jawatan, bermakna dia mengaku bersalah.

    Padahal, itu semua mainan Politik Retorik yang dia cipta dengan menggunakan kepala lutut dia sendiri. Orang lain takde pulak nak bagi pandangan sedemikian jika dia lepaskan jawatan.

    Sebaliknya, sudah pasti rakyat akan bertambah yakin dengan parti DAPigs tu dan menganggap pemimpin parti itu bersedia untuk memikul tanggungjawab diatas perkara yang berlaku.

    Setidak - tidaknya, rakyat dapat melihat bahawa pemimpin DAPigs tu tak semuanya setakat 'Bercakap Tak Serupa Bikin' dan berpegang teguh kepada slogan yang dilaung - laungkan sebelum ini.

    Tinggal lagi, DAPigs ni mengamalkan budaya Politik Retorik bertaraf Longkang. Jadi, tak heran la sekiranya Si Tokong DAPigs ni kecut buah kerandut dan enggan melepaskan jawatan yang disandangnya pada ketika ini demi menjaga maruah parti!!!

    ReplyDelete
  2. Khalid Samad, Mujahid, Mat Sabu, DIn Pudu dll tak lalu bersahur bilamana LGE ditahan.

    Tetapi

    Khalid Samad, Mujahid, Mat Sabu, DIn Pudu dll boleh tidur nyenyak bilamana Mufti Pahang dimaki oleh DAP dan DAP boleh memaki hamum Zakir Naik sebagai Satan.

    Kan Mujahid kata, PAN tak akan berlumba2 jadi lebih Islam dari PAS. Walhal sahabat nabi berlumba2 mendekati Islam.

    Mengapa mujahid boleh berkata begitu? Sebab hatinya sudah hitam legam bila berkawan dgn DAP yg anti Islam dan menghalalkan apa jua tindakan oleh DAP. Wahai saudara seugama ku Mujahid, janganlah kamu turuti nafsu mu. Zaman dulu ada Abdullah bin Ubay yg mendekati Yahudi Bani Qaiunuqa. Malangnya Abdullah bin Ubay jadi Munafiq.

    Ya saudara ku Mujahid. Ambil berat sikit kepada kaum muslimin yg kampung mereka di rampas oleh rejim zionist Penang.



    ReplyDelete
  3. Macai2 PAN tak boleh jawab semua diatas kerana mereka adalah PANdusta

    ReplyDelete
  4. Dibumi Palestine ada Rejim Israel yg berlaku zalim terhadap golongan asal yg dhaif

    Dibumi Penang ada Rejim zalim yg berlaku zalim terhadap golongan asal yg dhaif

    Wahai Mat Sabu dan Mujahid, bertaubatlah kamu. Hentikanlah bersengkongkol dgn DAP Laknatullah itu

    Lagi Kes Penduduk Kampung Dihalau Di Pulau Pinang

    Kampung Permatang Tok Subuh yang terletak di Bukit Minyak, Pulau Pinang, sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa. 26 keluarga yang menduduki kampung ini telah menerima notis bailif pemilikan kosong yang mengarahkan mereka untuk mengosongkan rumah sebelum 4 Mac 2016. Rumah mereka boleh diroboh secara paksa bila-bila masa pada dan selepas 4 Mac nanti.

    Kampung Permatang Tok Subuh sudah diteroka oleh penduduk sejak 70 tahun yang lalu. Distinct Class Sdn Bhd yang menggelar dirinya tuan tanah dikatakan membeli tanah tersebut daripada pemilik sebelum itu dan mengheret penduduk asal ke mahkamah untuk mengusir mereka. Keputusan kes di Mahkamah Sesyen Butterworth tidak berpihak kepada para penduduk dan sekarang notis pemilikan kosong telah dikeluarkan.

    Para penduduk menuntut supaya hak perumahan mereka dijamin, iaitu perlunya rumah ganti sekiranya mereka terpaksa berpindah. Namun, Distinct Class Sdn Bhd enggan berunding dan cuba mengusir penduduk secara paksa.

    Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh bertekad untuk mempertahankan kampung halaman mereka.

    Boleh mengikuti perkembangan tentang perjuangan penduduk Kampung Permatang Tok Subuh di laman FB Pertahankan Kg Permatang Tok Subuh.

    Harap komrad semua, kawan-kawan boleh berikan sokongan, atau idea penyelesaian kepada perjuangan Kampung Permatang Tok Subuh ini.

    Julius Choo Chon Khai
    AJK Pusat / AJK Pulau Pinang
    Parti Sosialis Malaysia

    ReplyDelete
  5. http://www.ismaweb.net/2016/07/jumlah-tanah-rakyat-palestin-dirampas-zionis-meningkat-439-peratus/

    Jumlah tanah rakyat Palestin dirampas Zionis meningkat 439 peratus

    JERUSALEM, Jumaat – Jumlah tanah milik rakyat Palestin yang dirampas oleh rejim Zionis menerusi dasar rampasannya di tanah yang diduduki di Jerusalem dan Tebing Barat meningkat 439 peratus sejak awal tahun ini, berbanding tahun lalu.

    Laporan oleh sebuah pertubuhan Palestin – Institut Penyelidikan Gunaan Jerusalem – mendedahkan pihak berkuasa rejim Israel merampas 7,773 ekar tanah milik rakyat Palestin sejak awal tahun ini, meningkat berbanding 1,442 ekar tahun lalu.

    Pihak berkuasa Israel baru-baru ini memperluaskan polisi Judaisme di tanah yang diduduki di Tebing Barat, terutama menambah lagi projek penempatan, kata laporan itu.

    Dalam tempoh masa yang sama, pihak berkuasa rejim Tel Aviv itu turut memusnahkan 276 rumah rakyat Palestin di Tebing Barat, termasuk di Jerusalem timur, berbanding 108 rumah dimusnah pada 2015.

    Laporan itu juga menyebut, 343 kemudahan pertanian Palestin dimusnahkan sejak awal 2016, berbanding 59 pada tahun lalu.

    Institut itu juga melaporkan pihak berkuasa penempatan Israel memulakan pembinaan 139 bangunan akhir May lalu di penempatan haram di Shiloh, iaitu sebahagian daripada 10 penempatan baharu.

    Walaupun, pihak berkuasa Zionis tidak mengeluarkan statistik mengenai populasi di penempatan haram, institut itu menganggarkan kira-kira 766,000 warga Israel tinggal di tanah diduduki di Jerusalem dan Tebing Barat.

    Semua penempatan Israel di tanah Palestin adalah haram mengikut undang-undang antarabangsa. – Agensi

    ReplyDelete
  6. DAP dilihat mengamalkan politik double standard dan pendakwaan terpilih di mana individu yang dituduh di mahkamah mengamalkan rasuah dikekalkan memegang jawatan parti tanpa sebarang tindakan disiplin, sementara individu yang tidak dikenakan apa-apa pertuduhan mahkamah dipecat parti. Politik double standard dan pendakwaan terpilih yang diamalkan DAP itu didedahkan oleh Roslan Abdullah yang membandingkan kes Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan kes ADUN DAP Teluk Datuk, Loh Chee Heng. “Memecat ADUN DAP Teluk Datuk, Loh Chee Heng atas TUDUHAN menyalahgunakan wang SUMBANGAN, sedangkan kes PEMECATAN ini dibuat tanpa Loh Chee Heng disiasat oleh pihak berkuasa SPRM dan TIADA SEBARANG DAKWAAN di MAHKAMAH,”katanya. Tambahnya, begitu juga dengan tindakan DAP menggantungkan keahlian parti selama setahun terhadap bekas Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San yang juga ADUN Duyong atas tuduhan “mengeluarkan kenyataan yang meroskan imej parti”. “Berbanding dengan kedua-dua kes yang DAP telah ambil tindakan (menggantung dan memecat kedua-dua pemimpin DAP ini), tuduhan yang dibuat ke atas Guan Eng adalah lebih besar dan lebih serius – dan SEPATUTNYA Guan Eng digantung dari DAP untuk melancarkan siasatan yang dilakukan oleh SPRM ke atasnya,”katanya. Roslan Abdullah berpendapat pertuduhan di mahkamah terhadap Guan Eng adalah sama seperti kes pertuduhan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo sebelum ini. “Senario kes Guan Eng adalah hampir sama dengan kes Khir Toyo – dan Khir Toyo didapati BERSALAH oleh MAHKAMAH,”katanya lagi.

    Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

    ReplyDelete
  7. Yg suci bagi PAN adalah DAP. Kalau kamu berketurunan melayu dan berugama Islam, id kaca mata PAN, kamu adalah sehina2 makhluk

    ReplyDelete