GEORGETOWN: Sekumpulan 30 individu yang mendakwa mewakili rakyat Pulau Pinang, mengadakan demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, bagi mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng meletak jawatan.
Memetik laporan Berita Harian, kumpulan itu mengadakan demonstrasi di hadapan pintu utama KOMTAR dengan membawa sepanduk tertera 'Guan Eng bila mahu letak jawatan' dan 'Kita tidak mahu ketua menteri rasuah'.
Jurucakap demonstrasi itu, Ahmad Yaakub Nazri, berkata pihaknya terpanggil untuk mengadakan demonstrasi bagi menyatakan isi hati sebahagian rakyat Pulau Pinang yang berasa tertipu dengan pentadbiran kerajaan negeri.
"DAP adalah kerajaan negeri yang talam dua muka. Tiada satu pun projek perumahan untuk rakyat kerana mereka hanya pentingkan diri sendiri.
"Jika Guan Eng betul-betul 'gentleman', beliau perlu letak jawatan kerana Pulau Pinang tidak perlukan pemimpin yang sombong dan rasuah seperti beliau," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Guan Eng sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
Setiausaha Agung DAP itu menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Mahkamah menetapkan pengurusan kes untuk kedua-dua tuduhan berkenaan pada 22 September depan.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-109: Kes Rasuah Lim Guan Eng
Ustaz Norazli Musa@Taleban .. " nak masuk syorga mesti ada Nombor ahli Pas" ..
ReplyDeleteTeruskan fitnah anda wahai PAN
ReplyDeletehttp://www.ismaweb.net/2015/09/fenomena-penyelinapan-agenda-dapisme-dalam-penubuhan-parti-politik-baru/
Fenomena penyelinapan agenda DAPisme dalam penubuhan parti politik baru
Democratic Action Party (DAP) Malaysia ditubuhkan pada 11 Oktober 1965 sebagai satu pecahan daripada People’s Action Party (PAP) Singapura. Menurut Wikipedia, parti DAP ini mempelopori gagasan sosialisme demokrasi, demokrasi sosial dan sekularisme. (Nota: perkataan “sekularisme” telah ditiadakan di dalam laman web rasmi DAP)”.
DAP juga merupakan ahli kepada Socialist International yang berorientasikan ideologi Sosialisme.
Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (Malaysian Workers’ Party) merupakan parti politik berhaluan kiri yang memperjuangkan Sosialisme. Parti ini diasaskan oleh Ganga Nayar pada bulan Januari 1978. Parti tersebut telah bertanding di dalam Pilihan Raya Umum tahun 1978 dalam Parlimen dan DUN Sungai Besi, tetapi calon tunggalnya iaitu Ganga Nayar sendiri hilang wang deposit di kedua-dua tempat. Parti ini telah diambilalih oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) sebelum ditukar menjadi Parti Amanah Negara (PAN).
Perbezaan antara ketiga-tiga parti politik tersebut adalah PAN kini menonjolkan apa yang mereka dakwa sebagai “agenda Islam” yang berbeza sama sekali dengan agenda Islam di dalam perjuangan parti PAS.
Di sinilah ketaranya agenda DAPisme beraksi.
Antara yang menjadi fokus agenda DAPisme adalah:
Isu-isu yang melibatkan agama Islam. Ini termasuklah peruntukan-peruntukan bagi melindungi dan memelihara Islam di dalam Perlembagaan, institusi-institusi dan agensi-agensi Islam seperti Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti, Masjid, Mahkamah Syariah dan pertubuhan-pertubuhan atau NGO-NGO Islam (termasuk parti politik Islam juga).
Mereka akan mencari (atau mencipta) apa sahaja alasan atau topik untuk disensasikan agar perhatian tertumpu kepada pihak-pihak di atas tapi dari sudut pandang yang negatif. Dalam percubaan untuk menguasai Perang Persepsi (War Of Perception) ini, ribuan bala tentera maya (cybertroopers – baik Kacang Merah atau Oren), portal dan aplikasi media – Twitter, Facebook, Whatsapp, Telegram, Firechat dan seumpamanya, akhbar bercetak, forum, seminar, simposium, ceramah, kenyataan, ucapam, komen dan kritikan … semuanya dimobilisasikan.
Tujuannya hanya satu – supaya kesemua institusi di atas dapat dimomokkan, ditohmah atau difitnah tanpa tanggungjawab dan dengan begitu angkuh sekali.
DAPisme juga mendapat dukungan yang kuat daripada penggerak-penggerak ideologi Liberal yang membawa bersama mereka pseudo-ideologi seperti Kebebasan Bersuara, Amalan Demokrasi, Hak Asasi Manusia, Gerakan Pembebasan Wanita, Sivil Society dan seumpamanya.
Sangat jarang sekali agenda kumpulan-kumpulan ini saling bertentangan antara satu sama lain. Agenda yang sama tetapi diperjuangkan melalui strategi-strategi yang berlainan. “Perjuangan” LGBT adalah satu contoh klasik.
Di samping itu, DAPisme mendapat tapak baru untuk berkembang, iaitu melalui penubuhan parti politik baru yang terpaksa menggunakan nama “Islam” sebagai satu celupan yang diharap dapat diterima oleh masyarakat Islam dan para pengundi. Ini adalah tapak yang sangat subur sebenarnya.
Ini kerana parti politik baru ini senang dipengaruhi dan dibentuk acuannya. Sebab itu penubuhan parti baru ini mendapat sambutan dan restu segera daripada parti DAP (dengan melihat kepada beberapa kenyataan pimpinan parti sosialis sekular tersebut). Gagasan mengenai Islam versi “baru” (distinctive) daripada agenda perjuangan parti PAS misalnya membuka ruang kepada versi Islam yang serba sejahtera, harmonis, penyayang, rahmah, akomodatif, inklusif dan tidak bersifat konfrontasi.
DAP sangat beruntung kerana ada pihak lain yang akan segera tampil untuk mempertahankannya daripada serangan umat Islam sendiri. Dari sudut yang lain, dua kumpulan umat Islam akan dibiarkan bertempur sesama sendiri khususnya dalam medan hujah-hujah ugama manakala DAP akan balik ke rumah sambil memegang piala kemenangan!
http://www.ismaweb.net/2015/09/isma-sokong-mufti-pahang-tidak-tunduk-dengan-dap/
ReplyDeleteIsma sokong Mufti Pahang tidak tunduk dengan DAP
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, Isnin – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Pahang menyokong ketegasan yang ditunjukkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) apabila tidak terpengaruh dengan desakan parti rasis dan cauvinis DAP yang mahu jabatan itu memohon maaf berhubung isu khutbah Aidiladha baru-baru ini.
Yang Dipertua Isma Kuantan Dr Mohamad Nor Sundari berkata tindakan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang menegaskan bahawa pihaknya tidak akan memohon maaf kepada DAP suatu tindakan yang tepat.
“Khutbah yang dibacakan adalah untuk menyeru masyarakat supaya mengutamakan perpaduan tanpa mengira perbezaan fahaman politik dan wadah perjuangan.
“Jadi, DAP mahupun mana-mana pihak perlulah menghormati institusi mufti dan jabatan agama negeri-negeri yang menjaga hal ehwal agama Islam pada setiap masa. Ini bagi menjunjung perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan,” tegasnya dalam satu kenyataan.
BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang
Baru-baru ini DAP mendakwa teks khutbah sempena Aidiladha di Negeri Pahang telah menghina parti itu apabila menyebut DAP terang-terang menentang Islam.
Marah dengan tindakan itu, Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puri memberi masa lima hari kepada JAIP untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik khutbah itu atau berdepan tindakan undang-undang.
Bagaimanapun Mufti Pahang Pahang bertegas tidak akan memohon maaf kepada parti rasis itu berikutan mereka mempunyai hak untuk menyatakan kebenaran Islam.
Menyokong tindakan Mufti Dr Sundari berkata, khutbah merupakan medium utama di masjid-masjid untuk memberi peringatan dan nasihat kepada umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan yang disampaikan ketika menunaikan solat Jumaat.
“Isma sendiri sebuah pertubuhan sederhana sejak sekian lama telah memperjuangkan kemestian umat Melayu Islam supaya kembali menghayati dan membentuk jati diri Melayu Islam yang semakin terancam akibat rapuhnya ikatan perpaduan bangsa Melayu pada ketika ini.
“Justeru bagi Isma, seruan khutbah berkenaan sangat kena pada tempatnya dan sesuai dengan penegasan Al-Quran di dalam Surah Ali Imran Ayat 103 yang bermaksud, “..dan hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan tali Allah (agama Islam) dan jangan sekali-kali kamu bercerai-berai..”,” katanya.
Ketua Menteri jangan RASUAH....
ReplyDeletePERDANA MENTERI.....????
Wahai penunjuk perasaan dan yg seangkatan dgn nye, Hidupkanlah sel2 otak yg bijak sikit...jgn berterusan bangang!.
Yaaaa kalau jadi Penang mari boleh membeli rumah terlajak murah, kalau dia dapat Putrajaya apa lagi dia bikin.
DeleteKetua Menteri jangan RASUAH....
ReplyDeletePERDANA MENTERI.....????
Wahai penunjuk perasaan dan yg seangkatan dgn nye, Hidupkanlah sel2 otak yg bijak sikit...jgn berterusan bangang!.
Yg pi demo tu umnok tk cukop dedak. Bangang bahlol. Banglo guan eng hanya rm2.8juta. Najib pula derma arab rm2.6b. Ada kata rm4.2b. Arab mano yg bodo nk derma ke najib?. Hai umngok. Najib dulu kena resign lah. 2 boss besar sprm dipaksa pencen awal. Ag gani pencen awal. Tim.boss sb ditukar ke jpm. Inilah umngok tk leh nk pikir. Bodohh dulu kini n selama nye. Begitu juga dgn hadi harun n pas chai. Huhuhu
ReplyDeleteYg pi demo tu umnok tk cukop dedak. Bangang bahlol. Banglo guan eng hanya rm2.8juta. Najib pula derma arab rm2.6b. Ada kata rm4.2b. Arab mano yg bodo nk derma ke najib?. Hai umngok. Najib dulu kena resign lah. 2 boss besar sprm dipaksa pencen awal. Ag gani pencen awal. Tim.boss sb ditukar ke jpm. Inilah umngok tk leh nk pikir. Bodohh dulu kini n selama nye. Begitu juga dgn hadi harun n pas chai. Huhuhu
ReplyDeleteSetuju sesgt najib kena resign dulu tapi LGE juga!
Delete30 org mewakili rakyat pp...kepala hotak dia.
ReplyDeleterakyat pp ni ada berapa ramai ?
50.60 atau 70 orang..
bodo bertingkat2 macam komtar juga..
rakyat pp yg lain bukan bodoh mcm 30 ni..sah sah makan dedak ...berapa rm dapat agaknya dengan menjual muka tu...
30 org mewakili rakyat pp...kepala hotak dia.
ReplyDeleterakyat pp ni ada berapa ramai ?
50.60 atau 70 orang..
bodo bertingkat2 macam komtar juga..
rakyat pp yg lain bukan bodoh mcm 30 ni..sah sah makan dedak ...berapa rm dapat agaknya dengan menjual muka tu...
Walau hanya seorang yg berdemo jika didapati bersalah LGE kena resign juga
Delete