KUALA LUMPUR – Seramai 9,155 individu ditahan dalam serbuan Ops Dadu yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menggempur kegiatan mesin judi berkomputer di seluruh negara bermula Januari hingga Mei lalu.
Turut dirampas dalam serbuan oleh Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG), Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman dan polis negeri serta daerah itu ialah 49,553 komputer yang diubah suai menjadi mesin judi.
Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Roslee Chik berkata, sebanyak 16,194 jumlah serbuan dijalankan dan 4,487 daripadanya berjaya dilakukan di seluruh negara bagi tempoh tersebut.
“Jumlah serbuan tertinggi dibuat di Selangor iaitu sebanyak 4,355 diikuti Negeri Sembilan (3,650) dan Sarawak (3,358).
Melihatt ini, adakah rakyat Malaysia gila Judi? (IH)
Itu sebab Ketua Musyrikin Penang tolak RUU dan memaki hamun mufti Pahang. Ini kerana Ketua musyrikin penang mahu oranh Islam bergelumang dosa macam berjudi
ReplyDeleteBodoh. Banyakkan membaca. Siapa yg menentang judi bolasepak dulu kalau bukan kerajaan negeri pulau pinang? Siapa yg cuba nak halalkan kalau bukan UMNO BN.
ReplyDelete