Thursday, July 14, 2016

Selamatkan Negara Bersama Islam -Presiden PAS.

SELAMATKAN NEGARA BERSAMA ISLAM
Firman Allah:

  • "Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) beristiqamah (sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran (bertaubat) serta mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (Surah Hud, ayat 12-13)
Ramai yang membuat kenyataan mahu selamatkan negara yang bermasalah ini, tanpa membuat muhasabah bahawa sebabnya ialah kerana pemimpin dan rakyat yang memilih pemimpin. Semua masalah yang membebankan negara sehingga terkini wajib dipikul bersama, serta wajib juga menegaskan penyelesaiannya yang diimani secara ikhlas, bukan kerana merebut peluang dan kesempatan yang mengulangi jahat dan zalimnya pula.

PAS mempunyai pendekatan tersendiri bersama Islam dan wajib beristiqamah dengannya, sehingga istiqamah dijadikan perkataan penting kepada tema beberapa kali muktamar, sehingga mereka yang tidak beristiqamah keluar PAS atau dipecat. Mereka bersama PAS wajib bersyukur kerana mencipta rekod ketahanan jadi diri para pemimpin yang dipilih memerintah negeri, sehingga tidak ada ruang untuk bertindak kerana rasuah, salah laku dan sebagainya. Adapun kejatuhan di Perak, contohnya kerana salahlaku rakan dalam pakatan (DAP dan PKR) yang menjual kerusi.
PAS terus sedia berpakat dengan semua pihak dan tidak akan bersama dengan sesiapa sahaja yang tidak setia dan bersedia bersama acuan PAS, berpandukan konsep yang ditunjuk oleh Al Quran, Kalam Allah dan Ilmunya:
  • "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)." (Surah Al-Maidah, ayat 02)


Al Quran dan Sunnah menunjukkan dua pendekatan kerjasama Islam bersama pihak yang lain, berasaskan konsep wajib berpegang teguh tanpa berganjak dan tidak ada tawar menawar dalam perkara aqidah perjuangan, dasar dan matlamat yang ditetapkan oleh Allah, sehingga menjual atau mengadai atau memberi percuma dalam perkara tesebut demi kesetiaan kepada pihak lain semata-mata kerana kemenangan dunia tanpa akhirat sehingga memberi wala' kepada musuh Islam atau pengkhianat. Firman Allah :


  • "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang yang bersama(yang dipercayai) dalam perjuangan . Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya." (Surah Ali-Imran, ayat 118)


Allah juga berfirman :
  • "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Surah Al-Mumtahinah, ayat 08-09)


Rasulullah SAW adalah contoh manusia pilihan Allah SWT menghayati petunjuk Allah, termasuk aspek politik diperingkat Makiyyah ketika paling lemah dizalimi dan diperingkat Madaniyyah ketika berkuasa memerintah negara dalam kedudukan paling kuat.
Ketika Marhalah Makiyyah, apabila bapa saudaranya Abu Talib yang disegani mengemukakan tawaran para pemimpin Mekah supaya berdakwah tanpa kuasa politik, paling mudah tanpa gangguan, sabdanya dengan tegas :
  • "Wahai bapa saudara kesayanganku! sekiranya diletakkan matahari dikananku dan bulan dikiriku,dengan syarat aku meninggalkan urusan menegakkan Islam ini, sehinggalah Allah memenangkannya atau aku mati didalam perjalanannya nescaya aku tidak sekali-kali meningalkannya)."

Adapun bertahaluf (berkerjasama) dengan berbagai pihak bukan Islam termasuk yang munafik ketika menegakkan negara di Madinah pula beristiqamah bersama dasar dan matlamat yang dinyatakan di dalam Piagam (Perjajian).

  • "Dan apa-apa sahaja perkara atau pertelingkahan yang berlaku dikalangan mereka yang terlibat didalam perjanjian ini yang ditakuti boleh merosakkannya. Hendaklah dikembalikan penyelesaianya kepada Allah (Al Quran) dan Muhammad Rasulullah SAW (Sunnah)"
Maka mereka yang menubuhkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah menetapkan dalam Undang-Undang Tubuh (Perlembagaan) PAS. Hukum tertinggi ialah Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias yang nyata. Bagi memelihara perjalanan PAS maka ditubuhkan Majlis Syura Ulamak.
Matlamatnya ialah menegakkan Islam dalam masyarakat dan pengurusan negara. 


Maka PAS wajib beristiqamah dan bertegas dalam perkara asas tersebut. Bahawa semua pihak yang melanggar sempadan ini jangan cuba mengheret PAS terkeluar daripada landasannya.
Maka sesiapa yang menyertai PAS hanya memandang sebelah mata aspek wawasan keduniaannya sahaja tidak boleh bertahan besama PAS. Ketahuilah bahawa perjuangan ini memandang dua belah mata, ke arah kemenangan akhirat yang paling besar dan kemenangan dunia yang diuji menjadi jambatan ke akhirat juga.
Allah menegaskan kepada mereka yang hanya inginkan kesempatan kemenangan yang cepat:
  • "Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati adanya terlalu dekat dan satu perjalanan yang dapat dilihat pencapaiannya, nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)." (Surah At-Taubah, ayah 42)
Perjuangan ini juga tidak boleh disertai oleh mereka yang menjaga hubungannya dengan manusia, harta dan sebagainya, kerana Allah berfirman :
  • "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (Surah At-Taubah, ayat 24)
Demikiankan kalangan mereka yang punya apa-apa yang disenaraikan oleh Allah pasti keluar daripada PAS cara sekarela atau dipecat, dan mencari atau mencipta bahtera yang lain, menjadi si luncai yang terjun bersama labunya.
Belajar dan faham daripada Al Quran dan Sirah Nabawiyyah dan para salaf soleh, jangan sekali-kali terpengaruh dengan pandangan jalanan atau ilmu daripada syaitan yang meredah langit terbuka tidak mengira dosa dan pahala,serta tidak yakin kepada janji Allah. Sila baca firman Allah kepada generasi Al Quran :
  • "Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang jahil bercakap terhadap mereka , hadapkan kata-kata menjawab; dengan perkataan: Selamat sejahteralah (dari perkara yang tidak diingini. (Surah Al-Furqan, ayat 63)
Teruskan Istiqamah, jangan diheret oleh musuh atau kawan yang berpura-pura, tangan kiri yang bergelumang memegang kita, tangan kanannya bergantung kepada lawan yang juga mengheret kita daripada "Al-Siratol Mustaqim". Jadikan cahaya Islam ini lampu penyuluh jalan mencapai matlamat walau pun jauh dan panjang, namun tetap selamat dan inilah juga cara mengenal kawan dan lawan secara berhemat.


"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

09 Syawal 1437H / 14 Julai 2016M

11 comments:

Anonymous said...

PAN pula beranggapan, Selamatkan negara melalui muncung rocket DAP. Walaupun DAP itu anti Islam. DAP berpangkat Tuan, PAN pula berpangkat khadam

PAN berideologi Abu Lahab, PAN pula berideologi Secular Liberalisme bertopengkan Ugama.

Sempena bulan Syawal mari kita baca dan falshback Seruan Aidilfitri dari ISMA, sebuah gerakan Islam.

http://www.ismaweb.net/2016/07/bilakah-kita-merayakan-kemenangan-ke-atas-ekstremis-liberalis-dan-puak-anti-islam/

Bilakah kita merayakan kemenangan ke atas ekstremis, liberalis dan puak anti-Islam?

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR WA LILLAHIL HAMD

Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha Besar dan segala puji hanya bagi Allah

Apabila kita memahami bahawa Islam bukan hanya puasa dan solat, bahkan lebih luas lagi daripada itu, maka kita memahami juga keraian kita terhadap sambutan kemenangan pada Hari Raya masih belum sempurna.

Benar, perjuangan masih belum selesai.

Banyak aspek pembangunan Islam yang perlu dibangunkan. Antara yang paling utama ialah pembangunan jati diri umat Islam sama ada dari segi akidah, akhlak dan ibadah, di peringkat individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Pembangunan inilah yang dicita-citakan oleh umat seluruh Islam, bukan hanya sekadar memenangi pentas politik tetapi masyarakat hakikatnya jauh daripada Islam.

Kelompongan inilah yang diisi oleh gerakan dakwah seperti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan kumpulan-kumpulan lain.

Terlalu banyak bidang yang perlu dibangunkan bagi menaikkan martabat Islam di negara tercinta seperti pendidikan, ekonomi, pentadbiran dan lain-lain.

Akan tetapi, apa yang menjadi fokus Isma ialah pembangunan jati diri muslim yang kukuh dan teguh dengan prinsip-prinsip Islam.

Ini kerana jika terdapat manusia soleh, maka apa sahaja bidang yang diceburinya akan berhasil dan memberikan sumbangan untuk Islam.

Manusia-manusia soleh inilah yang akan mewujudkan sistem atau budaya baharu menggantikan budaya malas, tidak bersungguh-sungguh, rasuah dan sebagainya.

Dalam pada kesibukan kita membangunkan agenda Islam dan mendidik masyarakat, kita kesal dengan jarum-jarum halus yang kian berakar umbi dalam masyarakat yang membawa arus bertentangan.

Budaya hedonisme yang diimport masuk ke negara kita membawa nilai Barat sehingga mempengaruhi anak muda. Artis dan media menjadi pintu masuk budaya songsang ini.

Tidak cukup dengan itu, golongan ekstremis dan liberalis pula muncul dan memberikan gambaran salah terhadap Islam sebenar yang sederhana.

Mereka memanipulasi ajaran Islam bagi memuaskan nafsu dan objektif mereka sedangkan kewujudan dua golongan ini merosakkan imej Islam dan mengelirukan pandangan awam terhadap Islam.

Satu lagi puak yang terang-terangan mengganggu usaha Islam di Malaysia ialah puak anti-Islam yang diketuai oleh parti rasis dan cauvinis DAP.

Biarpun mereka menafikan mereka anti-Islam, tapi agenda perjuangan dan pendirian mereka cukup jelas menunjukkan mereka adalah kumpulan anti-Islam.

Apa sahaja agenda Islam pasti mereka bantah dan yang terkini cadangan pindaan Akta 355 yang memberikan kuasa lebih kepada mahkamah syariah.

Perjuangan umat Islam hari ini bukan hanya perjuangan menentang nafsu makan dan minum, bahkan perjuangan kita hari ini adalah perjuangan membangunkan jati diri umat, perjuangan menjauhi budaya hedonisme, perjuangan menentang golongan ekstremis dan liberal, dan juga perjuangan mengalahkan kumpulan anti-Islam.

Kesimpulannya, Hari Raya kita yang sebenar adalah pada saat umat ini mampu berdiri tinggi mengatasi umat lain dalam segenap aspek kehidupan, bukan hanya di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Ancaman ekstremis, liberalis dan puak anti-Islam ketika itu berjaya dipadamkan dan itulah sambutan Hari Raya sebenar.

Ketika itu jugalah semua tunduk kepada kekuasaan Allah SWT.

Mohd Firdaus Salleh Hudin
Pengarang Ismaweb.net


Anonymous said...

Ramai jantan nak potong bird boleh masuk PAN. Amikkk kao PAN AL Khadam SIla baca

http://www.ismaweb.net/2016/05/jawatankuasa-transgender-pulau-pinang-nanti-lagi-ramai-nak-tukar-jantina-kata-ridhuan-tee/

Jawatankuasa transgender Pulau Pinang: Nanti lagi ramai nak tukar jantina, kata Ridhuan Tee

leh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, Rabu – Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menegaskan bahawa keputusan DAP meluluskan jawatankuasa transgender di Pulau Pinang tidak wajar kerana tindakan itu akan membiakkan lagi puak ini.

“Jika jawatankuasa ini ditubuhkan kerana hendak membela ke arah memulihkan tidak mengapa, tetapi tidak boleh jika ia ditubuhkan kerana hendak membela nasib transgender ini untuk membiarkan mereka semakin hanyut, semakin jauh.

“Sekiranya mereka ini dibiarkan, digalakkan lagi kemudian menjadikan ia sebagai suatu budaya, maka tidak boleh. Nanti lagi ramai yang nak tukar jantina,” katanya ketika ditemui Ismaweb di Majlis Multaqa Perpaduan Ummah yang sedang berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan parti rasis dan cauvinis, DAP semalam telah meluluskan jawatankuasa transgender bagi membela nasib golongan berkenaaan.

Jawatankuasa yang diketuai ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu berkata, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk golongan ini.

“Kalau kita pun nak tubuhkan jawatankuasa LGBT boleh, tapi apa tujuannya? Kalau tujuannya baik, nak memulihkan golongan ini, maka tidak mengapa.

“Kita bukan apa, kita risau nanti sampai kepada tahap kes kahwin sesama jantina, itu tidak boleh.

“Ini sampai nak bina tandas untuk puak ini, nanti bermacam aktiviti pelik pula dalam tandas itu,” kata Ridhuan Tee.

Anonymous said...

Wauuuuu tak sangka PAN berbangga dgn sikap DAP yg anti Islam. Itu pasal PAN tak komen. Khalid Samad lidah hang mana???????

http://www.ismaweb.net/2016/06/ops-aurat-melayu-dap-tunjuk-pandai-bidas-jabatan-agama-islam-kelantan/

Ops Aurat: Melayu DAP tunjuk pandai bidas Jabatan Agama Islam Kelantan

BANGI, Selasa – Anak muda Melayu yang menyertai parti rasis dan cauvinis DAP, Edry Faizal membidas penguatkuasaan Ops Ramadan dan Aurat anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) yang didakwa tidak syumul dan berat sebelah.

Edry yang merupakan ahli jawatankuasa Sosial Muda DAP (DAPSY) berkata, Islam bersifat syumul dalam setiap aspek dan tidak terhad dalam bulan tertentu khususnya Ramadan.

“Penguatkuasaan sekarang seolah-olah berat sebelah, sebab hanya menjurus kepada golongan wanita. Tidak pernah kita dengar golongan lelaki dikuatkuasakan menundukkan pandangan,” katanya kepada portal rasmi parti rasis dan cauvinis itu.

Minggu lepas, JAHEAIK melancarkan operasi puasa dan aurat bertujuan mendidik masyarakat supaya menghormati bulan Ramadan.

Ketika pelancaran, slogan “Aurat Ku Maruah Ku” dan “Aurat dijaga maruah terpelihara, jom kita menutup aurat” diperkenalkan.

Ramai pihak menyambut baik usaha murni ini kerana ia adalah satu langkah mendisiplinkan masyarakat dengan ajaran agama.

Pengarah JAHEIK, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dalam kenyataannya sebelum ini berkata operasi itu diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat di negeri ini mengenai kewajipan menutup aurat mengikut Syariat Islam.

“Untuk permulaan Ramadan, fasa pertama bagi operasi cegah aurat serta perbuatan tidak sopan adalah peringkat didikan serta nasihat manakala untuk operasi puasa, kita lebih ke arah fasa penguatkuasaan,” katanya.

Beliau juga berkata, operasi itu akan berterusan pada bulan Ramadan serta waktu operasi adalah pada waktu 11 pagi sehingga 5 petang serta akan bertindak pada waktu malam jika mendapat sebarang maklumat.

Katanya, mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan berkaitan Seksyen 5 (1) iaitu perbuatan tidak sopan yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan manakala bagi Seksyen 26 iaitu tidak berpuasa di bulan Ramadan akan dikenakan denda RM500 serta penjara tiga bulan atau RM1,000.

“Seramai 89 anggota di seluruh negeri ini akan dikerahkan dan kita mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) serta pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam memastikan operasi ini berjalan lancar,” katanya.

Anonymous said...

FLASHBACK PERMULAAN PAN DGN TRAGEDI SELFIE AMOY LANNGAR DADA


Selepas bersedap2 selfie langgar dada, dia anggap remeh pulak. Itu t shirt rasa hangat lagi taoooo

http://www.ismaweb.net/2015/09/wanita-cina-bergambar-sandar-bahu-isu-remeh-mat-sabu/

Wanita Cina bergambar sandar bahu isu remeh: Mat Sabu

KOTA BHARU, Khamis – Pengerusi Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (Parti Pekerja), Mohamad Sabu menganggap isu bergambar dengan wanita Cina yang menyandar bahu ke badannya adalah perkara remeh untuk diperbesar-besarkan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu juga menyifatkan orang Islam kini lebih gemar memperbesar-besarkan isu remeh se perti gambar beliau dengan seorang wanita Cina pada perhimpunan haram Bersih 4.0 baru-baru ini.

“Orang ratus ribu, saya bila turun dalam keadaan orang ramai, terutama sekali peserta Cina datang ingin bergambar. Adalah seorang wanita Cina ini datang ambil gambar sandar dekat bahu kita, itu jadi isu besar sekarang.

“Inilah orang Islam sekarang, dia tengok benda macam ini, dia bukan tengok isu lain yang lebih besar,” katanya dengan menganggap itu adalah perkara biasa yang tidak sepatutnya dibangkitkan.

Beliau berkata demikian berikutan gambarnya tersebar di laman-laman sosial yang kelihatan dalam keadaan mesra dengan seorang wanita Cina pada perhimpunan haram Bersih 4.0 di Kuala Lumpur minggu lalu.

Penyebaran gambar tersebut menyebabkan Mat Sabu menerima kritikan hebat.

m-sabb

Selain itu, sekeping gambar Mat Sabu berpegangan tangan dengan seorang wanita peserta Bersih itu juga turut menjadi viral di laman sosial hingga ada yang menghantar komen dengan meletakkan lirik lagu ‘lompat apek lompat’ dalam cerita P Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok.

Susulan itu ketua pengiring yang bertugas menjaga Mat Sabu ketika perhimpunan itu dilaporkan memohon maaf kerana gagal mengawal orang ramai daripada menghampiri bekas Timbalan Presiden PAS itu.

Aris Awang berkata, beliau memohon maaf kepada Mohammad, ahli keluarga serta kenalan Islamnya berikutan gambar pemimpin tersebut yang dihampiri serta disentuh wanita ketika perhimpunan itu menjadi viral.

Anonymous said...

Minta. Pencerahan. Tuan. Mahaguru.....
Duit 2.6 b. Masuk poket sendiri. Apa hukumnya..?????
Haram ke , halal ke , sunat ke , makruh ke , atau di haruskan..

Anonymous said...

Bersubahat dengan Najib dan Rosmah makan rasuah dan duit rakyat tak apa ya Haji Hadi.Semua boleh di anggap halal sekiranya dia kawan kita.Dulu semasa bersama DAP pun semua halal juga,sekarang ni saja DAP dah jadi haram.

kiedentech said...

bertolong-tolongan menggondol hutan di kelantan sampai banjir besar bumi kelantan dan sehingga sekarang mangsa banjir tinggal dalam khemah demi memperjuangkan hudud pas dan mengabaikan hudud Allah yang menuntut manusia menjadi khalifah di dunia ini dan menjaga alam ini tidak musnah akibat dari perbuatan manusia

Anonymous said...

SEEKOR SUPERMAN ROKET TELAH MENYERAHKAN PERAIRAN NEGARA INI (LAUT CHINA SELATAN) KEPADA NEGARA CHINA KOMUNIS! INI BERERTI SUPERMAN ROKET ADALAH PENGKHIANAT YANG SEPATUTNYA DIHUMBAN KE DALAM PENJARA!

JIKA SIFU-SIFU ROKET MAHU MENJADI PENGKHIANAT, ADALAH LEBIH BAIK MEREKA DAN BARUA MEREKA BERAMBUS KE NEGARA ASAL MEREKA!

Anonymous said...

Hadi Mereng yang juga Presiden Parti Assobiyah 1Malaysia patut faham betul2 ayat2 Quran tersebut. Seeloknya dia baca depan cermin sambil gosok gigi setiap kali.
Sifat munafik tolong buang, jangan cakap tak serupa bikin. Allah lebih mengetahui dan melihat segalanya. Islam tu bukan melayu dan melayu itu jauh sekali bukan Islam. Tak reti2 lagi ke ajaran Islam?

Anonymous said...

Anon 1:47 AM adalah keturunan Abdullah bin Ubai.

Anonymous said...

Anon 1003 adalah keturunan munafiq dan syirik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails