Saturday, July 02, 2016

Tahniah Hanez Suraya! Tinggalkan Lakonan, Itu Terbaik -Ibnu Hasyim.



2-Hanez-Suraya-Bersedia-Untuk-Berhenti-Berlakon-jpeg

HALAMAN HIBURAN

Tahniah Hanez Suraya! Tinggalkan Lakonan, kalau itu pilihan terbaik. Sambut weblog Ibnu Hasyim, bila mendengar berita sejak beliau mendirikan rumah tangga boleh dikatakan jarang kita dilihat Hanez Suraya muncul dalam mana-mana drama terbaharu.

Bercerita mengenai perkembangan dirinya, Hanez Suraya memberitahu dia kini mahu memberi sepenuh tumpuan kepada keluarganya.
Dia juga mempunyai perancangan beralih kepada perniagaan sebagai persediaan meninggalkan dunia seni. Tambahan pula, hasrat tersebut turut disokong suami tercinta, Romie Razin Adilha.
Untitled
“Sebagai isteri, saya akur kehendaknya untuk memberi perhatian kepada keluarga terutama sejak Putri Aleesya dilahirkan. Ikutkan memang rindu mahu kembali berlakon tetapi mengenangkan anak yang masih kecil, hasrat itu saya lupakan.
“Walaupun mempunyai pembantu, hal berkaitan anak saya mahu lakukan sendiri termasuk menyuapkan makanan, memandikan dan mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa.
“Cuma saya tidak mahu cakap akan bersara sekarang kerana takut tiba-tiba ada tawaran berlakon dan saya menerimanya. Mungkin apabila anak sudah besar sedikit, saya boleh pertimbangkan soal kembali berlakon. Sekarang, biarlah saya berkorban dulu.
“Buat masa ini, suami galakkan saya ceburi bidang perniagaan. Tetapi apa bisnes yang bakal saya ketengahkan masih dalam perincian,” katanya kepada Berita Harian.
Hanez mendirikan rumah tangga bersama Romie sekitar Mac tahun lalu. Tahniah! Kalau perlu bersaralah!

2 comments:

  1. Taaaapi PAN masih mahu menjadi pelakun (khadam) polititk DAP di Persana politik nusantara. Tengok mujahid sudahlah. Lepas buka puasa bergegaa jumpa warrior rumah banglo tetlajak murah. Weiii Mujahid Thambi. Hang punya acting skil macam steven seagal tu

    ReplyDelete
  2. Pas PIS Pus .. hi hii

    ReplyDelete