Sunday, July 03, 2016

Urustadbir Felda, Jelaskan Bayaran Sebelum Peneroka Sambut Syawal.. Selamat HariRaya.


KENYATAAN MEDIA

Felda Perlu Jelaskan Segera Bayaran Hasil Tertangguh Sebelum Peneroka Sambut Syawal.

SEJAK beberapa minggu lalu banyak aduan dari pihak peneroka Felda mendakwa pihak pengurusan Tanah Rancangan gagal membuat bayaran pendaluhuan hasil terutama di tanah rancangan Felda di Terengganu.

Menurut maklumat, lima daripada 21 tanah rancangan belum menerima lagi pendahuluan hasil seperti lazimnya. Antara tanah rancangan yang dimaklumkan menghadapi masalah ini ialah Felda Tersat di Hulu Terengganu, Felda Seberang Tayur, Felda Kerteh 5, Felda Neram 1 di Kemaman dan Felda Kertih 1 di Dungun sudah terlewat hampir 4 minggu dari tarikh sepatutnya bayaran dibuat.

Peneroka Felda yang setia menghantar hasil mereka kepada Kilang dan melalui pengurusan biasanya di bayar seminggu selepas slip timbangan Buah Tandan Segar diserahkan kepada pihak pengurusan.

Begitu juga dengan Peneroka Felda yang menyerahkan pengurusan urus tadbir ladang mereka kepada Felda atau Felda Technoplant, mereka akan dibayar pendahuluan hasil pada setiap awal bulan.

Sebelum ini masalah ini tidak berlaku di Terengganu, hanya berlaku di Pahang dan beberapa negeri lagi, kali ini masalah ini sudah berjangkit ke Terengganu. 

Saya difahamkan masalah ini sudah dibawa kepada pihak Pengurusan Wilayah oleh wakil peneroka Felda, tetapi tiada jalan penyelesaian dan ini akan memberi kesan besar untuk peneroka terbabit menyambut hari lembaran.

Lebih membimbangkan lagi jika perkara ini berterusan, kepercayaan peneroka Felda terhadap pihak pengurusan akan terjejas dan juga dibimbangi mereka akan memilih jalan pintas dengan menjual sendiri hasil mereka kepada pihak lain. Jika ini berlaku akan memberi masalah lain kepada kedua pihak.

Apakah dakwaan Felda sedang menghadapi aliran tunai betul-betul berlaku? Kebimbangan peneroka Felda ini mulai berasas dan sangat memberi kesan dengan kesetiaan mereka selama ini terhadap Felda.

Justeru itu Unit Hal Ehwal Felda PAS Pusat, mendesak pihak Felda menyelesaikan segera masalah pembayaran kepada peneroka Felda seluruh negara agar mereka mampu menyambut hari lembaran ini dengan sedikit keselesaan hasil dari tuaian mereka.


Sekian.

Naraza Muda 

Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.
30hb Jun 2016

1 comment:

  1. Kesian orang FELDA ni.
    Saham Fgv dah jatuh jadi rm1.30 macam mana nak dapat bonos raya.
    Kena kencing dengan Najib sajalah nampaknya.
    Takpa, PRU14 nanti jangan lupa undi umno, ye.
    FGV akan jatuh merundum jadi 5 sen sesaham......HEHEHEHE

    ReplyDelete