SUKAN
RIO DE JANEIRO – Sukan Olimpik 2016 menjadi kesempatan bagi masyarakat Brazil, khususnya daripada semua sektor bergerak menyambut pelancong yang datang, termasuk bisnes pelacuran.
Bukan hanya peniaga barangan kecil atau pemilik hotel bajet, temasya Olimpik musim panas kali ini juga dimanfaatkan ribuan wanita pekerja seks tempatan untuk meningkatkan pendapatan masing-masing.
Media tempatan melaporkan, seorang pekerja seks di Rio de Janeiro dikenali sebagai Juliana berkata, kadar caj servis mencecah 415 real Brazil (kira-kira RM530) per jam. Kadar tersebut lebih tinggi berbanding hari-hari biasa.
Wanita berusia 23 tahun itu turut cuba memanfaatkan kehadiran ratusan ribu pelancong luar negara semasa Sukan Olimpik. Dianggarkan 400,000 pelancong hadir sepanjang temasya terbesar empat tahun sekali itu.
“Saya gembira dengan kehidupan seperti ini. Saya malah mempunyai kereta dan pangsapuri. Kalau tidak begini, saya mungkin cuma mempunyai handphone,” kata Juliana dengan penuh bangga.
Di Brazil kegiatan pelacuran adalah dihalalkan. Ini membuatkan Juliana sama sekali tidak takut dengan tindakan penguatkuasaan dan dengan tenang mencari wang lebih untuk meneruskan gaya hidupnya yang mewah.
“Kenapa saya harus takut kepada polis? Mereka juga pelanggan saya. Pelacuran diterima oleh siapa pun di sini. Ini jalan mudah mendapatkan wang pada masa sekarang,” katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seolah-olah Olimpik atau sukan, dan pelacuran tidak dapat dipisahkan. Hidup Olimpik hidup pelacur, hidup pelacur hidup olimpik. Itulah yang Islam dan kemanusiaan tidak mahu. Sukan ada ciri-cirinya yang normal. (IH)
CHONG WEI mengetuai kontinjen negara pada majlis perasmian Sukan Olimpik di Stadium Maracana semalam.
CHONG WEI mengetuai kontinjen negara pada majlis perasmian Sukan Olimpik di Stadium Maracana semalam.
1 comment:
Mengapa Islam melarang zina (seks bebas, pelacuran dll)? Di antara sebabnya ialah:
Zina boleh menyebabkan penyakit kelamin yang berbahaya merebak di kalangan manusia yang suka berzina yang melibatkan faraj, dubur dan sek oral. Penyakit kelamin ini disebabkan oleh lebih dari 30 jenis bakteria, virus, kulat, parasit dan Protozoal yang berbahaya.
Contoh penyakit kelamin ialah:
(1) Bakteria - penyakit chlamydia, gonorrhea, dan syphilis dll
(2) Virus - penyakit hepatitis, genital herpes, HIV/AIDS, HPV dan genital warts dll
(3) Kulat - penyakit Candidiasis
(4) Parasit - penyakit kutu dan kudis buta
(5) Protozoal - penyakit Trichomoniasis (Trichomonas vaginalis)
Orang yang berzina mungkin menggunakan kondom untuk mencegah jangkitan penyakit kelamin tetapi bahagian yang tidak ditutup oleh kondom masih terdedah kepada jangkitan pelbagai penyakit kelamin.
Bayangkan isteri atau suami yang berzina mendedahkan pasangan dan anak-anak mereka kepada jangkitan penyakit kelamin yang berbahaya.
Terdapat beberapa penyakit kelamin yang tidak boleh dirawat dengan ubat dan terdapat penyakit kelamin yang boleh dirawat tetapi penyakit kelamin ini akan terjadi semula selapas diubati.
Langkah terbaik untuk mencegah penyakit kelamin ialah:
(1) Laksanakan Hudud
(2) Jauhi zina dan liwat (anal, vaginal or oral). [Centers for Disease Control and Prevention ( CDC )]
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).(Al-Israa' 17:32)
Post a Comment