WASHINGTON – Malia Obama yang merupakan anak sulung Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama didakwa menghisap sebatang rokok mengandungi ganja pada festival muzik Lollapalooza di Chicago dalam negeri Illinois, lapor akhbar Daily Star semalam.
Malia, 18, membuat kejutan apabila meninggalkan Konvensyen Nasional Parti Demokrat lebih awal bersama ibu bapanya kerana mahu menghadiri pesta muzik itu.
Dia kemudian dirakam memakai seluar pendek dan baju tanpa lengan sambil menari seksi semasa berpesta.
Seorang remaja perempuan, Jerrdin Selwyn, 18, yang menyaksikan kejadian itu dan memberitahu portal Radar Online bahawa bau asap ganja berlegar di udara.
“Saya melihat Malia menghisap ganja dan saya memiliki gambar untuk membuktikannya. Anda dapat menghidu bau asap ganja,” katanya.
Namun, ramai pengguna Twitter mempertahankan anak gadis Obama itu.
MALIA (kanan) dan adiknya, Sasha dalam perjalanan untuk menaiki pesawat Airforce One bersama ibu bapa mereka di Maryland pada 6 Ogos lalu. - REUTERS
“Jangan sibuk tentang Malia. Dia terkurung di rumah itu (White House) selama lapan tahun. Biar dia berseronok sedikit,” kata seorang pengguna Twitter bernama Khaleed.
“Kepada ibu bapa yang menyibuk kerana Malia berseronok di pesta Lollapalooza hujung minggu lalu, sudahkah anda memeriksa Snapchat (laman sosial) anak anda?” Soal seorang pengguna Twitter lain, Big Wave Dave.
Pemilikan sehingga 10 gram ganja dibenarkan di Illinois.
Malia bukan satu-satunya anggota keluarga Obama yang menghisap dadah itu. Bapanya pernah didakwa menghisap rokok ganja semasa menyertai kumpulan remaja dikenali sebagai Choom Gang semasa beliau menetap di Honolulu, Hawaii.
Malia kini berehat setahun sebelum menyambung pelajarannya di Universiti Harvard pada 2017. – Agensi
Dilaporkan ada anak pemimpin Malaysia minum arak, apa bedanya? Anak Obama dirakam memakai seluar pendek dan baju tanpa lengan sambil menari seksi semasa berpesta. Apa bedanya dengan Puteri UMNO menari 'goyang punggung depan pemimpinnya baru-baru ini?
6 comments:
Beza nya pak aji,kuman sebrang laut nampak besag depan mata.
Anak Obama hisap ganja, anak pemimpin Malaysia hisap konek dan cipap.Pekara ini di halalkan apabila Hadi bersekongkol dengan Najib pencuri dan penerima rasuah No 1Malaysia.
Jangan jadi bodo x leh ajar cerdik x leh tegur asal bab politik mesti nok wak fitnah
Jangan jadi bodo x leh ajar cerdik x leh tegur asal bab politik mesti nok wak fitnah
Puak sekuler libral memg suka buat fitnah moga dia kembali kepada islam dan beriman pada allah. Ameeen
Tak perlu nak buat2 terkejut. Bebudak Parti Ajaran Sesat shah alam ramai yang hisap ganja. Pas subang pun bersepah taik ganja. Masa solat ramai sedang lalok. Boleh tanya pada Penerangan shah alam dan subang betul atau tidak. Nak tahu tanya sendiri. Pekung sudah dibuka.
Post a Comment