Tuesday, August 23, 2016

Banjir Di K/Jalan Baru, Sistem Saliran P.Pinang Gagal



PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di Kuala Jalan Baru, Balik Pulau di sini.

Kejadian itu berlaku berpunca daripada keadaan sistem saliran di kawasan berkenaan gagal berfungsi dengan berkesan menyebabkan air dari sungai serta parit di sini melimpah ketika hujan dan membanjiri kawasan tersebut.

Selain beberapa buah rumah dilanda masalah ini, tanaman dan kebun sayur yang diusahakan oleh penduduk tempatan juga turut rosak.

Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati keadaan sungai yang ditumbuhi rumput tebal dan dicemari dengan sampah sarap serta sistem saliran yang cetek akibat mendapan menjadi punca banjir sering berlaku kawasan ini.

Selain itu keadaan ban yang rendah menyebabkan air sungai di sini mudah melimpah dan menerjah masuk ke perkampungan dan kawasan pertanian penduduk. Selain Kuala Jalan Baru, masalah ini turut menjejaskan Kampung Sungai Rusa dan Kampung Permatang Pasir.

CAP berharap pihak berkenaan memberi perhatian serius terhadap masalah ini dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani punca kejadian tersebut. “Kami kesal walau pun masalah itu sudah lama berlaku namun ia masih berlarutan hingga sekarang”.

CAP meminta supaya parit dan sungai di kawasan ini dibersihkan dan diperdalamkan agar air dapat mengalir lancar ketika hujan. Manakala kedudukan ban yang rendah perlu dibina lebih tinggi bagi mengelak berlakunya limpahan air ke kawasan perkampungan dan pertanian berhampiran.

CAP bimbang jika keadaan dan punca kejadian ini dibiarkan ancaman banjir yang lebih buruk akan melanda kawasan tersebut pada masa akan datang. Lebih kemusnahan harta benda penduduk akan berlaku dan kerugian lebih besar akan dialami mereka.

Justeru CAP mencadangkan agar kerajaan negeri,Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan JPS membuat kajian terperinci dan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian banjir di sini dan kawasan-kawasan lain di Pulau Pinang. – HARAKAHDAILY 22/8/2016

5 comments:

  1. Sistem saliran di tempat2 lain baik sangat ke? Saya makin benci pada orang yang mencari2 kesalahan kerajaan negeri yang berjalan lebih baik dari yang lain. Bila berlaku sesuatu keburukan digambarkan seolah2 tempat lain baik.

    ReplyDelete
    Replies


    1. https://aidcnews.wordpress.com/2016/06/30/terowong-dasar-laut-pulau-pinang-satu-projek-dua-nilai/

      Terowong Dasar Laut Pulau Pinang : Satu Projek, Dua Nilai

      Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Negeri Pulau Pinang Jason Loo berkata, sejak isu berkenaan dibangkitkan, Ketua Menteri Lim Guan Eng serta ekconya Lim Hock Seng menegaskan kos terowong dasar laut ialah RM 3.7 bilion.

      Namun Jawatankuasa Kira-kira Negeri Pulau Pinang (PAC) yang diarahkan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk menjalankan siasatan bagi projek mega itu pula menunjukkan sebaliknya.

      Kata Jason, PAC melaporkan kosnya hanya RM 3.5 bilion.

      “Kos yang terpapar di MalaysiaKini, MalayMail serta NST pada 11hb, Jun menunjukkan angka RM 3.7 bilion. Akan tetapi, laporan PAC menunjukkan bahawa kos terowong dasar laut hanya menelan belanja RM 3.5 bilion.

      “Jadi, soalan kami ialah kenapa terdapat dua angka yang bercanggah dalam satu projek? Siapakah yang patut kita percayai? Lim (Lim Guan Eng atau Lim Hock Seng) yang mana satu atau laporan PAC?”, tanya Jason.

      Katanya, RM 0.2 bilion adalah perbezaan yang ketara dan tidak boleh lepas pandang dengan mudah mengambil kira Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat bayaran kepada pemaju Konsortium Zenith BUCG dengan pemberian hak milik tanah.

      Ujar Jason, wang itu adalah milik rakyat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu bertanggungjawab menjelaskan percanggahan itu kepada rakyat Pulau Pinang atas dasar ketelusan.

      “Berapakah itu RM 0.2 bilion? RM 3.7 bilion tolak RM 3.5 bilion ialah RM 0.2 bilion atau bersamaan dengan RM 200 juta. Saya selalu mengaitkan kepada rumah kos rendah. Jika RM 200 juta dibahagikan kepada RM 42 ribu iaitu harga satu unit rumah kos rendah, kita dapat mendirikan 4762 unit rumah kos rendah di Pulau Pinang untuk dibeli oleh golongan muda tak kira kelayakan akademik mereka.”, tambahan Jason.

      Delete
    2. Saudara Tinjal diharap jangan terlalu gusar. Artikel di atas keluar dalam Harakah kan? Siapa agaknya yang masih membaca akhbar Parti Assobiyah itu? Itu sebab Pak Hasyim kita siarkan dalam blog dia. Sebarkan maklumat le kata kan. Isu yang terkini yang sepatutnya dia sebar, dia agak2 lupa nak siarkan.
      Sebagai cntoh, ada tak dimana2 terlihat artikel tentang JAMINAN Hadi Mereng untuk menyaman SR? Tidak ada kan? Tak berani dia sebarkan dalam blog ini. Agaknya Pak Hasyim pun macam dah tau2 yang Hadi Mereng berkemungkinan akan buat u-turn. Kah kah kah dia pun tak takin dengan Tuang Presideng dia.
      Satu lagi isu yang tak disiarkan adalah larangan Parti Assobiyah 1Malaysia cawangan Kelantan untuk melarang orang lain bertanding dalam PRU di negeri itu. Pak Hasyim tahu itu satu keputusan bodoh yang tak masuk akal. Jahanam Parti aku katanya.
      Jadi saudara Tinjal janganlah terasa sangat dengan komen2 pemakan dan penerima dedak kat dalam blog ini. Rakyat bukan buta, semua boleh lihat. Penang dan Kelantan? Seperi langit dan bumi. Jauh sangat kalau nak dbandingkan. Di Penang ada perancangan untuk mengatasi masalah rakyat. Tapi di Kelantan lain, solat hajat je agenda dia. Itu pun kena pilih waktu dan tempat untuk solat, kena buat appointment dahulu. Masa Allah turunkan bala banjir ke Negeri itu, orang paling diharapkan, Menteri Besar hanya mampu duduk di rumah tanpa keluar melawat dan meninjau kesusahan rakyat Kelantan ketika itu. Alasan MB? " Umoh Ana pun Bah jugok!"....bodoh punya statement.
      So releks saudara Tinjal, kita sama2 terus menerus gelakkan golongan itu.

      Delete
  2. https://aidcnews.wordpress.com/2016/03/26/buat-kali-pertama-dap-tertekan-isu-banglo-guan-eng/

    Buat Kali Pertama DAP Benar-benar Tertekan Isu Banglo Guan Eng

    AIDCNews – 26/3/16 –Buat kali pertama DAP benar-benar tertekan untuk menjawab isu banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan skandal tanah di Taman Manggis, kata kolumnis The Star, Joceline Tan yang mendapat maklumat dalaman daripada pemimpin kanan parti itu.

    “Ia merupakan satu bencana PR. Kami terpaksa berada di pihak pertahanan, kita tidak pasti apa yang akan datang, “kata seorang ahli politik DAP Pulau Pinang.

    Joceline Tan (foto) dalam artikel terbaharu bertajuk “Heatwave over bungalow issue” menceritakan maklumat dalaman mesyuarat tergempar DAP Pulau Pinang semalam untuk membincangkan isu berkenaan.

    Isu ini telah sampai ke tahap kritikal, dengan itu, keperluan untuk mengadakan taklimat tertutup oleh Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dan Guan Eng kepada wakil rakyat parti itu dan Ahli Parlimen semalam.

    Gobind, ketua undang-undang parti itu, bimbang jika pemimpin parti mengeluarkan kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain dan kenyataan yang dibuat harus diselaraskan. Beliau juga memberi taklimat mengenai implikasi politik terhadap perkara itu.

    Beliau juga dipercayai telah menasihatkan Guan Eng supaya berhati-hati dalam pengumuman awam dan sebaik-baik beliau perlu membaca dari teks apabila menyentuh mengenai isu-isu di atas.

    Sebagai contoh, bekas setiausaha politik Guan Eng dan Ahli Parlimen Komtar, Ng Wei Aik mempertahankan bosnya semalam, mengatakan bahawa Guan Eng adalah seorang akauntan, bukan seorang penilai hartanah, dan sebab itu beliau tidak mengetahu nilai pasaran semasa harga hartanah.

    Malah, akuan berkanun yang dikeluarkan oleh bekas empunya banglo Phang Li Koon juga turut mengandungi keraguan.

    “Lawatan pelancongan media” ke banglo Guan Eng dianggap sebagai bukti bahawa Ketua Menteri tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan. Tetapi ia tidak sesuai dengan keseriusan dakwaan tersebut.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete