PARIS – Sebuah kumpulan hak asasi akan memfailkan bantahan di sebuah mahkamah Perancis berikutan pengharaman pemakaian burkini (pakaian renang yang menutup aurat) di bandar pelancongan tepi pantai, Cannes.
“Seramai 10 wanita meminta kami menyaman pihak berkuasa bandar Cannes. Kini kami sedang menjalankan tindakan interlokutori terhadap bandar itu,” kata Pengarah eksekutif Kolektif Terhadap Islamofobia di Perancis di laman Facebook kumpulan itu semalam.
Pakaian sut renang penuh atau burkini kini diharamkan pemakaiannya di kawasan pantai French Riviera. - Agensi
Pakaian sut renang penuh atau burkini kini diharamkan pemakaiannya di kawasan pantai French Riviera. - Agensi
Terdahulu, Datuk Bandar Cannes, David Lisnard yang bimbang dengan keselamatan orang ramai mengeluarkan ketetapan melarang pakaian pantai yang tidak menghormati “akhlak yang baik dan sekularisme”, lapor agensi berita AP.
Pakaian renang adalah gambaran yang mengaitkan agama dengan adab manusia yang suka mendedahkan, manakala Perancis dan tapak agamanya yang kini menjadi sasaran serangan pengganas, boleh menimbulkan risiko masalah kepada ketenteraman awam,” tambah Lisnard, yang menggelar burkini sebagai seragam pelampau Islamisme.
Larangan pemakaian burkini berkuat kuasa sehingga 31 Ogos, kata pegawai. Mereka yang melanggar peraturan baharu itu akan berdepan risiko denda berjumlah AS$42 (RM168). – Agensi
No comments:
Post a Comment