Nik Mohamad Abduh.
SHAH ALAM – “Sekiranya DAP dan MCA boleh bersatu (menentang RUU 355), apa salah Pas dan Umno bersatu juga dalam isu yang sama, tegas Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Beliau menyifatkan perkara itu adalah berita baik yang ditunggu-tunggu setelah dahulunya Umno menentang, tetapi kini turut bersama menyokong pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 atau RUU Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah).
Nik Mohamad Abduh berkata, Pas dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah sepakat untuk menyeru seluruh ahli parlimen Muslim agar menyokong RUU355 ini.
“Ia adalah hari besar untuk Islam di Malaysia. Jika ada ahli parlimen bukan Islam turut menyokong, maka ia adalah bonus besar buat penyatuan dan kesejahteraan negara yang wajar dirayakan juga.
“Seperti saya tekankan di atas, sebagaimana Umno memerlukan masa untuk memahami, MCA dan DAP lagi-lagilah memerlukan masa,” katanya menerusi catatan terbaharu di laman sosial Facebooknya, semalam.
Kenyataan itu berikutan tindakan MCA dan DAP yang dilihat bersatu hati menentang RUU355 yang dijelaskan oleh Nik Mohamad Abduh bertujuan memperkasakan kedudukan mahkamah syariah dalam sistem perundangan negara.
“Secara mudah, kedua-dua parti dominasi non Muslim itu mempunyai dua matlamat yang sama iaitu memastikan berkembangnya arus sekular yang menolak peranan ugama dalam politik negara dan keduanya, saling berebut undi non Muslim.
“Dengan membesarkan isu pelaksanaan hukum hudud melalui RUU355 ini, mereka cuba menggambarkan masa depan Malaysia yang gelap jika ianya diluluskan,” ujarnya.
Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu membidas DAP dan MCA pastinya akan bersatu sekiranya melibatkan soal hak dan tuntutan golongan LGBT.
“Saya tidak fikir pula jika hak dan tuntutan golongan LGBT diterima dalam negara, kedua-dua parti ini akan bersatu hati menentangnya.
“Dalam erti, memperkasakan perundangan Islam dalam negara adalah lebih bahaya dan menggelapkan masa depan negara berbanding kehadiran LGBT yang sedang berkembang menghancurkan dunia barat kini.
“Apa pun, saya memilih untuk melihatnya sebagai kejahilan yang perlu dilunakkan dengan proses pemahaman yang menagih sedikit masa yang lebih,” katanya.
Nik Mohamad Abduh berkata, pemerkasaan sistem Islam yang menyeluruh dalam negara asalnya adalah perjuangan Pas yang tidak dikongsi oleh mana-mana parti politik sebelum ini.
“Dalam sistem perundangan Islam yang diimplementasikan melalui mahkamah syariah, titik-titik kelemahan adalah amat ketara. Pas sentiasa menyeru kepada islah yang menyeluruh. RUU355 adalah sebahagian daripadanya.
“Tujuan adalah jelas. Ia agar mahkamah syariah menjadi sebahagian daripada institusi dalam negara yang mendidik umat Islam agar hidup berguna sebagai hamba Allah dan menjadi warga negara yang baik.
“Hukuman agama nilainya adalah pada keberkesanan dan kejayaan mendidik dan mencegah kejahatan,” katanya.
Beliau berkata, Pas sentiasa mencadangkan dialog dan perbincangan yang sejahtera dan terbuka. (SH)
PAN pula akan menyanjung DAP, tidak kira halal dan haram. Di mata PAN DAPlah sebaik2 kejadian.
ReplyDeleteNi saya copy paste article lama (Bukan Semua) Tak cukup space dari Nordin Ali. Link dia siap saya bagi. Pi la baca. Siap ada video lagi.
http://nordinali.blogspot.my/2015/12/menyelongkar-pemikiran-sesat-yang.html
Menyelongkar Pemikiran Sesat Yang Didokongi AMANAH
Apabila saya menulis artikel "AMANAH Patut Terima Ahli Kumpulan Gangster, Perompak & Perogol" mengulas sikap parti AMANAH dalam isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ada yang begitu marah kononnya parti AMANAH hanya nak berdakwah dengan kumpulan ini!
Ada yang buat posting forum untuk menghentam saya. Malangnya mereka gagal memahami intipati apa yang saya tulis dalam artikel berkenaan.
Aliran pemikiran Islam liberal yang didokongi pula oleh kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dikalangan orang Islam menjadikan Islam yang diamalkan kita selama ini menjadi celaru.
Mereka berselindung di bawah suara kebebasan dan hak asasi. Geng AMANAH dokongi aliran pemikiran ini atas dasar hak asasi dan kebebasan bersuara. Itu sebenarnya yang menjadi intipati yang diluahkan oleh Zulkifly Ahmad pakar strategi AMANAH baru-baru ini.
Saya tak hairan Zulkifly Ahmad ini semasa dalam PAS telah menolak hudud malah dimemperlekehkan perjuangan hudud dalaam PAS. Dia juga menyebut Husam Musa setuju dengan hudud di Kelantan atas desakan ahli PAS
Saya ada beberapa video yang Zulkifly Ahmad ini menyebut negara Islam tidak disebut dalam Al Quran dan mempersoalkan adakah negara Islam itu negara hukum?
Zulkifly Ahmad dan Mujahid Yusof Rawa ini adalah orang sealiran dengan Dr Farouk Musa pengasas serta pengarah Islamic Ranaissance Font (IRF).
Mungkin ada yang ingin tahu, apa benda itu IRF??
IRF ini adalah mereka yang mewujudkan satu pemikiran Islam liberal di Malaysia. Boleh juga dikatakan kumpulan Islam domokrat. Aliran pemikiran ini yang menjadi 'tuhan' kepada geng AMANAH.
1 Ogos 2013 IRF telah menentang usaha kerajaan untuk membendung fahaman Syiah di Malaysia dengan mendakwa kononnya Islam menerima kepelbagaian pendapat.
8 Oktober 2014 IRF dan Global Movement of Moderates Foundation (RSIS-GMMF) membawa tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia, JIL, Ulil Abshar Abdalla ke Malaysia. Kedataangan tokoh Islam liberal Indonasia ini di tentang oleh NGO Islam di Malaysia.
7 Disember 2015 kumpulan G25 mencadangkan supaya hukuman terhadapa perbuatan khalwat dimansuhkan kerana ia dianggap mereka sebagai melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.
Menurut jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, berdasarkan prinsip Perlembagaan Malaysia, mereka menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.
"Perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu."
“Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.
“Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam,” tegasnya dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM).
Pada forum ini Zulkifly Ahmad menyebut AMANAH bersifat terbuka untuk berbincang bagi menghormati hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Kenyataan G25 di sokong pula oleh Ustaz AMANAH.
Bila keluar statement2 Bangang Khalid Samad seperti di atas. Apa lagi Tuan2 dan Puan 2. DAP meraikan PAN dgn arak. Lalu kepimpinan PAN pun bergembira apabila PAN akan disambut dengan arak jika PAN menang. Orang yg jaga ugama akan mengamuk kalau kejayaan mereka disambut dgn arak. Contohnya, Takkan orang beriman gembira bila orang meraikan hari jadi mereka dgn Arak. Tapi PAN apa lagi. Tersenyum kepuasan
ReplyDeleteSila baca artkel dari Isma ini
http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/
“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”
BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.
Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).
Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.
Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.
“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.
Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.
“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.
“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.
Demi Kepuasan DAP juga, mereka2 ini sanggup menempelak Khutbah. Hari Jumaat ni mai kita tengok perangai mereka yg jahil lagi menjahilkan ini
ReplyDeletehttp://www.ismaweb.net/2016/07/menjawab-kekeliruan-wan-saiful-wan-jan-isu-khutbah-aidilfitri/
Menjawab kekeliruan Wan Saiful Wan Jan isu khutbah Aidilfitri
Pada 17 Julai 2016, Wan Saiful Wan Jan, telah menulis satu artikel untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya di dalam surat khabar The Star. Beliau menyatakan rasa tidak puas hati berkenaan khutbah Hari Raya Aidilfitri yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Secara umumnya beliau tidak berpuas hati dengan dua perkara di dalam khutbah tersebut.
Yang pertama adalah berkenaan usul persendirian yang telah dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen. Usul ini adalah untuk menambahbaik hukuman yang boleh dikenakan oleh Makamah Syariah, selari dengan tuntutan perkembangan dan peralihan zaman. Menurut Wan Saiful Wan Jan, JAIS tidak sepatutnya bertindak menyokong usul tersebut kerana JAIS adalah badan kerajaan dan PAS adalah parti politk.
JAIS sebagai satu agensi yang menguatkuasakan Undang-undang Syariah di Selangor sudah tentu akan menyokong perkara yang berkenaan Islam, apatah lagi berkenaan hukuman yang dikenakan ke atas pesalah syariah, semestinya mempunyai kepentingan dalam pindaan ini. Apabila pindaan tersebut membuka ruang autonomi yang lebih luas ke arah pelaksanaan Undang-undang Syariah secara lebih berkesan, dan JAIS memang perlu kepada perundangan sedemikian dalam melaksanakan tugas menjaga agama Islam di Selangor, maka JAIS seharusnya bukan sahaja bertindak menyokong, malah patut turut memberi motivasi kepada pihak lain untuk turut menyokong.
Apabila Wan Saiful Wan Jan tidak bersetuju JAIS membuat penjelasan dan menyokong pindaan Akta 355, beliau dilihat tidak faham kedudukan dan peranan JAIS, mungkin kerana terlalu menyanjung pemikiran liberalisme sebagaimana yang beliau sering pelopori.
Hujah yang kedua, sebagai orang Islam, kejayaan untuk memartabatkan perintah Allah dan Rasul-Nya adalah kejayaan sejagat bagi orang Islam. Hatta kalau undang-undang ini dimartabatkan di Nigeria sekalipun ianya sesuatu yang wajar dibanggakan oleh umat Islam seluruh dunia. Kita menjunjung perintah Allah dan Rasul-Nya mengatasi segala yang lain kerana perintah Tuhan sekalian alam,
“Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.” Al-Qur’an Surah Ahzab:33
Maka ayat ini mengajak kita sebagai orang Islam wajar berjuang malah berlumba-lumba untuk mendapat kejayaan yang besar ini. Tidak mungkin, melalui gerakan liberalisme itu boleh mendekatkan diri kepada Allah. Malah jika benar liberalisme itu sesuatu yang Islamik sudah tentu Allah dan Rasul-Nya akan menyuruh kita menegakkan liberalisme dan bukan Islam. Kita tidak ingin menyentuh dengan lanjut aspek liberalisme dalam artikel ini. Liberalisme hanya disebut untuk memberi ruangan kepada Wan Saiful untuk membalas artikel ini.
Selain daripada itu, setiap yang mukmin itu adalah bersaudara, seperti firman Allah SWT dalam Al-Quran:
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”. Surah Hujurat ayat 10.
Berdasarkan ayat di atas, kita sebagai umat Islam sepatutnya bersatu dan bukan mengamalkan budaya “aku-aku, engkau-engkau”. Kejayaan PAS untuk memulakan proses menaik taraf hukuman perundangan syariah di negara ini adalah satu kejayaan buat umat Islam yang sentiasa ingin mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Saudara Wan Saiful juga tidak berpuas hati apabila khutbah menyokong tindakan mahkamah ke atas Sisters In Islam (SIS) kerana mendukung ajaran liberalisme. Sudah tentu saudara Wan Saiful tidak akan berpuas hati kerana beliau juga penyokong kuat liberalisme di Malaysia. Perkara ini tidak perlu diulas lanjut kerana sangat jelas.
Puak2 Liberal Sekular Pembenci Umat Islam Keturunan Melayu mejadi begitu kerana mereka adalah Khadam DAP. DAP pula anti Islam.
ReplyDeleteBuktinya:
http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/
KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral
APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:
Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.
Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.
BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang
Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.
Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.
Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.
Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.
Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.
Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.
Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.
Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.
Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.
DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.
http://www.ismaweb.net/2015/04/waspada-elak-terpengaruh-fahaman-syiah/
ReplyDeleteWaspada elak terpengaruh fahaman Syiah
GOMBAK, 12 April – Umat Islam diminta supaya tidak terpengaruh dengan fahaman sesat Syiah.
Yang Di-Pertua ISMA Cawangan Gombak, Mohd Zuraidi Zakaria, berkata golongan sesat Syiah sentiasa berusaha menyebarkan fahaman yang menyeleweng daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Beliau meminta masyarakat terutamanya penduduk Gombak agar berhati-hati dan sedar akan bahaya ancaman Syiah.
Beliau mengajak masyarakat Islam mengamalkan syariat Islam sebenar sebagai peraturan hidup untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penganjuran sebuah program Syiah di Padang Awam MPS, Taman Sri Gombak berhadapan Hauzah Ar Ridha pada 9 April lalu.
Difahamkan, majlis jamuan makan sempena sambutan ulang tahun kelahiran Saidatina Fatimah Az Zahrah pada Khamis lalu telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Selayang.
Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh golongan Syiah walaupun sudah diberi amaran oleh pihak berkuasa.
Mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, fahaman dan ajaran Syiah difatwakan bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya. Terdapat beberapa percanggahan di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan lain-lain.
Mengikut Seksyen 13 Enakmen Jenayah Syariah 9Selangor) 1995:
(1) Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang apa-apa isu, ajaran Islam atau Hukum Syara’ yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau bahan antara lain yang mengandungi pendapat yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan yang berkaitan dengan pendapat itu.
Sila Tengok Video ini. Mat Sabu Mengangkat Syiah Hassan Nasrullah Hezbollah. Ini dia punya link
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=qwkcIETov_AA
Mujahid Yusuf Rawa, Khalid Samad, Saari Sungib wajar bersatu untuk menyatakan PAN tidak menerima Syiah dalam parti mereka dan memecat semua yg berfahaman syiah. Gesaan ini wajib untuk menyatakan PAN menolak syiah berdasarkan Majlis Fatwa Kebangsaan Adakah Parti Amanah mahu Power Bank (Syiah) merosakkan Umat Melayu Islam di negara ini. Kami menanti penolakan kamu semua terhadap Syiah Reply
DI WAKTU KAFIR HARBI DAN MUNAFIK LIBERAL BERSATU PADU MENGHINA, MEMBURUK-BURUKKAN DAN MENENTANG AGAMA ISLAM, UMAT ISLAM BERPECAH BELAH DAN MENJADI LEMAH KERANA TERLALU CINTAKAN KEHIDUPAN DUNIA. SESUNGGUHNYA KAFIR HARBI DAN MUNAFIK LIBERAL TIDAK MENGHORMATI HAK UMAT ISLAM MENGAMALKAN AJARAN ISLAM DAN HUKUM ALLAH.
ReplyDeleteWAHAI UMAT ISLAM...KEMBALILAH KEPADA AJARAN ISLAM DAN HUKUM ALLAH DAN BERSATULAH MENENTANG MUSUH ALLAH DAN UMAT ISLAM.
Samalah seperti MO1 yang menghancurkan legasi arwah Tun Razak, kini tampil pula Nik Abodoh dengan perangai yang sama.
ReplyDeleteKafir brsatu menentang islam. Yg mengaku islam brpecah demi politik dn gila kuasa.
ReplyDelete