Wednesday, August 03, 2016

Dengar Suara Rakyat. Nigeria Batal Bina Pusat Filem Kerana Moral..

Nollywood

HALAMAN HIBURAN

ABUJA – Hasrat kerajaan Nigeria membangunkan sebuah kawasan khas pusat perfileman bernilai 3.2 bilion naira (kira-kira RM40.4 juta) dibatalkan setelah ditentang golongan ulama tempatan.

Pembatalan projek tersebut menjadi tamparan kuat terhadap industri filem Nigeria yang sedang berkembang pesat apatah lagi jika wujud ia mampu menjana peluang pekerjaan untuk ribuan penganggur di bandar perfileman Kano.
Penasihat Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari iaitu Abdurrahman Kawu Sumaila memaklumkan kepada agensi berita AFP bahawa pembatalan projek besar ini merupakan bukti bahwa pemerintah mendengarkan suara rakyat.
“Rakyat sudah menyatakan pendapat mereka dan pihak pemerintah harus mendengarkan,” ujar beliau. Projek mega tersebut mulanya bakal dibangunkan atas kawasan seluas 20 hektar mengambil konsep Hollywood dan Bollywood.
Di kompleks itu, pihak berkuasa merancang memajukan sebuah zon perfileman, auditorium dengan kapasiti 400 orang, kawasan penginapan, pawagam, restoran, hotel tiga bintang, pusat beli-belah, stadium dan klinik kesihatan.
Namun, ulama setempat mengecam keras projek besar tersebut karana menganggap sekiranya dilaksanakan ia akan membawa lebih banyak kerosakan moral penduduk dan melanggar nilai-nilai Islam berbanding faedah ditawarkan.
“Kami tidak ingin, kami tidak perlu, pemerintah harus membangunkannya di tempat lain. Kami akan terus kecam individu di sebalik projek ini,” kata Abdullahi Usman Gadon-Kaya, ulama kota Kano yang menentang projek itu.
nollywood1
Seruan tokoh agama terkenal Nigeria itu kemudian diperbesarkan pelbagai stesen radio tempatan dan mereka yang aktif di ruang media sosial setempat apabila semuanya menentang usaha pembangunan projek mega tersebut.
Sementara itu, Danjuma Wurim Dadu dari Perusahaan Filem Nigeria menyatakan pada sidang media di Kano, lebih 960 juta naira (RM12 juta) akan dilabur untuk pembangunan pusat yang mampu menyediakan 10,000 pekerjaan.
Pembangunan pusat perfileman itu ditujukan sebagai menunjang industri filem tempatan yang popular disebut dengan istilah “Kannywood” dan mencecah 38 peratus daripada keseluruhan jumlah filem keluaran Nigeria.
“Sebenarnya ini peluang kesempatan untuk menyediakan lapangan kerja bagi belia yang kini banyak menganggur dan banyak berniaga ubat tradisional sebagai kegiatan mereka,” kata penganalisis filem setempat, Mudan Saidu.
Dalam pada itu, produser filem terkenal, Sani Muazu menyatakan, projek tersebut sebenarnya dapat memberi manfaat untuk meningkatkan kualiti filem Nigeria dan memicu pendapatan menerusi penghasilan filem tempatan.
Kano pada 1980-an pernah menikmati kemakmuran daripada industri tekstil yang kemudian ‘hilang’ akibat kurang bekalan elektrik, kadar tinggi faedah pinjaman dan tidak dapat bersaing dengan lambakan barangan import murah.
nollywood2
Situasi tersebut mengakibatkan 400 daripada 500 gedung tekstil di Kano ditutup sekali gus membuatkan ribuan orang menjadi penganggur sekali gus Kano menjadi kota dengan angka pengangguran paling tinggi di Nigeria.
Secara umum industri filem Nigeria bermula pada 1992 lalu dengan tujuh syarikat produksi dan dalam masa hanya satu dekad, ia berkembang pesat sehingga menjadi lebih 2,000 syarikat produksi dan 315 studio penyuntingan.
Menurut data Persatuan Pengamal Perfileman Nigeria (MOPPAN), industri filem memberikan pekerjaan kepada 60,000 orang sehingga Nigeria dikenal dengan istilah Nollywood kerana menghasilkan 200 filem dalam sebulan.
Lebih unik, ratusan judul filem Nollywood ini kebanyakan diproduksi di wilayah selatan negara tersebut serta dirakam dalam bahasa Inggeris, Yoruba dan Igbo. Filem-filem Nigeria sangat terkenal di rantau Afrika Barat.
Sementara di wilayah utara, pengeluaran filem-filem Nollywood lebih khusus untuk masyarakat berbahasa Hausa yang berjumlah lebih 60 juta orang dan juga disebarkan secara luas di beberapa negara wilayah Afrika Barat.
Namun, para ulama setempat dikatakan mengawasi ketat penghasilan filem negara itu agar tidak ‘meniru’ aksi bebas ala bintang Hollywood dan Bollywood yang jelas memang tidak patuh Syariah. – Agensi


12 comments:

  1. tanya PAN. Apa komen mereka. Rasanya nak tegur atas dasar akhlak pun PAN kena tanya DAP dulu. Almaklum khadam.

    Dulu ada sekor mamat ni yg sekarang jadi macho guy PAN menghalalkan Oktobetfest. Ialah demi menjaga hati DAP yg amat kamil d mata PAN

    http://www.ismaweb.net/2014/10/oktoberfest-khalid-samad-tidak-ghirah-ketuanan-islam-dicabar/

    Oktoberfest: Khalid Samad tidak ghirah ketuanan Islam dicabar

    BANGI, 2 Okt – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, kenyataan Khalid Samad berhubung penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ menggambarkan beliau seorang individu yang tidak ghirah (cemburu) dengan Islam.

    “Khalid tidak melihat dengan penuh rasa cemburu perkembangan yang mencabar ketuanan Islam di tanah air ini.

    “Walaupun rakyat negara ini negara majmuk, tetapi secara perlembagaan dan sejarahnya, ianya masih negara Islam,” tegasnya.

    Beliau berkata demikian sebagai memberi respon kepada kenyataan Khalid Samad bahawa penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

    Khalid juga berkata, sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi umat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

    Ustaz Zamri yang juga merupakan Yang Dipertua ISMA Ipoh berkata, para ulama’ telah memberikan garis panduan bagaimana mengendalikan hak -hak rakyat yang bukan Islam di dalam sebuah negara Islam dalam keadaan hak mereka dipenuhi dan dalam masa yang sama identiti keislaman terjaga dan berdaulat.

    “Bagi memenuhi hak beragama orang bukan Islam maka dibenarkan dibina rumah ibadat mereka bahkan tidak boleh dimusnahkan ketika perang.

    “Namun sebagai menjaga kedaulatan dan identiti negara Islam, orang bukan Islam dilarang menzahirkan syiar- syiar kesyirikan.

    “Mereka juga dilarang mengisytiharkan ritual agama dan sesuatu yang haram di sisi Islam walaupun halal di sisi mereka di tengah-tengah negara Islam seperti meminum arak dan memakan babi,” ujarnya kepada wartawan ISMAweb.

    ReplyDelete
  2. nya DAP dulu. Itulah PAN Imayam. Kalau pesta beer pun PAN tak berani tegur, zina tepi jalan lagi la PAN takda maruah nak tegur. Tak percaya baca yg ni


    2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

    “DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

    BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

    Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

    Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

    Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

    Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

    “Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

    Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

    “Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

    “Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

    ReplyDelete
  3. Syukur Bani Melayu menolak PAN di Sg Besar. Undi yg PAN dapat pun hanya sedekah pendokong DAP saja.

    Kalau dibavmva diatas. Sg Besar akan menjadi Sg Beer jika dikaji ucapan YB (Yamseng Beer)

    Apa yg PAN dan Ikram buay atas nawaitu maksiat DAP diatas.PAM.dan Ikram bersyukur.Buktinya mereka tak menegur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya pada anon 2.06 di atas, bani melayu terima PAS ke di Sg Besar? PAS menang ke?
      Saya ingin cadangkan kepada pemimpin PAS, sila keluar satu fatwa, ahli2 parti mesti pandai2 belaka, jangan ada yang bodoh macam baghal sekor kat atas ni. Kalau bodoh masuk NERAKA!!! Cuba lihat kesannya. Ada lagi tak mangkuk hayun seperti anon 2.06 di atas?

      Delete
    2. Minum air sambil menyelam,
      Pakaian basah dihantar ke kedai dobi,

      Ku sangkakan beliau seorang penasihat parti islam,
      Rupa2nya hanya tukang baca doa di majlis harbi.

      Delete
    3. Jom ikut ostad2 Pas guna duit rakyat bentang hudud di Krabi.kahkahkah

      Delete
  4. Rupanya Anthony Loke Ulama rujukan parti PAN bukan Ahmad Awang!


    IKRAM yang menjadi tulang belakang parti PAN semala telah menganjurkan satu forum di Nilai, Negeri Sembilan dengan tajuk 'adakah istilah kafir harbi masih relevan'.

    Idea forum ini ialah untuk membersihkan nama DAP sebagai kafir harbi daripada kacamata umat Islam negara ini. Jika DAP tidak dibersihkan, PAN akan menjadi sukar untuk mendampingi orang Melayu. Pakar perancangan PAN Dr Maszlee Malik antara mereka yang mengatur strategi ini dipanggil 'Pembersihan Imej'.

    Saya tak nak ulas pasal Maszlee Malik dan perancangan masa depan PAN. Biar dia, Saari Sungip, Dr Zul dan berapa orang lagi yang buat kerja ini.




    Saya hanya nak ulas pasal Hasanuddin Mohd Yunus, Naib Presiden PAN yang mengesahkan bahawa dia merujuk kepada Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dalam hal-hal berhubung kenyataan Islam yang menjadi kontraversi.
    He meant it in a very literal sense, saying DAP was open to learning about Islam if it had erred.

    "I asked DAP organising secretary Anthony Loke for permission if I could say this.
    Dulu nak bertanding, tanya DAP
    Calon pun sanggup tukar Mat Sabu kerana DAP cadang mesti bukan daripada PAS
    Orang kata (bukan saya) warna oren pun DAP cadang
    Bendera dan banner semasa PRK pun DAP yang buat, Khalid Samad sendiri tak tahu (Itulah hebatnya Khalid?)

    Pasal Islam pun tanya DAP
    Habis mana nak letak Ahmad Awang dan Ghani Shamsuddin??
    Sekadar baca doa macam UMNO buat kepada ulama?

    Patutlah Mejar Zaidi marah sangat!


    Haji Hassan Omar
    http://hajihassanomar.blogspot.com

    Reply

    ReplyDelete

  5. Berjala di tebing Sungai Selangor,
    Sambil berjala menaiki sampan,

    Penasihat parti Islam PAN halalkan Konsert Selena Gomez di Selangor,
    Selagi tidak disentuh DAP yg dimuliakan.

    ReplyDelete
  6. Nasihat Islam Dipetik dari ISMA

    http://www.ismaweb.net/2016/06/haram-umat-islam-bersekongkol-dengan-dap-mufti-pahang/

    Haram umat Islam bersekongkol dengan DAP: Mufti Pahang

    KUALA LUMPUR, Jumaat – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan bahawa adalah haram dan berdosa kepada mana-mana umat Islam yang menjalinkan kerjasama dan bersekongkol dengan parti rasis dan cauvinis DAP.

    Ini kerana katanya, DAP dengan jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular.

    Jadi mereka dalam parti rasis itu adalah tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

    Beliau berkata, politik kebencian yang diamalkan oleh DAP jika dijalankan secara berterusan dibimbangi boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

    “Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama d­ngan mereka.

    “Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk berbaik-baik dengan golongan bukan Islam. Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya,” katanya memetik Utusan.

    Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang nyata menjadi musuh Islam.

    Haron menyifatkan tindakan Dr Mahathir mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini akan mengundang banyak perkara negatif.

    Justeru, Abdul Rahman meminta Tun Mahathir untuk segera meninggalkan DAP dan kembali ke landasan yang benar apatah lagi tindakan beliau menjurus kepada usaha untuk menjatuhkan sebuah negara Islam.

    ReplyDelete
  7. iNGAT PAN INGAT DAP
    PAN ADALAH KHADAM DAP
    INGAT DAP INGAT ANTI ISLAM
    INGAT DAP INGAT ABU LAHAB
    INGAT DAP INGAT ABU JAHAL
    INGAT IDEOLOGI DAP INGAT BERHALA LATTA DAN UZZA

    JIKA TURKEY ADA GULEN YG CINTA AKAN ZIONIST, DI MALAYSIA ADA PAN YG CINTA AKAN DAP


    http://www.ismaweb.net/2016/05/kata-pedang-ingat-dap-parti-dominan-jika-pakatan-harapan-tadbir-negara/

    KATA PEDANG: Ingat! DAP parti dominan jika pakatan harapan tadbir negara

    GELARAN cauvinis sangat sesuai untuk DAP yang kini dilihat semakin galak mengejar kuasa politik tanah air apabila mereka makin menunjukkan taring.

    Sebab itu Pedang sangat bersetuju dengan kenyataan bantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad baru-baru ini bahawa sekiranya pakatan harapan diberi peluang mentadbir negara ini, maka kedudukan Melayu Islam akan terhakis.

    Jika pakatan harapan menang maka sudah pasti, parti yang akan menjadi dominan adalah DAP, bukannya PKR atau PAN.

    Tidak ada salahnya apa yang diutarakan Tun Abdul Hamid. Memang itulah hakikatnya. Selama ini pun, DAP terus memainkan propaganda anti-Melayu dan mempergunakan isu agama untuk meraih simpati.

    Pedang bukan mahu memainkan sentimen politik, jauh sekali menghasut. Pedang hanya sekadar mahu mengingatkan bangsa Melayu mengenai kezaliman dan agenda DAP yang tak akan pernah berhenti.

    Agenda mereka ialah menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Kalau boleh, mereka mahu menukar status agama bagi Persekutuan.

    Apa akan jadi jika parti rasis ini berkuasa? Sudah tentu bangsa Melayu akan dilenyapkan dari muka bumi Malaysia ini, bahkan agama Islam mungkin akan dipesong-pesongkan untuk tujuan penghapusan secara halus. Bangsa lain umpama balaci mereka sahaja.

    Apa yang Pedang boleh katakan, DAP mahu menguasai Malaysia dengan cara yang paling jijik dan kotor. Sikap anti-Islam DAP bakal mengundang padah kepada negara dan kita umat Islam keseluruhannya. Lebih-lebih lagi apabila anti-Islam di luar sana pula sedang melihat dari jauh sasaran mereka.

    DAP sepatutnya diharamkan di negara ini, ideologinya sangat berbahaya untuk rakyat Malaysia, khususnya generasi umat Islam masa depan.

    ReplyDelete
  8. PAN Khadam
    PAN Khadam
    PAN Khadam
    PAN Khadam

    PAN KHADAM DAP. DAP PULA ANTI ISLAM

    ReplyDelete
  9. INGAT. PAS. INGAT. SYURGA.....
    INGAT. SURGA INGAT. PAS.......
    PARTI. UTK. KITA. DI. AKHIRAT. NANTI. .....ADALAH PARTI. PAS........
    LUPAKAN. YG. LAIN.....

    ReplyDelete