Tuesday, August 16, 2016

Ella Ubah Penampilan Ke Arah Lebih Baik.. Bertudung!

ella

HALAMAN HIBURAN
RATU rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 50, berkata dia membuat keputusan untuk bertudung sejak Ramadan lalu selepas merasakan sudah masanya untuk dia mengubah penampilannya ke arah yang lebih baik.
Tambah Ella, dia berasa lebih tenang dan yakin dengan perubahan dan penambilan baharunya itu.
“Saya tidak tahu nak cakap macam mana tentang perasaan saya, tapi yang penting saya berasa tenang sangat.
“Pada Ramadan lalu, saya berbual dengan suami tentang tudung dan dia bertanya adakah saya mahu bertudung, jadi saya terus menjawab ya saya mahu bertudung.
“Suami berasa gembira dengan keputusan saya dan dia menyokong saya sepenuhya,” katanya kepada mStar Online.


Ella & Jolie.
Pelantun lagu Retak itu berkata dia mula mendapat dorongan untuk bertudung sepenuhnya daripada kakaknya, Jojie yang sudah bertudung lebih awal daripanya. 


2 comments:

Anonymous said...

mereka nak memahami Islam ambil masa.. dakwaklah dengan cara hikmah.. jangan maki hamun.. jangan jadikan non muslim makin jauhkan diri terutama pada PAS

Anonymous said...

Selagi Pas ingat Parti itu Islam dan Islam itu melayu, non muslim akan lebih menjauhkan diri dengan Islam. Islam itu merangkumi semua tapi ahli Pas berfikiran sempit memperjuangkan Islam itu sebagai milik melayu. Maka tertubuhlah parti dinamakan Parti Assobiyah 1Malaysia. Melayu melayu melayu itu saja yang mereka tahu. Sungguh cetek pemikiran golongan ini.
Kita ada Presiden yang kerjanya fitnah orang lain tanpa bukti(kes pil kuda). Tapi dia kehulu kehilir mengatakan sesuatu tuduhan mesti ada 4 saksi la itu la ini la. Hari ini cakap lain esok cakap lain. Kena ikut cakap dia seorang. Merasakan diri dah confirm masuk syurga. Dari wang rm90juta itu berapa agaknya dia bawa ke Turki tempohari? Konon sumbangan dari beliau atau Parti. Saja mahu menunjuk yang dia dan Parti kukuh dari segi kewangan dan mampu menderma ke jalan Allah. Tapi asalnya duit itu dari mana agaknya? Hmmmmm.
Mursyidul am? Kalau bila bertanding pilihanraya pun kalah, bukan sekali tapi dua kali, apa maknanya? Orang yang jual ugama ni tidak akan diterima rakyat, tak kiralah melayu ke cina ke india ke. Kalau dah plate number PAS 3, kereta range rover pulak tu? Bila tanya biasalah jawapan dia, "hadiah". Fikir sendirilah.
Ketua Penerangan? Entah apa yang diterangkan tak tahu lah. Sekali sekali muncul ramai tak tahu yang dia ni memegang jawatan penting Parti. Bila dia beri kenyataan cuma untuk beri komen sahaja, tiada langsung idea untuk menarik minat rakyat mendengar "penerangan" dari organ rasmi Parti. Harakah pun melingkup tak lama lagi. Ini adalah tanggungjawab beliau sepenuhnya.
Ketua Pemuda? Apa lah agaknya harapan yang boleh disandarkan oleh belia2 Islam keatas Ketua Pemuda Pas? Hobi dia sekarang menjual kata2 arwah bapanya. Masalahnya tiada bukti langsung arwah Nik Aziz ada berkata demikian. Walhal ada banyak bukti2 dalam bentuk audio dan video yang jelas arwah bertentangan dengan apa yang didakwa oleh anak dia. Dia harapkan orang akan percaya sahaja apa yang dia cakap yang konon datang dari arwah? Nak menipu pun kena ada style bhai.
Selagi keempat empat individu di atas tidak ditukar atau terpaksa tukar, makin jauhlah rakyat nak menerima Pas, dan sehingga tibanya masa itu, maka kini dan setrusnya Pas akan dikenali sebagai Parti Assobiyah 1Malaysia.
Bye bye Pas yang Islam, hello kepada Pas yang Assobiyah. Astaghfirullah al azim. Bertaubatlah. Kembalilah kepada ajaran al Quran dan Sunnah Wal Jamaah dan bukan Wal Rasuah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails