Thursday, August 04, 2016

Fanatik, Seksiskah Kamu? Lihat Gambar Ini..

Mural Hillary Clinton Berbikini Diganti Dengan Imej Berniqab

MELBOURNE – Dewan bandar Maribyrnong, Australia, mengancam mendenda seorang seniman jalanan dikenali sebagai Lushux kerana melukis mural Hillary Clinton berbikini pada sebuah dinding.

Bukan hanya berbikini malah pada sebelah kiri wajah calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada parti Demokrat itu juga terselit beberapa wang kertas bernilai AS$100 (RM406.72).
Setelah mendapat amaran daripada pihak berkuasa tempatan, individu berkenaan akur menutupi gambar Clinton yang berbikini dengan imej berniqab yang lazim dirujuk kepada wanita Muslim.
Sebaris kata-kata tertera di sebelah imej berniqab itu berbunyi, “Jika wanita Muslim ini menyinggung perasaan anda, maka anda seorang yang fanatik , seksis dan Islamophobia .”
Mural Hillary Clinton Berbikini Diganti Dengan Imej Berniqab
Menurut dewan bandar itu, mural yang dilukis tersebut bukanlah satu karya seni tetapi satu tindakan memperlekeh individu berkenaan dan tidak menggambarkan kesamarataan jantina yang diamalkan di negara tersebut.
Pihak bandar Maribyrnong mengeluarkan amaran sedemikian kepada Lushux setelah mendapat aduan daripada warganya yang melihat mural itu pada sebuah kedai jual motosikal di Footscray, 5 kilometer dari barat Melbourne.
“Kami yakin mural berkenaan satu penghinaan kerana menggambarkan seorang wanita hampir telanjang, tidak menghormati Hillary Clinton,” kata Ketua Eksekutif Dewan Maribyrnong, Stephen Dinding.
Selain Lushux, mereka juga akan mendakwa pemilik bangunan tersebut atas perlakuan jenayah dan dikenakan denda sekiranya mural separa telanjang tersebut tidak segera dipadam.
Selain Clinton, beberapa individu lain turut menjadi sebahagian daripada ‘hasil seni’ Lushux termasuklah pencabar terdekat wanita itu iaitu Donald Trump dan isterinya Malenia serta penyanyi Taylor Swift.

Pemimpin dan orang biasa bukan Islam pun tahu bahasa moral dan maruah, seperti yang disarankan oleh Islam.. (IH)


9 comments:

Anonymous said...

Setakat gambar macam tu jangan harap gang2 yh kata Oktobrtfest tu ok nak tutup.

Ni buktinya.

Dulu ada sekor mamat ni yg sekarang jadi macho guy PAN menghalalkan Oktobetfest. Ialah demi menjaga hati DAP yg amat kamil d mata PAN

http://www.ismaweb.net/2014/10/oktoberfest-khalid-samad-tidak-ghirah-ketuanan-islam-dicabar/

Oktoberfest: Khalid Samad tidak ghirah ketuanan Islam dicabar

BANGI, 2 Okt – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, kenyataan Khalid Samad berhubung penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ menggambarkan beliau seorang individu yang tidak ghirah (cemburu) dengan Islam.

“Khalid tidak melihat dengan penuh rasa cemburu perkembangan yang mencabar ketuanan Islam di tanah air ini.

“Walaupun rakyat negara ini negara majmuk, tetapi secara perlembagaan dan sejarahnya, ianya masih negara Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai memberi respon kepada kenyataan Khalid Samad bahawa penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Khalid juga berkata, sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi umat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

Ustaz Zamri yang juga merupakan Yang Dipertua ISMA Ipoh berkata, para ulama’ telah memberikan garis panduan bagaimana mengendalikan hak -hak rakyat yang bukan Islam di dalam sebuah negara Islam dalam keadaan hak mereka dipenuhi dan dalam masa yang sama identiti keislaman terjaga dan berdaulat.

“Bagi memenuhi hak beragama orang bukan Islam maka dibenarkan dibina rumah ibadat mereka bahkan tidak boleh dimusnahkan ketika perang.

“Namun sebagai menjaga kedaulatan dan identiti negara Islam, orang bukan Islam dilarang menzahirkan syiar- syiar kesyirikan.

“Mereka juga dilarang mengisytiharkan ritual agama dan sesuatu yang haram di sisi Islam walaupun halal di sisi mereka di tengah-tengah negara Islam seperti meminum arak dan memakan babi,” ujarnya kepada wartawan ISMAweb.

Anonymous said...

Bila biol2 yg kta oktoberfest itu okey. Apalagi DAP naik tocang la. Mari mabuk mari khamar kalau PAN menang.

PAN pula tersenyum dgn kebanggaan



http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anonymous said...

Sesiapa yg sayang amal makruf nahi mungkar dibenci oleh PAN. Ini adalah kerana PAN khadam DAP


http://www.ismaweb.net/2016/03/ultra-kiasu-musuh-sebenar-umat-islam-ridhuan-tee/

Ultra kiasu musuh sebenar umat Islam: Ridhuan Tee

Oleh Nurul Ashikin Abdul Halim, wartawan pelatih Ismaweb

BANGI, Isnin – Umat Islam terutamanya parti PAS dan UMNO harus menyedari bahawa puak ultra kiasu adalah musuh paling bahaya hari ini.

Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, kepimpinan ultra kiasu adalah muka-muka yang mahu menjahanamkan Melayu.

“Kenalilah ultra kiasu sebenarnya. Mereka tidak akan puas selagi negara ini tidak berada dalam genggaman. Jangan disokong, termasuk majlis peguamnya, kerana mereka musuh Islam yang nyata.

“Walaupun ultra kiasu sering berkata partinya berbilang kaum, berasaskan perlembagaan, tetapi berapa kerat muka Melayu,” katanya dalam ruangan kolumnis di Sinar Harian hari ini.

Beliau yang juga pensyarah di UniSZA berkata, Pulau Pinang dan Singapura telah menjadi bukti sikap ultra kiasu terhadap Islam.

“Seperti realiti di Pulau Pinang, Melayu ke mana? Islam di mana?

“Baru-baru ini, saya bersama rakan, pergi ke Singapura menggunakan jalan darat atas urusan peribadi. Sampai di Imigresen Woodland, saya diminta turun. Pemeriksaan dilakukan. Saya dilayan seperti pengganas. Gambar dan cap jari saya diambil. Setelah lebih dua jam bersoal jawab, datang surat mengatakan, saya tidak dibenarkan masuk ke sana.

“Alasan tidak diberikan. Tetapi saya yakin ia amat berkaitan dengan komen saya terhadap ultra kiasu selama ini. Lihatlah pakatan mereka. Saya pun di escort sampai melepasi Tambak. Saya tidak rugi satu sen pun tidak ke Singapura. Cuma, saya hanya mahu mengingatkan betapa bahayanya ultra kiasu,” katanya.

Menyentuh soal persiapan menghadapi pilihan raya, Ridhuan mendedahkan bahawa ultra kiasu akan memperalatkan ‘Melayu celup’ untuk mendapatkan kerusi.

“Ultra kiasu dari awal lagi sudah mengumumkan akan meletakkan calon di 8 DUN Selangor yang dimenangi oleh PAS. PAS membidas dan mengisytiharkan ‘perang’ akan mempertahankan kesemua kerusinya. Perisytiharan ‘perang’ dijawab dengan bongkaknya oleh ultra kiasu.

“Mereka amat yakin akan menang 8 kawasan PAS dengan meletakkan calon Melayu celup, dalam rangka strategi untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Sebab itu ultra kiasu sudah bersedia awal dengan melantik calon Melayu celup sebagai calon Ahli Majlis Ampang Jaya walaupun tidak tinggal di Ampang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar UMNO berpakat dengan PAS membenamkan ultra kiasu bagi mempertahankan kerusi lamanya.

Dalam pada itu, Ridhuan juga memberikan peringatan kepada Melayu PKR supaya mengundi PAS.

“PKR boleh dikatakan ‘kuat’ hari ini disebabkan Pas memberikan laluan dan mengundi PKR. Jika tidak, PKR putih mata. Justeru, jangan berlagak. Mungkin PKR akan berkata, Pas menang banyak kerusi disebabkan oleh PKR mengundi Pas.

“Jawapannya, PKR tidak ada pilihan melainkan mengundi Pas kerana Umno sudah menjadi seteru mereka selepas Anwar Ibrahim ditendang keluar. Lagipun, Pas sudah terlibat dalam politik, sejak sistem pilihan raya diperkenalkan. Bukan seperti PAN. Baru setahun jagung, begitu berani meminta itu dan ini,” katanya lagi.

Menyentuh isu Majlis Perjanjian Pakatan Harapan 2015 dan Deklarasi Rakyat, Ridhuan berkata, kedua-duanya tidak menguntungkan Islam bahkan menguntungkan ultra kiasu.

“Sampai bila kita harus diperbodohkan oleh ultra kiasu demi kuasa? Ultra kiasu akan terus memperalatkan orang Islam untuk menguburkan PAS.

“Saya harap Melayu PKR bertindak rasional dalam hal ini. PAS berhak mempertahankan kerusi yang mereka menangi memandangkan itu hak mereka. Sekadar peringatan untuk UMNO, tidak mustahil PAS menambah kerusi dalam PRU14 jika UMNO masih tidak berubah,” katanya.

Anonymous said...

Fethuleh Gulen membawa iiberal sekularisme bertopeng Islam di Turkey

PAN pula membawa iiberal sekularisme bertopeng Islam di Malaysia sehingaa bersengkongkol dgn DAP Al Abu Lahab

Anonymous said...

Pendedahan Kejahatan Mujahid terhadap Islam oleh ISMA

http://www.ismaweb.net/2014/07/membiarkan-lgbt-berleluasa-bermakna-mengiktiraf-golongan-songsang-itu/


Membiarkan LGBT berleluasa bermakna mengiktiraf golongan songsang itu
July 10, 2014 Berita Utama,

BANGI, 10 Julai – Sebarang tindakan lepas tangan terhadap golongan LGBT dengan tujuan kononnya tidak mahu mendiskriminasi kumpulan songsang itu membawa maksud pengiktirafan kepada golongan tersebut.

Sebaliknya, kumpulan yang mengamalkan seks songsang itu wajib diperangi dan dihukum kerana perlakuan LGBT adalah satu perkara yang dimurkai oleh Allah dan hukumannya amat berat di dunia dan akhirat.

Demikian kenyataan Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS) Prof Madya Dr Aznan Hasan berhubung kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Dr Mujahid Yusof.

Dr Mujahid dalam kenyataannya kepada Malaysiakini berkata, beliau tidak mengiktiraf golongan LGBT namun menolak sebarang diskriminasi ke atas mereka dengan alasan LGBT duduk di bawah gender.

Ujar Dr Aznan, memang benar Islam tidak pernah mendiskriminasi manusia berdasarkan gender, tetapi beliau perlu sedar bahawa Islam tidak pernah mengiktiraf LGBT sebagai satu orientasi seksual yang diterima.

“Menerima bahawa mereka yang melakukan LGBT sepatutnya dibiarkan tanpa sebarang tindakan, adalah umpama mengiktiraf kehendak seksual mereka yang menyeleweng ini,” kata beliau kepada ISMAweb.

Tambahnya, Dr Mujahid perlu sedar bahawa di dalam Islam, perlakuan LGBT adalah sesuatu perkara yang dimurkai Allah, dan hukumannya adalah amat berat, di dunia dan di akhirat.

“Apabila telah sabit seseorang itu melakukan LGBT, maka si pelaku sepatutnya melalui proses kehakiman yang sepatutnya, bukan kerana diskriminasi, tetapi kerana melakukan perbuatan tersebut.

“Si pelaku tidak sepatutnya dibiarkan sahaja, setelah melakukan perbuatan jenayah tersebut,” katanya lagi.

Selain itu katanya, kenyataan Dr Mujahid ini seolah-olah menyatakan bahawa “Kita tidak bersetuju dengan LGBT, tetapi kita tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap peliwat, dan mereka akan dibiarkan begitu sahaja, termasuklah boleh bekerja seperti biasa kerana sexual orientation adalah sesuatu hak kebebasan dan sesiapapun tidak berhak didiskriminasi kerana perkara tersebut.”

Dr Aznan juga menyeru agar Dr Mujahid merujuk kepada para ilmuan agama sebelum membuat kenyataan sebegini, agar beliau tidak keliru dan turut mengelirukan umat Islam yang lain.

Anonymous said...

Mustahil PAN akan berkempen pakaian bersopan dan menutup aurat macam apa Ibm Hasyimm cakap.

DAP kan benci khutbah pasal tutup aurat. Pada masa yg sama PAN kan khadam DAP


Majlis majlis hiburan dibiarkan, majlis2 ugama dihina, sampai Khutbah Jumaat pun dihina. Itulah DAP kesayangan PAN

http://www.suara.tv/2015/02/09/adun-dap-dakwa-khutbah-jumaat-mengenai-tutup-aurat-letak-kesalahan-pada-wanita/

ADUN DAP Dakwa Khutbah Jumaat Mengenai Tutup Aurat Letak Kesalahan Pada Wanita
Posted on February 9, 2015 by Editorial|

Kuala Lumpur – Selepas peguam Eric Paulsen melabel khutbah Jumaat Jakim ekstremis kini seorang exco Pulau Pinang pula mengkritik khutbah Jumaat Jais yang menyentuh mengenai isu tutup aurat bagi mengelakkan daripada dirogol.

Exco wanita Chong Eng berkata, mesej khutbah Jumaat Jais itu memberi maklumat silap mengenai rogol, menyalahkan mangsa rogol dan menunjukkan berat sebelah lelaki dalam kepimpinan agama.

“Malangnya, khutbah Jais memberi maklumat mengelirukan, tidak bertanggungjawab, kurang hormat dan jelas berat sebelah lelaki.

“Mesej tutup aurat langsung tidak membantu mangsa wanita dari segi serangan seksual dan penderaan.

“Sebaliknya, ia mengalihkan kesalahan dan tanggung jawab mencegah jenayah seksual ke atas mangsa dan bukannya orang yang menyerang,” kata Chong yang juga pengerusi Perbadanan Kemajuan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dalam satu kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, Jais menukilkan khutbah Jumaat bertajuk “Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri.”

Dalam khutbah itu, Jais berkata, wanita Muslim wajib menutup aurat bagi mengelakkan daripada diganggu secara fizikal atau mental, bagi mengelakkan fitnah, pandangan jahat dan perkara yang buruk.

Kejadian seperti rogol, zina dan sumbang mahram boleh dielak jika wanita menutup aurat, menurut khutbah itu.

Chong berkata, penekanan Jais terhadap aurat wanita dan menyalahkan mangsa menunjukkan kepimpinan agama Malaysia tidak sensitif gender atau memahami isu wanita.

Beliau menyeru usaha konkrit dilakukan bagi meningkatkan perwakilan wanita dalam semua sektor, terutama kepimpinan agama.

Chong yang juga wakil rakyat DUN Padang Lalang dan bekas Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, rogol membabit perkara lebih rumit daripada kegagalan wanita untuk menutup aurat.

Anonymous said...

GAT PAN INGAT DAP
PAN ADALAH KHADAM DAP
INGAT DAP INGAT ANTI ISLAM
INGAT DAP INGAT ABU LAHAB
INGAT DAP INGAT ABU JAHAL
INGAT IDEOLOGI DAP INGAT BERHALA LATTA DAN UZZA

JIKA TURKEY ADA GULEN YG CINTA AKAN ZIONIST, DI MALAYSIA ADA PAN YG CINTA AKAN DAP


http://www.ismaweb.net/2016/05/kata-pedang-ingat-dap-parti-dominan-jika-pakatan-harapan-tadbir-negara/

KATA PEDANG: Ingat! DAP parti dominan jika pakatan harapan tadbir negara

GELARAN cauvinis sangat sesuai untuk DAP yang kini dilihat semakin galak mengejar kuasa politik tanah air apabila mereka makin menunjukkan taring.

Sebab itu Pedang sangat bersetuju dengan kenyataan bantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad baru-baru ini bahawa sekiranya pakatan harapan diberi peluang mentadbir negara ini, maka kedudukan Melayu Islam akan terhakis.

Jika pakatan harapan menang maka sudah pasti, parti yang akan menjadi dominan adalah DAP, bukannya PKR atau PAN.

Tidak ada salahnya apa yang diutarakan Tun Abdul Hamid. Memang itulah hakikatnya. Selama ini pun, DAP terus memainkan propaganda anti-Melayu dan mempergunakan isu agama untuk meraih simpati.

Pedang bukan mahu memainkan sentimen politik, jauh sekali menghasut. Pedang hanya sekadar mahu mengingatkan bangsa Melayu mengenai kezaliman dan agenda DAP yang tak akan pernah berhenti.

Agenda mereka ialah menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Kalau boleh, mereka mahu menukar status agama bagi Persekutuan.

Apa akan jadi jika parti rasis ini berkuasa? Sudah tentu bangsa Melayu akan dilenyapkan dari muka bumi Malaysia ini, bahkan agama Islam mungkin akan dipesong-pesongkan untuk tujuan penghapusan secara halus. Bangsa lain umpama balaci mereka sahaja.

Apa yang Pedang boleh katakan, DAP mahu menguasai Malaysia dengan cara yang paling jijik dan kotor. Sikap anti-Islam DAP bakal mengundang padah kepada negara dan kita umat Islam keseluruhannya. Lebih-lebih lagi apabila anti-Islam di luar sana pula sedang melihat dari jauh sasaran mereka.

DAP sepatutnya diharamkan di negara ini, ideologinya sangat berbahaya untuk rakyat Malaysia, khususnya generasi umat Islam masa depan.

Anonymous said...

PUNYA BODOH PUNYA PAN. PEMBOHONGAN PAN DAH TERBUKA.

HUJAH2 DIATAS KEBANYAKANNYA DIAMBIL DARI ISMAWEB.

PEMBOHONGAN PALING LEGEND. PAN ADALAH GOLONGAN PROFESSIONAL. PRESIDENT PAN DIPLOMA PUN TAK DA. MUNGKIN PROFESSIONAL SELFIE D AMOY

Anonymous said...

Rupanya Anthony Loke Ulama rujukan parti PAN bukan Ahmad Awang!


IKRAM yang menjadi tulang belakang parti PAN semala telah menganjurkan satu forum di Nilai, Negeri Sembilan dengan tajuk 'adakah istilah kafir harbi masih relevan'.

Idea forum ini ialah untuk membersihkan nama DAP sebagai kafir harbi daripada kacamata umat Islam negara ini. Jika DAP tidak dibersihkan, PAN akan menjadi sukar untuk mendampingi orang Melayu. Pakar perancangan PAN Dr Maszlee Malik antara mereka yang mengatur strategi ini dipanggil 'Pembersihan Imej'.

Saya tak nak ulas pasal Maszlee Malik dan perancangan masa depan PAN. Biar dia, Saari Sungip, Dr Zul dan berapa orang lagi yang buat kerja ini.




Saya hanya nak ulas pasal Hasanuddin Mohd Yunus, Naib Presiden PAN yang mengesahkan bahawa dia merujuk kepada Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dalam hal-hal berhubung kenyataan Islam yang menjadi kontraversi.
He meant it in a very literal sense, saying DAP was open to learning about Islam if it had erred.

"I asked DAP organising secretary Anthony Loke for permission if I could say this.
Dulu nak bertanding, tanya DAP
Calon pun sanggup tukar Mat Sabu kerana DAP cadang mesti bukan daripada PAS
Orang kata (bukan saya) warna oren pun DAP cadang
Bendera dan banner semasa PRK pun DAP yang buat, Khalid Samad sendiri tak tahu (Itulah hebatnya Khalid?)

Pasal Islam pun tanya DAP
Habis mana nak letak Ahmad Awang dan Ghani Shamsuddin??
Sekadar baca doa macam UMNO buat kepada ulama?

Patutlah Mejar Zaidi marah sangat!


Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
writer at Sunday, July 17, 2016

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails