Soalan: Bagaimana wanita yang lengkap menutup aurat menari dikhalayak ramai?
Jawapan: Berdasarkan mazhab Syafie jelas ianya haram kerana ia terdapat gerakan lemah gemalai dan menggerakkan anggota yang menimbulkan fitnah seperti punggung.
Jabir ibn Abdillah r.a.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada Ka'ab ibn 'Ajrah, "Semoga Allah melindunginya dari kepemimpinan orang bodoh, wahai Kaab.
"Ka'ab lantas bertanya," Apakah yang dimaksudkan kepemimpinan orang-orang bodoh, wahai Rasulullah?
"Nabi menjawab," Sepeninggalanku nanti, akan muncul para pemimpin yang tidak mengikuti petunjukku dan tidak pula mengambil sunnah-sunnahku. Barangsiapa membenarkan kedustaan mereka serta menyokong kezaliman mereka, maka mereka itu bukan termasuk golonganku dan aku pun bukan bagian dari mereka.
Mereka tidak akan dapat mendekati telagaku. Barangsiapa tidak membenarkan kedustaan mereka dan tidak emndukung kezaliman mereka, maka mereka termasuk golonganku dan aku pun merupakan sebahagian dari mereka, dan mereka akan mendapat bahagian dari telagaku.
Wahai Ka'ab ibn 'Ajrah, puasa adalah perisai, sedekah dapat menghapuskan kesalahan, dan solat merupakan kedekatan atau manual. Wahai Ka'ab ibn 'Ajrah, daging yang tumbuh dari barang haram tidak akan masuk syurga, dan neraka lebih utama untuknya.
Wahai Ka'ab ibn 'Ajrah, manusia ada dua, ada yang menyerahkan jiwanya (kepada Allah) dan ada yang membiarkannya atau membinasakannya. "(HR. Ahmad dan Bazzar)
Puteri UMNU dan pemimpin UMNU tidak layak menjadi pemimpin umat Islam.