Friday, August 12, 2016

Jom Lihat Kaabah 130 Tahun Lalu.

Makkah 130 T - Pelabuhan Wajhu

KAABAH dibangunkan sejak zaman Nabi Ibrahim Alaihi Salam bersama anaknya Nabi Ismail Alaihi Salam, Yayasan King Abdulaziz baru saja menerbitkan foto-foto dokumentasi Masjidil Haram, Ka’bah dan kota Madinah Al Munawwarah yang diambil hampir 130 tahun lalu. (Alarabiya/Ram)

Bagaimana bentuk Masjidil Haram pada 130 tahun yang lalu? 

Berikut dokumentasinya untuk anda:

Foto Ka’bah tahun 1885 Masehi atau 1303 Hijiryah diambil oleh Sayyid Abdul Ghaffar Baghdadi saat umat Islam menunaikan ibadah shalat berjamaah di siang hari. 

Tampak dalam gambar tersebut umat Islam yang lain juga sesak memenuhi  sekeliling ka’bah untuk melakukan ibadah tawaf. 
Makkah 130 T - Ka'bah

Foto kedua ada pasar Qatif yang diambil tahun 1371 H / 1952 M oleh Daniel van der Meulen.
Makkah 130 T - Pasar Qutaif

Foto ketiga ada jalan tempat Sai, tepatnya di jalan menuju bukit Marwa, di tahun 1366 H / 1947 M. 
Makkah 130 T - Jalan Ke Marwa

Di foto keempat ada gambar dokumentasi kota Madinah Al Munawwarah di tahun 1317 H / 1908 M.
Makkah 130 T - Kota Madinah

Lalu di foto kelima ada Istana Barzan yang diambil pada bulan Mac tahun 1914 M / 1332 H.

Makkah 130 T - Istana Barzan

(IH)

11 comments:

Anonymous said...

Malang sekali golongan liberal sekular, walaupun bila solat berkiblatkan Kaabah tapi bila mengenai Islam di Malaysia ini, mereka berkiblatkan Penang al Sifoo banglo terlajak diskaun

Anonymous said...

Contoh bagaimana Pemimpin PAN pernah menempelak Islam

http://www.ismaweb.net/2014/10/oktoberfest-khalid-samad-tidak-ghirah-ketuanan-islam-dicabar/

Oktoberfest: Khalid Samad tidak ghirah ketuanan Islam dicabar

BANGI, 2 Okt – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, kenyataan Khalid Samad berhubung penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ menggambarkan beliau seorang individu yang tidak ghirah (cemburu) dengan Islam.

“Khalid tidak melihat dengan penuh rasa cemburu perkembangan yang mencabar ketuanan Islam di tanah air ini.

“Walaupun rakyat negara ini negara majmuk, tetapi secara perlembagaan dan sejarahnya, ianya masih negara Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai memberi respon kepada kenyataan Khalid Samad bahawa penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Khalid juga berkata, sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi umat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

Ustaz Zamri yang juga merupakan Yang Dipertua ISMA Ipoh berkata, para ulama’ telah memberikan garis panduan bagaimana mengendalikan hak -hak rakyat yang bukan Islam di dalam sebuah negara Islam dalam keadaan hak mereka dipenuhi dan dalam masa yang sama identiti keislaman terjaga dan berdaulat.

“Bagi memenuhi hak beragama orang bukan Islam maka dibenarkan dibina rumah ibadat mereka bahkan tidak boleh dimusnahkan ketika perang.

“Namun sebagai menjaga kedaulatan dan identiti negara Islam, orang bukan Islam dilarang menzahirkan syiar- syiar kesyirikan.

“Mereka juga dilarang mengisytiharkan ritual agama dan sesuatu yang haram di sisi Islam walaupun halal di sisi mereka di tengah-tengah negara Islam seperti meminum arak dan memakan babi,” ujarnya kepada wartawan ISMAweb.

Anonymous said...

Bila keluar statement2 Bangang Khalid Samad seperti di atas. Apa lagi Tuan2 dan Puan 2. DAP meraikan PAN dgn arak. Lalu kepimpinan PAN pun bergembira apabila PAN akan disambut dengan arak jika PAN menang. Orang yg jaga ugama akan mengamuk kalau kejayaan mereka disambut dgn arak. Contohnya, Takkan orang beriman gembira bila orang meraikan hari jadi mereka dgn Arak. Tapi PAN apa lagi. Tersenyum kepuasan


Sila baca artkel dari Isma ini

http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anonymous said...

Demi Kepuasan DAP juga, mereka2 ini sanggup menempelak Khutbah. Hari Jumaat ni mai kita tengok perangai mereka yg jahil lagi menjahilkan ini

http://www.ismaweb.net/2016/07/menjawab-kekeliruan-wan-saiful-wan-jan-isu-khutbah-aidilfitri/

Menjawab kekeliruan Wan Saiful Wan Jan isu khutbah Aidilfitri

Pada 17 Julai 2016, Wan Saiful Wan Jan, telah menulis satu artikel untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya di dalam surat khabar The Star. Beliau menyatakan rasa tidak puas hati berkenaan khutbah Hari Raya Aidilfitri yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Secara umumnya beliau tidak berpuas hati dengan dua perkara di dalam khutbah tersebut.

Yang pertama adalah berkenaan usul persendirian yang telah dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen. Usul ini adalah untuk menambahbaik hukuman yang boleh dikenakan oleh Makamah Syariah, selari dengan tuntutan perkembangan dan peralihan zaman. Menurut Wan Saiful Wan Jan, JAIS tidak sepatutnya bertindak menyokong usul tersebut kerana JAIS adalah badan kerajaan dan PAS adalah parti politk.

JAIS sebagai satu agensi yang menguatkuasakan Undang-undang Syariah di Selangor sudah tentu akan menyokong perkara yang berkenaan Islam, apatah lagi berkenaan hukuman yang dikenakan ke atas pesalah syariah, semestinya mempunyai kepentingan dalam pindaan ini. Apabila pindaan tersebut membuka ruang autonomi yang lebih luas ke arah pelaksanaan Undang-undang Syariah secara lebih berkesan, dan JAIS memang perlu kepada perundangan sedemikian dalam melaksanakan tugas menjaga agama Islam di Selangor, maka JAIS seharusnya bukan sahaja bertindak menyokong, malah patut turut memberi motivasi kepada pihak lain untuk turut menyokong.

Apabila Wan Saiful Wan Jan tidak bersetuju JAIS membuat penjelasan dan menyokong pindaan Akta 355, beliau dilihat tidak faham kedudukan dan peranan JAIS, mungkin kerana terlalu menyanjung pemikiran liberalisme sebagaimana yang beliau sering pelopori.

Hujah yang kedua, sebagai orang Islam, kejayaan untuk memartabatkan perintah Allah dan Rasul-Nya adalah kejayaan sejagat bagi orang Islam. Hatta kalau undang-undang ini dimartabatkan di Nigeria sekalipun ianya sesuatu yang wajar dibanggakan oleh umat Islam seluruh dunia. Kita menjunjung perintah Allah dan Rasul-Nya mengatasi segala yang lain kerana perintah Tuhan sekalian alam,

“Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.” Al-Qur’an Surah Ahzab:33

Maka ayat ini mengajak kita sebagai orang Islam wajar berjuang malah berlumba-lumba untuk mendapat kejayaan yang besar ini. Tidak mungkin, melalui gerakan liberalisme itu boleh mendekatkan diri kepada Allah. Malah jika benar liberalisme itu sesuatu yang Islamik sudah tentu Allah dan Rasul-Nya akan menyuruh kita menegakkan liberalisme dan bukan Islam. Kita tidak ingin menyentuh dengan lanjut aspek liberalisme dalam artikel ini. Liberalisme hanya disebut untuk memberi ruangan kepada Wan Saiful untuk membalas artikel ini.

Selain daripada itu, setiap yang mukmin itu adalah bersaudara, seperti firman Allah SWT dalam Al-Quran:

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”. Surah Hujurat ayat 10.

Berdasarkan ayat di atas, kita sebagai umat Islam sepatutnya bersatu dan bukan mengamalkan budaya “aku-aku, engkau-engkau”. Kejayaan PAS untuk memulakan proses menaik taraf hukuman perundangan syariah di negara ini adalah satu kejayaan buat umat Islam yang sentiasa ingin mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.


Saudara Wan Saiful juga tidak berpuas hati apabila khutbah menyokong tindakan mahkamah ke atas Sisters In Islam (SIS) kerana mendukung ajaran liberalisme. Sudah tentu saudara Wan Saiful tidak akan berpuas hati kerana beliau juga penyokong kuat liberalisme di Malaysia. Perkara ini tidak perlu diulas lanjut kerana sangat jelas.

Anonymous said...

PAN dan Ikram. Bagai mana kamu bersolat berkiblatkan Kaabah tapi pada masa yang kamu kasih kepada DAP yg ada ahli parlimennya meminta hak umat Islam untuk MURTAD.

Tak payahlah kamu dari PAN dan Ikram berbicara pasal Amanah dalam isu 1MDB bila pada masa yang sama PAN dan Ikram tidak amanah dengan Allah bila bersengkongkol dengan DAP Laknatullah.


Ini saya copy dan paste dibawah ini

http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/


Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Razali (BN-Muar), mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan serta mempolitikkan isu sebegini bagi memastikan keharmonian kaum kekal terjaga.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pula berkata kenyataan itu sangat tidak wajar kerana mereka tidak faham hukum-hakam agama Islam.

“Para ulama, pemimpin, dan umat Islam sendiri yang menguruskan soal ini… Bagaimana hukum orang murtad, hukum orang yang melanggar undang-undang Islam. Itu orang yang mengetahui sahaja.

“Jadi kenapa dia nak masuk campur, kalau dia buat begitu, nanti timbulkan kemarahan umat Islam. Kita pun tak mahu masuk campur agama dia,” katanya.

Sementara itu, Ngeh, yang juga penasihat DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Dalam pada itu, Ngeh turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

“Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini,” tambahnya. – BERNAMA


Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2013/07/dalil-al-quran-di-salah-guna-oleh-irf-untuk-membenarkan-murtad/


Murtad: Dalil Al-Quran disalah guna oleh IRF

Awal minggu lalu, Dr Ahmad Farouk Musa, Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) mencetuskan kontroversi apabila mempertikaikan larangan ke atas seseorang muslim untuk keluar daripada agama Islam atas alasan hak kebebasan beragama dengan menggunakan dalil ayat Al-Quran ‘La ikraha fiddin’ yang bermaksud tiada paksaan dalam beragama.

Rujuk pautan: http://english.astroawani.com/news/show/freedom-of-religion-means-freedom-to-leave-islam-17945

Wartawan ISMA mendapatkan pandangan Timbalan Ketua Wanita ISMA, Ustazah Suriani Sudi yang juga merupakan Pensyarah Hadith, Jabatan Al-Quran & Al-Sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa.

Berikut adalah petikan wawancara antara wartawan ISMA bersama Ustazah Suriani mengenai isu ini.

Wartawan : Dr Ahmad Farouk Musa, IRF mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat ayat Al-Quran memberi makna sesiapa sahaja bebas boleh memilih apa yang dipercayai dan tiada paksaan dalam beragama.

Puak-puak liberal ini menyalahgunakan ayat لا اکراه فى الدّین “Tiada paksaan dalam beragama” dalam fenomena murtad. Apa komen ustazah?

Ustazah Suriani : Dr. Ahmad Farouk Musa tidak seharusnya menyalahgunakan ayat tersebut untuk membenarkan mana-mana muslim itu menukar agamanya.

Tidak ada paksaan di dalam memeluk Islam bukanlah bermaksud seseorang itu bebas untuk murtad, seseorang itu bebas untuk keluar daripada agama dan seseorang itu bebas untuk bermain-main dengan agama.

Ayat 256 Surah al-Baqarah tersebut hakikatnya bukanlah ditujukan kepada yang telah memeluk agama Islam. Ianya adalah ditujukan buat mereka yang belum lagi memeluk Islam yang bermaksud kita tidak boleh memaksa orang untuk memeluk Islam.

Akan tetapi apabila seseorang itu telah memeluk Islam, ia terikat dengan amaran dan peringatan Allah. Firman Allah:

“Sesiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya lalu mati dalam kekufuran, maka merekalah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat. Dan merekalah ahli neraka yang kekal di dalamnya.” (Surah al-Baqarah : 217)

Kalau pengertian ayat ini difahami dengan baik, ia sebenarnya sudah menjadi hukuman yang amat berat bagi orang yang murtad dan keluar Islam.

Al-Quran telah menetapkan ia sebagai satu kesalahan yang berat, mengapa pula kita bermudah-mudah dengannya. Dr. Farouk dilihat tidak memahami tafsiran ayat ini dengan betul dan tepat.

Wartawan : Penukaran Islam kepada agama lain dihalang, tetapi boleh daripada agama lain masuk ke dalam Islam. Dr. Farouk melihat situasi tersebut tidak seharusnya berlaku, ibarat menghalang hak asasi manusia, apa komen ustazah?

Ustazah Suriani : Mengapa Ahmad Farouk Musa mesti merasakan larangan penukaran kepada agama lain adalah satu perlanggaran hak asasi?

Apabila seseorang itu telah memeluk agama Islam, ia terikat dengan undang-undang, perintah dan larangan yang ditetapkan Allah. Ia tidak boleh sesuka hati melakukan sesuatu mengikut kehendaknya. Islam sendiri dari segi bahasanya bermaksud penyerahan diri. Penyerahan diri ini pula dimaksudkan sebagai penyerahan diri untuk tunduk dan taat kepada perintah dan suruhan Allah dan RasulNya.

Mana-mana anutan ada peraturannya malah dalam hidup kita ada peraturan-peraturan tersendiri. Islam meletakkan syarat sedemikian adalah bertujuan untuk menjaga agamanya. Islam tidak mahu penganutnya bermain-main dengan agama Islam. Boleh masuk dan keluar sesuka hati.

Hakikatnya apabila kita menganut Islam, kita telah mengikat kontrak dengan Allah. Dalam mana-mana perjanjian kontrak pun, setiap pemegang kontrak terikat dengan undang-undang dan perlu mengikut perjanjian di dalamnya.

Adakah apabila perjanjian kontrak perniagaan dilanggar misalnya ia dianggap satu kesalahan akan tetapi apabila peraturan Islam dilanggari, ia tidak dianggap satu kesalahan? Adakah ini yang dinamakan keadilan? Adakah ia dinamakan sebagai perlanggaran hak asasi?

Anonymous said...

Sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan, Gabungan Bertindak Malaysia, yang juga dianggotai pertubuhan bukan kerajaan yang berasaskan Islam, seperti Pertubuhan Ikram Malaysia dan Islamic Renaissance Front, disebut oleh ISMA sebagai NGO liberal (terbuka), kerana Ikram dan IRF yang bersama-sama dalam Gabungan Bertindak Malaysia

Anonymous said...

Mengapa PAN membenci Ulamak, Mufti dan institusi Ugama. Selain dari menjadi Khadam DAP, mereka membenci Resolusi Muzakarah Ulamak (2006)


KANDUNGAN RESOLUSI MUZAKARAH ULAMA KE – 78 [10]

R E S O L U S I

MUZAKARAH ULAMA 2006

Bismillahi ‘r-Rahmani ‘r-Rahim

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain daripada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai- beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian Itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. Al-An`am: 153

Dengan limpah rahmat petunjuk Yang Maha Esa, Muzakarah Ulama yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan dan Hotel Casuarina, Ipoh pada 14-16 Jamadil Awwal 1427H, bersamaan 11 -13 Jun 2006 telah berkesempatan meneliti, membahas dan merumuskan tiga kertas kerja di sekitar isu “Islam liberal” dan pluralisme agama.

Muzakarah telah mencapai kesepakatan menilai dan menyikapi aliran pemikiran “Islam liberal”, termasuk faham pluralisme agama (menyamakan semua agama/mengakui kebenaran semua agama) sebagai penyimpangan serius dan berbahaya. Ia adalah sebahagian daripada agenda al-ghazw al-fikriy (serangan pemikiran) yang didalangi oleh kaum orientalis dan dilatari oleh pengaruh faham asing: sekularisme modenisme dan pascamodenisme. Pemikiran liberal dan plural dalam konteks tersebut jelas menggugat pokok-pokok ajaran Islam serta mencemarkan kemurnian dan ketulenannya, termasuk :

• Mencemarkan kemurnian tauhid (teras `aqidah Islamiah).

• Menggugat kemutlakan al-Qur’an sebagai kitab suci, wahyu Ilahi (kalamu ‘LLah).

• Menggugat martabat kerasulan dan keluhuran peribadi Nabi Muhammad s.`a. w.

• Menggugat autoriti al-Sunnah dan ijma` `ulama’.

• Menggugat keunggulan syari`at dan kedaulatannya.

Anonymous said...

Ibn Hasyim, terima kasih bagi saya peluang share. Mudah mudahan tuan dapat publish article2 lama ini.

Letaklah Mat Sabu, Mujahid, Khalid Samad dan sapa jua dari PAN, mereka tidak boleh menjawab hujah2 dari NGO Islam ISMA.

Mengapa saya letakkan hujah2 Isma, kerana jika letak hujah2 PAS maka PAN akan kata kita berat sebelah.

Nahhhhhhh Ambik kaooooooooo PAN. 90% umat Islam Melayu dah cop korang tu Khadam DAP. 90% Umat melayu dah cap DAP tu pembenci Islam

Anonymous said...

Kesetian Kuali liberal terhadap Ultra Kiasu yang memusuhi Islam adalah seperti kesetiaan anjing liberal buruk kepala terhadap tuannya. Siang dan malam menjilat kaki tuannya untuk mendapat seketul dua tulang! Dan ia akan menyalak jika tuannya perintahkannya. Nasib anjing buruk kepala!

Anonymous said...

UMAT ISLAM PERLU BERHATI-HATI DENGAN SPESIS ABDULLAH BIN UBAI DAN ABU JAHAL DI BAWAH INI:


PUAK LIBERAL = MUNAFIK

ULTRA KIASU = KAFIR HARBI

WAHAI UMAT ISLAM ...BERSATULAH DAN KEMBALILAH KEPADA AJARAN ISLAM KERANA SESUNGGUHNYA KAFIR HARBI SEDANG BEKERJASAMA DENGAN PUAK MUNAFIK UNTUK MEMPERDAYAKAN UMAT ISLAM SUPAYA MEREKA MENJAUHI ISLAM.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails