▼
Monday, August 15, 2016
Kariman Abuljadayel, Pelari Berhijab Ini Mengejutkan Dunia. Mengapa?
SUKAN
Hanya kesudahan di barisan terakhir, namun wanita ini tetap menarik perhatian, dan mengejutkan dunia. Dia menyusul jejak Sarah Attar, yang juga berasal dari Arab Saudi bertanding di nombor berbeda.
Arab Saudi sering dituduh sangat konservatif, dikatakan setiap wanita tidak boleh melakukan pekerjaan atau beraktiviti seperti lelaki. Tetapi yang nyatanya, bagi Kariman Abuljadayel mengambil bahagian hingga akhirnya dalam lomba lari berjarak 100 meter.
Lapor harian Dailymail, Sabtu (13/8), keberadaannya dalam kejuaraan tersebut menarik perhatian sejumlah jurnalis dan penonton. Selain dia, pelari asal Afghanistan Kamia Yousufi juga memakai hijab sepanjang kompetisi.
Penampilan Abuljadayel sangat kontras dengan pelari lainnya yang rata-rata berpakaian terbuka dan memperlihatkan bahagian perutnya. Tak hanya soal penampilan, perjuangan gadis 22 tahun ini membuat ramai orang terharu melihatnya.
Meski tertinggal jauh dari lawan-lawannya, dia tetap berusaha mencapai garis finish. Alhasil, dia menyelesaikan pertandingan dalam waktu 14.61 detik.
Meski waktu yang diselesaikannya jauh dari pelari asal Kanada Charlotte Wingfield dengan catatan 11.86 detik, namun posisinya masih lebih baik dibandingkan pelari sal Kiribati Karitaake Tewaaki yang hanya mencatatkan waktu 14.70 detik.
Melirik penampilannya, Abuljadayel mendapatkan banyak pujian dari netizen dari seluruh dunia. Syabas! (IH)
Bagaimana pula dengan atlet lelaki? Lelaki juga ada auratnya kan? Antara lutut dan pusat kan? Ke aurat pusat dan lutut sahaja? Heheheheh. Bukan apa, pak arab ni pun bukannya betul sangat. Tak perlulah kita nak terikut ikut sangat dengan mereka.
ReplyDeleteCuba lihat pelancong yang datang dari timur tengah yang rata2nya beragama Islam. Kita berbangga betapa ramai menjadikan negara kita sebagai destinasi melancong. Kita juga boleh lihat bagaimana yang wanita boleh dikatakan semuanya betudung labuh berwarna hitam. Alhamdulillah bagus...tetapi kaum lelaki arab berpakaian seperti barat, dengan berseluar pendeknya, menampilkan karakter santai dan lepak. Boleh pulak kan?
Saya pernah bertanya kepada mereka dan hanya menerima senyuman sebagai jawaban. Wallahualam....
Ibnu hasyim ni pun bkn betul sgt otak dia. Islam separuh sana separuh sini.
ReplyDeleteIbnu hasyim ni pun bkn betul sgt otak dia. Islam separuh sana separuh sini.
ReplyDeleteBuktikan apa yang ibnu hasyim tak betul?
ReplyDelete