Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Kembali Kepada Islam
29 Julai 2016
WAHAI hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah bertakwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita mendengar Firman Allah SWT yang ditujukan kepada seluruh manusia:
- Maksudnya: (Al Baqarah:23). dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.
- 24. maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) Yang disediakan untuk orang-orang kafir.
Ayat ini diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu dan Allah SWT telah membuktikan bagaimana Rasulullah SAW yang telah Berjaya memimpin manusia buta huruf yang terkenal sebagaimana paling jahat dan keras di padang pasir dan tanah arab. Mereka menjadi manusia yang sebenarnya dengan iman, akal dan kebijaksanaan yang diberi oleh Allah SWT.
Dengan petunjuk Al-Quran Karim mereka telah Berjaya menunjukkan conto kepada seluruh dunia bagaimana Islam adalah petunjuk yang sebenar daripada Allah SWT yang memberi rahmat kepada seluruh alam. Hokum Allah yang adil dan segala kabaikan memberi manfaat kepada mansia diatas muka bumi sehingga dunia menjadi jambatan kebahagiaan untuk negeri akhirat.
Sebaik sahaja kalangan musuh-musuh Islam yang jasad dan dengki serta mengambil sikap permusuhan terhadap Islam menjatuhkan pemerintahan Islam dengan mengganti berbagai-bagai agama, ideologi dan teori-teori yang lain, kita lihat kemusnahan yang berlaku di seluruh dunia pada hari ini. Manusia telah merosakkan diri mereka sendiri, bukan sahaja dengan peperangan kerana tamak haloba mencipta berbagai-bagai senjata yang membunuh tanpa belas kasihan sehingga boleh membunuh berjuta-juta manusia dalam sekelip mata.
Mereka mencipta ubat-ubat untuk mencari keuntungan menyebabkan penyakit yang tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Mereka meninggalkan hukum-hukum Allah SWT, berlaku kezaliman di dalam politik dan ekonomi serta hidup bermasyarakat dengan tersebar jenayah, maksiat dan segala kemungkaran keseluruh pelusuk dunia, termasuklah merosakkan alam sekitar yang juga merosakkan diri mereka sendiri.
Ayat ini adalah amaran keras daripada Alla SWT :
- (Maksudnya) :(surah Rom: 41). telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Sepatutnya umat Islam tahu dalam perkara ini kembalilah kepada Al-Quran, kitab suci mereka sendiri. Malangnya ramai dikalangan umat Islam tenggelam sama dengan kemusnahan dan kerosakkan oleh kalangan-kalangan yang lain. Puncanya kerana mereka sudah menjadi umat yang lupa daratan, lupa bahawa meraka berada di dalam cahaya petunjuk, tetapi tidur di dalam cahaya itu. Mereka juga akan menerima wabak dan bencana yang sama.
Marilah kita melakukan muhabah diri dan perhitungan supaya kita menjadi manusia yang selamat di dunia dan dengan hujah ynag kuat di hadapan Allah SWT sekiranya kita kembali kepada Islam.
- (Maksudnya) : (surah Isra':9). Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.
(PAS)
8 comments:
Wahai PAN, kembalilah kepada Islam. Jangan kamu pergi bersama DAP kerana terbukti DAP anti Islam
http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/
KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral
APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:
Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.
Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.
BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang
Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.
Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.
Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.
Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.
Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.
Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.
Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.
Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.
Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.
DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.
Nak Cinta Negara Daulatkan Islam bukan Daulatkan DAP yg anti Islam. Harap PAN jgn kecil hati walaupun PAN khadam DAP. Nasihat dari Gerakan Islam ISMA ada kat bawah ni
http://www.ismaweb.net/2016/08/jika-cinta-negara-maka-daulatkanlah-islam/
Jika cinta negara, maka daulatkanlah Islam
Hari ini kita mula melangkah ke bulan Ogos, iaitulah yang disebut di negara ini sebagai bulan kemerdekaan.
Bulan ini bermula dengan sambutan hari pahlawan pada akhir Julai sehinggalah tarikh sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos. Ianya adalah satu bulan yang penuh dengan semangat patriotisma dan kecintaan terhadap negara.
Semua umat Islam hari ini sudah jelas, bahawa kecintaan terhadap negara itu bukanlah suatu perkara yang bertentangan dengan Islam.
Ianya dilihat sebagai satu fitrah iaitu bagaimana sudah pasti seorang manusia itu akan mencintai tempat dimana dia dilahrikan dan dibesarkan. Tempat jatuh bangunnya dan tempat dimana segala keringatnya itu dicurahkan.
Rasulullah saw sendiri amat merindui kota Makkah saat diusir daripadanya hinggakan Allah swt sendiri memujuk baginda bagi mengubat perasaan pilu dan kerinduan tersebut yang diabadikan di dalam Al-Quran:
إِنَّ ٱلَّذِى فَرَضَ عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لَرَآدُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ۬ۚ
Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai (Makkah) (Al-Qasas : 85).
Namun seperti mana kecintaan antara lelaki dan perempuan boleh jatuh kepada lembah hawa nafsu, begitu jugalah kecintaan kita kepada negara boleh jadi bukanlah kecintaan yang benar apabila ianya tidak dipandu oleh akal dan wahyu.
Boleh jadi kita menyatakan kitalah yang paling mencintai negara ini sedangkan hakikatnya kita sedang membawa negara ini kearah mudarat yang sedang menanti.
وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ (١١) أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡمُفۡسِدُونَ وَلَـٰكِن لَّا يَشۡعُرُونَ (١٢)
Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. (Al-Baqarah : 11-12)
Jadi sepatutnya dalam bulan kemerdekaan ini, kita bukanlah sekadar berbicara soal hendaklah mencintai negara, tetapi perlu ditanam juga bagaimana cinta tersebut dapat diterjemahkan kepada perkara yang benar-benar memberi maslahat kepada negara.
Hakikatnya cinta itu bukanlah sekadar pada kata-kata tetapi amalanlah yang menjadi bukti kepada kecintaan tersebut.
Oleh itu, wahyu mengajar kita bahawa apabila benarnya cinta kita ke atas tanah ini sudah pasti kita mengharapkan tanah ini subur dengan manusia yang rukuk dan sujud kepada Allah swt.
رَبَّنَا وَٱبۡعَثۡ فِيهِمۡ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَيُزَكِّيہِمۡۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (١٢٩
Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (AL-Baqarah: 129)
Kisah Nabi Ibrahim as yang berdoa berdoa supaya diutuskan seorang rasul disini bagi memastikan tanah tersebut terus dipenuhi dengan mereka yang beriman kepadaNya menjadi satu gambaran bagaimanakah bentuk kecintaan terhadap sebuah negara diterjemahkan.
Dalam masa yang sama, kisah Nabi Nuh as yang memberi gambaran kepada umatnya bagaimana hubungan antara akan dua perkara ini iaitu antara keimanan terhadap Allah SWT dan juga kemakmuran sebuah negara.
فَقُلۡتُ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ إِنَّهُ ۥ كَانَ غَفَّارً۬ا (١٠) يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم مِّدۡرَارً۬ا (١١) وَيُمۡدِدۡكُم بِأَمۡوَٲلٍ۬ وَبَنِينَ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ أَنۡہَـٰرً۬ا
Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). (Surah Nuh: 10-12)
Baginda mengajar kepada umatnya berimanlah kepada Allah, kerana keimanan tersebut bukan sahaja baik kepada diri kamu bahkan memberi banyak kebaikan kepada tanah kamu berada padanya.
Hakikatnya, keimanan yang benar adalah satu bentuk kecintaan kita kepada tanah air ini.
Maka tibanya bulan kemerdekaan ini adalah suatu bulan muhasabah untuk kita semua.
Usaha mengasingkan urusan agama daripada pentadbiran sebuah negara bukanlah daripada kefahaman Islam, ianya adalah satu kefahaman barat akibat kegagalan mereka sendiri dalam memahami agama yang dianuti mereka.
Sedangkan dalam Islam perkara ini sudah jelas bahawa kedua perkara ini perlu begerak seiring. Sebuah negara tidak mungkin mencapai tahap keamanan, kebajikan serta kemakmuran yang sebenar melainkan segala urusan negara ini diurus dengan kayu ukur panduan syarak.
Cinta kepada negara bukan sekadar berbicara soal fitrah semata-mata. Ianya lebih daripada itu, ianya adalah suatu perasaan dan tanggungjawab dalam memenuhi misi penciptaan kita itu sendiri.
Iaitulah menjadi khalifah serta mengurus seluruh alam ini dengan acuan yang dikehendaki oleh Yang Maha Pencipta.
Hakikatnya segala musibah yang sedang kita hadapi di negara hari ini sebenarnya adalah suatu gambaran bagaimana hubungan kita denganNya. Sifir inilah yang diajarkan kita di dalam Al-Quran:
وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡہِم بَرَكَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَـٰهُم بِمَا ڪَانُواْ يَكۡسِبُونَ
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-A’raf: 96)
Nah, jika kita cintai negara maka daulatkanlah Islam!
Ust Muhammad Firdaus bin Zalani
Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Ada 3 nasihat ugama dari Isma diatas. Harap gang2 liberal sekular yg cintakan dan mengabdikan diri kepada DAP wajar bertaubat. Jangan lagi PAN bersikap yg suci itu adalah DAP dan yg hina itu adalah golongan yg berugama Islam dan berketurunan Melayu
Cukuplah PAN dgn sikap kamu yg anti PAS, Jammat Tabligh, Isma, Gerakan2 Islam, Agensi2 Islam dan Mufti, Ingatlah kamu wahai PAN, Abdullah bin Ubay membenci kaum muslimim tapi menyayangi kaum musyriqin dan yahudi Madinah. Ingatlah kamu wahai PAN, Abdullah bin Ubay bersolat2 bersama2 rasul, tapi Abdullah bin Ubay tetap ketua munafiq sebab kebencian dia terhadap mukminin dan kasih beliau kepada musyrikin
http://www.ismaweb.net/2016/04/ramasamy-patut-keluar-dari-negara-ini-kata-mufti-perak/
Ramasamy patut keluar dari negara ini, kata Mufti Perak
SHAH ALAM, Jumaat – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy perlu keluar dari negara ini berikutan kenyataan biadabnya yang menggelar pendakwah Islam antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, gelaran terhadap Dr Zakir menunjukkan Ramasamy tidak menghormati Perlembagaan negara yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi.
“Bagi saya, tindakan Ramasamy itu sangat biadab. Sebagai seorang ahli politik dan pemimpin, Ramasamy sepatutnya memahami Perlembagaan.
“Kalau dia tak faham Perlembagaan, maka dia patut dikeluarkan dari negara ini,” katanya memetik Sinar Harian.
Selasa lalu, Ramasamy menyatakan bahawa beliau kesal apabila menggelar pendakwah itu dengan ‘setan’.
Pun begitu, Tan Sri Harussani berkata, permohonan maaf Ramasamy tidak mencukupi kerana beliau memohon maaf atas penggunaan perkataan ‘setan’ sahaja.
“Tindakan Ramasamy itu bukan menghina Zakir saja, tetapi turut menghina Islam secara keseluruhannya. Malah, permohonan maaf itu seolah-olah bukan dari hatinya.
“Di India sendiri, Zakir tiada halangan mengadakan ceramah. Jadi kenapa ada individu seperti Ramasamy yang mahu larang kedatangan Zakir ke sini?,” katanya.
Sebelum ini Ramasamy menulis status di Facebook antaranya berbunyi ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.
Ramasamy juga turut menyifatkan Dr Zakir Naik hanya menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam. Ini berikutan Dr Zakir dijadualkan berada dalam negara untuk menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti.
Mari kita tanya PAN ...... Adakah sikap DAP terhadap Islam mebawa PAN mengkhadamkan diri kepada DAP
http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/
Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu
KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.
“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.
Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.
“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.
“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.
Razali (BN-Muar), mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan serta mempolitikkan isu sebegini bagi memastikan keharmonian kaum kekal terjaga.
Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pula berkata kenyataan itu sangat tidak wajar kerana mereka tidak faham hukum-hakam agama Islam.
“Para ulama, pemimpin, dan umat Islam sendiri yang menguruskan soal ini… Bagaimana hukum orang murtad, hukum orang yang melanggar undang-undang Islam. Itu orang yang mengetahui sahaja.
“Jadi kenapa dia nak masuk campur, kalau dia buat begitu, nanti timbulkan kemarahan umat Islam. Kita pun tak mahu masuk campur agama dia,” katanya.
Sementara itu, Ngeh, yang juga penasihat DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.
Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.
Dalam pada itu, Ngeh turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.
“Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini,” tambahnya. – BERNAMA
PELIK. SUNGGUH. PUAK 2. BER TOTOK--TOTOK. KARAT. NII........
HARI 2. SEMBANG. PASAI. SYURGA. NERAKA............
DI SURUH. PERGI. MASUK. SYURGA. SORANG SORANG...........
TAK. NAK. PULAK........
Dulu pas halal G18....kenapa pulak nk bergabung berpelok cium....hanya pas jee islam 100 % kluar dr pas islam bukanya 98%
Post a Comment