Terlalu Islamikkah begini?
Lajnah Pendidikan (LajPen) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merasa amat kesal sekiranya benar laporan yang menyatakan Menteri Pendidikan berhasrat untuk memastikan sekolah kebangsaan tidak menjadi terlalu Islamik rentetan daripada beberapa permintaan yang datang daripada golongan bukan Islam.
Ini tidak terlalu Islamik?
Berikut saranan dan komentar LajPen DMPM :
1. Islam sebagai agama rasmi Negara termaktub di dalam perlembagaan. Jangan kerana memenuhi permintaan SEGELINTIR pihak, pihak Kementerian mengambil sikap tolak ansur yang keterlaluan seterusnya menjadikan Islam ditolak beransur-ansur secara halus.
2. LajPen DMPM mendesak agar Menteri Pendidikan tersebut agar memberi penjelasan apakah maksud sebenar ungkapan 'terlalu Islamik' seperti yang dinyatakan.
Sekiranya istilah itu tidak dapat dijelaskan dengan baik, maka ia benar-benar menunjukkan Menteri tersebut hanya ingin menjaga hati bukan Islam, bukan bertindak menjaga agama yg dianutinya dan seluruh umat Islam khusus di negara ini.
Atau apakah Menteri Pendidikan sekadar ingin menjaga hati orang bukan Islam supaya undi mereka tidak lari daripada Barisan Nasional?
3. Dalam keadaan pelbagai pihak mempertikaikan hasil daripada Sistem Pendidikan Negara, malah menggesa agar sistem ini diperhalusi dan diperbaiki kembali dengan menjadikannya bersepadu, secara tiba-tiba, Menteri Pendidikan mengundur jauh ke belakang dengan menolak elemen kekuatan ajaran Islam sebagai cara hidup dan solusi kepada kebejatan sosial.
LajPen DMPM mendesak Menteri Pendidikan menjelaskan kembali isu ini dengan segera. Rakyat mahu memahami apa yang ada dalam kotak fikiran dan hati Menteri Pendidikan yang bertegas ingin memastikan sekolah kebangsaan tidak menjadi terlalu Islamik. Apatah lagi ianya berkait dengan isu doa semasa perhimpunan. Apakah doa dilihat terlalu Islamik oleh Menteri tersebut? Astaghfirullaha li wa lakum.
PUAN NURUL FAIZA MUSA
Pengerusi Lajnah Pendidikan
Dewan Muslimat PAS Malaysia
Kaum munafik mendakwa mereka beragama Islam tetapi pada masa yang sama mereka bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin kafir harbi untuk menghasut dan mempengaruhi umat Islam supaya menjauhi, membenci atau mengenepikan ajaran Islam untuk melemahkan atau menghapuskan kuasa politik Islam supaya musuh Islam boleh menindas agama Islam dan umat Islam.
ReplyDeleteDan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".
Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
(Al-Baqarah 2:14 - 16)
Wahai umat Islam...Bersatulah wahai umat Islam dan kembalilah kepada Islam dan berhati-hatilah dengan musang berbulu ayam dan gunting dalam lipatan dan pagar makan padi !
ReplyDeleteKenyataan Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak akan membenarkan sekolah kebangsaan menjadi “terlalu Islamik” mendapat kecaman beberapa pihak termasuk PAS, yang rata-rata menuduh menteri pelajaran itu membelakangi peranan Islam dalam pendidikan negara.
Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman berkata Mahdzir gagal memahami falsafah pendidikan negara yang sebenar.
“Dasar pendidikan harus konsisten ke arah membina negara bangsa yang berakhlak, bermoral dan bersatu padu. Beliau (Mahdzir) perlu juga menimbang secara seimbang terhadap berbagai gejala sosial yang menimpa pelajar Islam akibat kelemahan pendidikan Islam di sekolah,” katanya kepada FMT.
Zaik mempersoalkan sama ada Mahdzir mahu mengenepikan peranan agama dalam pendidikan kebangsaan.
“Atau ia hanya sekadar akur dengan desakan bukan Islam semata-mata?” soalnya.
Mahdzir turut dikecam Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, yang menyifatkan menteri itu “cetek” mengenai Islam sebenar.
“Dia (menteri) seorang Islam dan dalam matlamat dan hala tuju mestilah ada Islamiknya, bukan sekular sepenuhnya. Sebagai orang Islam kita nak orang Islam yang betul-betul Islam bukan separuh-separuh Islam,” katanya kepada FMT.
Tambah Mahfodz, apa juga dasar negara mesti berpandukan Islam kerana ia agama persekutuan.
“Takkan orang jaga aurat, jaga solat, pakai tudung, orang sembahyang itu boleh dianggap terlalu Islamik, dia kena bagi definisi jelas,” katanya.
Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata pendekatan Islam di sekolah banyak manfaatnya.
“Kalau pendekatan Islam yang digunakan di sekolah boleh membawa kepada keganasan, kita setuju dia disekat.
“Tetapi kalau kegiataan yang boleh memberi manfaat kepada pelajar seperti usrah, berdoa dan seumpamanya, tidak harus disekat,” katanya.
Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/10/sekolah-kebangsaan-pas-isma-mufti-pahang-bidas-menteri/
Al-Qur’an mendedahkan sikap orang kafir terhadap umat Islam:
ReplyDeleteBanyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:109)
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah 2:120)
Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya.
ReplyDeleteApabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.
awas bahaya munafik
PAS. TIADA HAK. MENASIHATI. MENTERI. PELAJARAN. KERANA. PRESIDEN PAS. TELAHPUN. MENJADI. PENIS. YG. SEHAT. KEPADA. KERAJAAN. UMNO DAN BN
ReplyDeleteSEKALIGUS.......
SEBENARNYA. TIADA. APA APA. MASALAH. PUNG.......SEBAB. PRESIDEN
TIDAK. MENGELUARKAN. SEBARANG. KOMEN. .....
AHLI. 2. BAWAHAN. JANGANLAH. PULA. ........LEBIH. SUDU. DARI. KUAH......
MESTI. TABAH , SABAR , DAN. WALLAK. SENTIASA. SEPANJANG. HAYAT.......
MENGERTI. KAMU.....ANAK. ANAK. SEKALIAN...........