Thursday, August 11, 2016

Pamer Model Wanita Tidak Tutup Aurat, Farmasi Didenda. K'tan Negeri Islam Contoh?


KOTA BHARU: Sebuah lagi farmasi di sini didenda kerana memaparkan poster iklan yang menunjukkan seorang model wanita tidak menutup aurat.

Menurut salah seorang pekerja yang enggan namanya disiarkan, pegawai penguatkuasa daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) telah datang ke farmasi di Aeon Mall pada 26 Julai dan mengeluarkan saman kepada pihak pengurusan kerana memaparkan poster tersebut.

"Saya diberitahu bahawa pengurus perlu membayar RM150 bagi kesalahan itu," kata pekerja itu, sambil menambah poster itu hanya diletakkan baru-baru ini.

Yang Dipertua MPKB Zamri Ismail ketika dihubungi mengesahkan saman telah dikeluarkan terhadap farmasi itu dan pihak majlis amat serius dalam memastikan peniaga mematuhi kod berhubung pameran poster.

"Saya tak faham mengapa peniaga tidak boleh mematuhi syarat yang ditetapkan terhadap permit dan premis perniagaan mereka.
"Kami akan terus memantau keadaan dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang melanggar undang-undang ini," katanya. (mStar)
Farmasi di Kota Bharu didenda kerana pamer poster model wanita tidak tutup aurat. PAS menunjukkan sebuah negeri Islam contoh, walaupun masih dalam rangka dalam negara sekular yang tidak Islamik.

No comments:

Post a Comment