MELAKA – Seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Melaka bergelar ‘Datuk’ direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah.
Penolong Pegawai Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Syarina Shaarani @ Tan mengeluarkan perintah reman tersebut ke atas suspek lelaki yang berusia 56 tahun itu.
Siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah.
Terdahulu suspek yang memakai kemeja-T berwarna oren tertera ‘Lokap SPRM’ tiba di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh di sini dibawa pegawai SPRM kira-kira pukul 9.30 pagi.
Suspek kemudian dibawa keluar dari kompleks itu kira-kira 30 minit kemudian selepas prosedur reman itu selesai.
Semalam, tiga penjawat awam – dua daripadanya masing-masing bergelar ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ – ditahan SPRM di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa serta pengubahan wang haram. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment