Wednesday, August 17, 2016

Pegawai TNB Ditahan Reman Rasuah.

Pegawai Kanan TNB Direman 7 Hari Berhubung Kes Rasuah

KOTA BHARU – Seorang pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad ditahan reman tujuh hari bermula hari ini sehingga 22 Ogos untuk membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Ahmad ‘Adha ‘Amir Yaseer Amri di Mahkamah Majistret di sini.
Menurut seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pegawai berusia 47 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM berkaitan meminta dan menerima rasuah dan Seksyen 23 Akta sama kerana menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.
Semalam, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki dilaporkan sebagai berkata tiga penjawat awam – dua daripadanya bergelar ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ – ditahan suruhanjaya itu atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Mereka berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan. – BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails