PERMAINAN Pokemon Go sudah boleh dimainkan di Malaysia dan ia merupakan khabar gembira buat peminat-peminat permainan peranti pintar itu dan ‘bakal-bakal pelatih Pokemon’.
Meskipun tiada pengumuman rasmi di Malaysia, permainan itu dilihat sudah boleh dimuat turun oleh pengguna pengguna iOS masing-masing menerusi Google Play Store dan Apple App Store sejak pagi tadi.
Perkara tersebut turut diumumkan pagi tadi oleh pentadbir akaun TwitterPokemonGoApp yang berkata bahawa pemain-pemain Pokemon Go sudah berada di 15 buah negara di Asia.
Negara-negara tersebut adalah Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Papua New Guinea, Fiji, Solomon Islands, Federated States of Micronesia dan Palau.
Pengguna Facebook menerusi halaman ‘Pokemon Go Malaysia’ telah berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik paparan skrin mereka bermain permainan tersebut sejak seawal jam 8.00 pagi.
Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengumumkan bahawa Jatawankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Perseketuan tidak membenarkan umat Islam bermain permainan video itu atas faktor ‘maslahah’ dan kemudaratan.
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata bahawa kerajaan persekutuan tidak membantah dan tidak akan menyekat pelepasan permainan di sini.
“Walaupun beberapa negara boleh menyekat , tetapi kita di Malaysia … kita belum mencapai tahap itu,” katanya kepada Bernama pada 25 Julai lalu.
Rupanya Pokemon Go lebih hebat dan berkuasa dari Mufti, mengapa? Itulah nasib Agama dalam negara sekular, seperti Malaysia. (IH)
No comments:
Post a Comment