Thursday, August 04, 2016

'Ramas Aku' Mie Bikini Porno! Untuk Kanak-kanak. Bantah Segera!

KPAI Menilai Mie Bikini dengan gambar bikini dan kalimat tak pantas, amat sangat tak layak bagi anak. (bisnis.com)
KPAI Menilai Mie Bikini dengan gambar bikini dan kalimat tak pantas, amat sangat tak layak bagi anak. (bisnis.com)


Jakarta: Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) menilai mie bikini atau bihun kekinian yang dijual secara dalam talian ini dengan gambar bikini dan kalimat tak pantas, amat sangat tak layak bagi kanak-kanak.

Dalam keterangan pers, Rabu (3/8/2016) KPAI meminta agar pemerintah, dalam hal ini Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) perlu mengambil tindakan.

"Selain jenamanya yang tidak layak untuk kanak-kanak, gambar di bungkusan juga berupa tubuh wanita dengan pakaian bikini. Selain itu, ada tulisannya remas (ramas) aku. Ini sudah pelanggaran terhadap undang-undang, "kata Pesuruhjaya KPAI bidang pornografi dan cyber crime, Maria Advianti, kepada detikcom.

Lebih lanjut, dikatakannya, undang-undang yang dilanggar adalah UU Perlindungan Anak, UU Pornografi dan UU ITE. Oleh sebab itu, KPAI mendesak Kerajaan menarik peredaran mie tersebut demi melindungi anak-anak Indonesia.




Protes keras juga dilayangkan Yayasan Lembaga Konsumen Indonesia (YLKI).

"Di pasaran, khususnya di pasarkan via media sosial dan juga talian; sebuah produk makanan ringan berupa mi segera dengan tajuk yang sangat tidak edukatif bahkan tak senonoh. Makanan itu berjenama Bikini, Bihun Kekinian. Dengan tag line 'remas aku'. Sampul bungkusan pun dengan ilustrasi seorang perempuan yang hanya mengenakan bikini (bra dan seluar dalam), dengan pose dari arah pungung," 

Kata Ketua Pengurus haroan YLKI Tulus Abadi sebagaimana dilansir pikiranrakyat.com, Rabu, (3/8/2016).

YLKI menyatakan bantahan atas hal ini. YLKI juga meminta agar produk trrsebut ditarik dari peredaran. 

"Badan POM agar segera menegur dengan keras produsennya. Jualan via on line pun, khususnya yang via OLX dan bukalapak.com agar segera dihentikan. Pelanggan pun tak usah membeli produk makanan seperti itu, khususnya anak-anak, "tuturnya. (IH/SaBah / dakwatuna)

14 comments:

Anonymous said...

Dulu Mat Sabu selfie d amoy langgar dada waktu Bersih. Demi DAP tragedi selfie itu dianggap halal dan toyyibah asalkan nawaitu anggap sebagai anak. Kah kah kah itulah PAN the Khadam

Anonymous said...

Apa pandangan PAN? Oktoberfest pun Heroes for Hope PAN kata ok.


or mamat ni yg sekarang jadi macho guy PAN menghalalkan Oktobetfest. Ialah demi menjaga hati DAP yg amat kamil d mata PAN

http://www.ismaweb.net/2014/10/oktoberfest-khalid-samad-tidak-ghirah-ketuanan-islam-dicabar/

Oktoberfest: Khalid Samad tidak ghirah ketuanan Islam dicabar

BANGI, 2 Okt – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, kenyataan Khalid Samad berhubung penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ menggambarkan beliau seorang individu yang tidak ghirah (cemburu) dengan Islam.

“Khalid tidak melihat dengan penuh rasa cemburu perkembangan yang mencabar ketuanan Islam di tanah air ini.

“Walaupun rakyat negara ini negara majmuk, tetapi secara perlembagaan dan sejarahnya, ianya masih negara Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai memberi respon kepada kenyataan Khalid Samad bahawa penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Khalid juga berkata, sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi umat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

Ustaz Zamri yang juga merupakan Yang Dipertua ISMA Ipoh berkata, para ulama’ telah memberikan garis panduan bagaimana mengendalikan hak -hak rakyat yang bukan Islam di dalam sebuah negara Islam dalam keadaan hak mereka dipenuhi dan dalam masa yang sama identiti keislaman terjaga dan berdaulat.

“Bagi memenuhi hak beragama orang bukan Islam maka dibenarkan dibina rumah ibadat mereka bahkan tidak boleh dimusnahkan ketika perang.

“Namun sebagai menjaga kedaulatan dan identiti negara Islam, orang bukan Islam dilarang menzahirkan syiar- syiar kesyirikan.

“Mereka juga dilarang mengisytiharkan ritual agama dan sesuatu yang haram di sisi Islam walaupun halal di sisi mereka di tengah-tengah negara Islam seperti meminum arak dan memakan babi,” ujarnya kepada wartawan ISMAweb.

Anonymous said...

ol2 yg kta oktoberfest itu okey. Apalagi DAP naik tocang la. Mari mabuk mari khamar kalau PAN menang.

PAN pula tersenyum dgn kebanggaan



http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Reply

Anonymous said...

hatan Mujahid terhadap Islam oleh ISMA

http://www.ismaweb.net/2014/07/membiarkan-lgbt-berleluasa-bermakna-mengiktiraf-golongan-songsang-itu/


Membiarkan LGBT berleluasa bermakna mengiktiraf golongan songsang itu
July 10, 2014 Berita Utama,

BANGI, 10 Julai – Sebarang tindakan lepas tangan terhadap golongan LGBT dengan tujuan kononnya tidak mahu mendiskriminasi kumpulan songsang itu membawa maksud pengiktirafan kepada golongan tersebut.

Sebaliknya, kumpulan yang mengamalkan seks songsang itu wajib diperangi dan dihukum kerana perlakuan LGBT adalah satu perkara yang dimurkai oleh Allah dan hukumannya amat berat di dunia dan akhirat.

Demikian kenyataan Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS) Prof Madya Dr Aznan Hasan berhubung kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Dr Mujahid Yusof.

Dr Mujahid dalam kenyataannya kepada Malaysiakini berkata, beliau tidak mengiktiraf golongan LGBT namun menolak sebarang diskriminasi ke atas mereka dengan alasan LGBT duduk di bawah gender.

Ujar Dr Aznan, memang benar Islam tidak pernah mendiskriminasi manusia berdasarkan gender, tetapi beliau perlu sedar bahawa Islam tidak pernah mengiktiraf LGBT sebagai satu orientasi seksual yang diterima.

“Menerima bahawa mereka yang melakukan LGBT sepatutnya dibiarkan tanpa sebarang tindakan, adalah umpama mengiktiraf kehendak seksual mereka yang menyeleweng ini,” kata beliau kepada ISMAweb.

Tambahnya, Dr Mujahid perlu sedar bahawa di dalam Islam, perlakuan LGBT adalah sesuatu perkara yang dimurkai Allah, dan hukumannya adalah amat berat, di dunia dan di akhirat.

“Apabila telah sabit seseorang itu melakukan LGBT, maka si pelaku sepatutnya melalui proses kehakiman yang sepatutnya, bukan kerana diskriminasi, tetapi kerana melakukan perbuatan tersebut.

“Si pelaku tidak sepatutnya dibiarkan sahaja, setelah melakukan perbuatan jenayah tersebut,” katanya lagi.

Selain itu katanya, kenyataan Dr Mujahid ini seolah-olah menyatakan bahawa “Kita tidak bersetuju dengan LGBT, tetapi kita tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap peliwat, dan mereka akan dibiarkan begitu sahaja, termasuklah boleh bekerja seperti biasa kerana sexual orientation adalah sesuatu hak kebebasan dan sesiapapun tidak berhak didiskriminasi kerana perkara tersebut.”

Dr Aznan juga menyeru agar Dr Mujahid merujuk kepada para ilmuan agama sebelum membuat kenyataan sebegini, agar beliau tidak keliru dan turut mengelirukan umat Islam yang lain.

Anonymous said...

Selfie d amoy langgar dada boleh
Mabuk todi oktoberfest wokey
LBGt wokey

Orang soleh amal makruf nahi mungkar
PAN pula amal makruf sokong mungkar
Ini semua dibuat dgn.ikhlas demi Imam Besar Al Sifoo Banglo yg bertapa di Penang

Anonymous said...

Walaun Hadi dan macai Najib yg mengong akan kata ini semua salah DAP dan PAN.kahkahkah

Anonymous said...

Kalau makam mi ni pasti konek akan keras terus betul tak Ibnu Hasyim,tak perlu ambil pil kuda.Agaknya jika dijual di Kelantan pasti laris.

Anonymous said...

Kita nak komen apa pun biarlah berlandaskan dengan fikiran yang waras bukan ikut sedap mulut memanglah dalam perlembagaan termaktub islam agama rasmi dan agama bukan islam ada garis panduan yang perakui tapi dinegara ini apa bentuk festa pun ianya memerlukan permit dan permit itu diluluskan oleh kerajaan yang memerentah dan sekarang ini siapa yang lebih berkuasa kerajaan negeri ke atau puasat dan yang memberi lesen untuk mengilangkan arak dinegara yang agama rasmi islam kerajaan mana,usahlah kita mencari nama waima kita orang agama ke atau jahil murakap ke kita kena cari punca asal sebenar ,memang semua makhluk yang bernama maknusia sebagai hamba Allah usah menuding jari kearah sesiapa sedarkan dulu pemimpin yang telah tidak percayai oleh rakyat dulu baru boleh perbetulkan kerosakan orang bawahan,para ahli cendikiawan dan agamawan usahlah libatkan diri anda semua dalam kancah politk yang amat menjijikakan akhla sebagai orang yang dihormati.

Nobody said...

Salam semua,

Berani betul korang memfitnah dan membuat persepsi buruk macam Allah tak ada!!!

Tunggu saya free sikit, saya akan join balik!!!

Hati-hati!!!

Anonymous said...

Yaaaqa tapi khalid samad PAN pun kata Oktoberfest okey.

Anonymous said...

Hujah hujah Isma pasal PAN dan DAP memanh mantap dan benar.

Kalau nobody ada eggs pi debate kat Ismaweb. Saya akan menunggu

Anonymous said...

Pembongkaran Isma terhadap PAN


http://www.ismaweb.net/2016/05/ulama-pan-sokong-iran-rejim-bashar/



Ulama PAN sokong Iran, rejim Bashar?
ahmad awang pan
BANGI, Selasa – “PAN memalukan!” Ini maklum balas seorang tokoh Islam, Prof Dr Abd Al-Fattah Al-Awaisi terhadap penyertaan dua ulama PAN pada sebuah persidangan antarabangsa yang ditunjangi oleh Syiah Iran.

Kehadiran Mursyidul Am PAN, Ustaz Ahmad Awang dan Naibnya, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin dalam satu majlis yang dinaungi dan dihadiri tokoh besar Iran iaitu Ayatollah Mohsen Araki, Ayatollah Muhamad Ali Al-Taskhiri, Nuaim Qasim selaku Naib Setiausaha Agung Hizbullah dan Duta Iran ke Lubnan adalah satu perkara yang amat dikesali.

“Penyertaan PAN menunjukkan kedudukannya selaku sekutu Iran dan penyokong rejim Bashar Asad, secara langsung bersetuju dengan kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Syria,” kata Dr Abd Al-Fattah yang juga merupakan profesor pelawat Universiti Utara Malaysia (UUM) di Facebooknya baru-baru ini.

Persidangan ulama antarabangsa bertajuk ‘Muqawamah membebaskan, keganasan membinasakan’ ini telah diadakan di Lubnan pada 5 Mei lepas.

Beliau juga berdoa agar parti serpihan PAS itu tidak menjadi pelaksana agenda Iran di Asia Tenggara.

Katanya lagi, Iran dan sekutunya adalah musuh seperti Zionis Israel.

“Kemuliaan Masjid Al-Aqsa tidak layak untuk dibebaskan oleh tentera Iran dan sekutunya, yang telah membunuh keluarga kita, merogol anak gadis kita, mengusir keluarga kita dari Syria dan menjajah empat negara iaitu Baghdad, Damsyik, Beirut dan Sanaa,” katanya.

Anonymous said...

Hantar saja rombongan lebai2 Pas terutamanya Hadi Awang melawan rejim Bashar di Syria krn lebai2 Pas perasan tahap gaban syurga itu milik mrk. Ada berani ke?kahkahkah

Anonymous said...

Tgk hujah2 ismaweb kat sini pun byk yg merapu, memfitnah takde fakta. Selalunya saya skip baca.kahkahkah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails