Saturday, August 20, 2016

Sukan Ekstrem Berani Mati 'Terjun Maut' Dari Norway, Sesuaikah Untuk Rakyat M'sia?


SUKAN
APABILA terjun ekstream berani mati dari papan lompat dan mendarat dengan perut dahulu ketika menyentuh air bukanlah hasil yang dicari kebanyakan orang, tetapi bagi mereka yang bertanding dalam sukan gila Norwegian ini, itulah yang menentukan sama ada anda kalah atau menang.
Dødsing, atau ‘terjun maut’, adalah sukan ekstrem Norway yang mengundang pemain berani mati untuk melompat dari papan lompat setinggi 10 meter dengan tangan dan kaki mereka kekal dalam bentuk X. 
Matlamatnya adalah untuk mengekalkan posisi tersebut selama yang boleh dan melengkongkan badan sedikit sebelum mengenai permukaan air untuk mengelakkan kecederaan.
Pada Kejohanan Dunia Dødsing, pertandingan aneh yang diadakan setiap musim panas sejak tahun 2008, penyelam yang kekal mendatar paling lama semasa melompat adalah pemenangnya.
Tetapi akibat terlalu ramai penerjun dødsing yang berani pada kejohanan dunia, hakim juga perlu mengambil kira faktor-faktor lain, seperti kelajuan, ketinggian dan kuasa lompatan, keaslian gaya lompatan dan percikan yang dihasilkan apabila mengenai permukaan air.
Dødsing, atau ‘terjunan maut’, adalah sukan ekstrem Norway yang mengundang pemain berani mati untuk melompat dari papan lompat setinggi 10 meter dengan tangan dan kaki mereka kekal dalam bentuk X.
Dodsing, olahraga ekstrem dari Norwegia yang berisiko tinggi
Sukan yang menyakitkan ini dipercayai direka pada tahun 1960-an, di kompleks kolam renang Frognerbadet yang terkenal di Oslo, oleh sekumpulan remaja yang cuba untuk menunjuk-nunjuk di hadapan rakan-rakan mereka.
Kejohanan Dødsing yang pertama hanya disertai enam penerjun dan kira-kira sedozen penonton, tetapi selepas penubuhan Det Internasjonale Dødseforbundet (The International Dødsing Association) pada tahun 2011, popularitinya meningkat dengan cepat.
Hari ini, Kejohanan Dødsing Dunia yang diadakan di Frognerbadet adalah satu acara yang besar, yang menampilkan hampir 100 penerjun dan beribu penonton.
Ia tidak mengejutkan bahawa populariti mula merebak ke seluruh Eropah. Ianya menyeronokkan untuk menonton, seperti yang disahkan oleh beribu-ribu penonton yang berkumpul setiap tahun untuk melihat siapa yang boleh membuat percikan terbesar.
Ianya juga menyeronokkan bagi para penerjun walaupun mereka mengakui bahawa apabila keluar dari kolam renang, badan mereka akan dipenuhi lebam.
Sesuaikah sukan ini untuk rakyat Malaysia, di negara umat Islam ini? (IH)

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Kita tunggu tuan Mufti beri fatwa dulu macam main Pokemon

Anonymous said...

Kecewa tahap Esktrem Ala PAN


Rabu, Ogos 17, 2016
PAN TERASA HATI DIGELAR "KHADAM DAPigs"!!!

Heh! Tak sangka pulak yang puak parti KUALI Ternakan DAPigs ni akan terasa hati apabila mereka digelarkan sebagai 'Khadam DAPigs' secara terbuka sedangkan memang itu lah realitinya.

Malah, apabila DAPigs membatalkan cadangan untuk mengadakan Pilihan Raya mengejut hanya kerana ianya tidak dipersetujui oleh PKR membuatkan pemimpin PAN semakin sakit hati.

Bagi sesetengah pihak, keputusan DAPigs membatalkan hasrat mereka untuk mengadakan Pilihan Raya itu telah meranapkan impian PAN memiliki kerusi mereka sendiri secara mutlak.

Semenjak ditubuhkan, PAN hanya melompat macam berok kena belacan dan didakwa syok sendiri. Diorang ada kerusi ADUN dan MP pun hanya hasil samunan bersama persatuan penyamun.

Perkara itu cukup jelas apabila PAN bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang menyaksikan mereka kekalahan teruk kepada Barisan Nasional.

Walaubagaimana pun, pemimpin PAN masih menyalahkan PAS dengan menyembunyikan rasa terkilan mereka terhadap ke-GAGAL-an PKR dalam memujuk PAS supaya tidak bertanding.

Kekecewaan PAN terhadap PKR itu semakin bertambah apabila parti itu mengadakan pertemuan secara sulit dengan pemimpin PPBM yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jika dilihat dari satu sudut, pertemuan yang diadakan secara sulit itu dianggap sebagai satu muslihat terancang PKR untuk meminggirkan PAN menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Pendedahan mengenai peminggiran PAN itu telah dibuat secara terbuka oleh blogger Pro PAS yang mendakwa PKR sedang mengemis jawatan Menteri Besar Selangor selepas PRU akan datang.

Pokok pangkalnya, kekecewaan PAN terhadap PKR itu cuba disembunyikan oleh pemimpin mereka dengan memburukkan PAS secara terbuka sedangkan hakikatnya, PAN sendiri perlu mengakui bahawa mereka hanya sekadar 'Badut' dalam Politik Malaysia ketika ini!!!

Anonymous said...

PAN mengecewakan DAP secara ekatrem sebab tak da nilai

Rabu, Ogos 17, 2016
PAN DAN PKR SELANGOR BERAMUK

Itu pun belum cerita pasal pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang, penyokong kedua - dua parti berkenaan dah mula nak memburukkan sesama sendiri.

Apabila Abdul Rahman Abdul Talib mula melemparkan sumpah seranah kepada PKR, ia memberi gambaran bahawa ada yang tidak kena dengan hubungan kedua - dua parti tersebut.

Abdul Rahman Abdul Talib atau lebih dikenali sebagai Tulang Besi merupakan penyokong tegar PAN melemparkan lapan kata nista kepada PKR hanya kerana menuduh PAN sebagai khadam DAPigs.

Walaupun tidak menyatakan sebab kenapa dia melemparkan nista itu, namun blogger pro PAS memberi sedikit pencerahan apa yang sedang berlaku dalam Kerajaan Selangor mutakhir ini.

Antara lain, blogger Pro PAS, Tentera Semut Grup mendakwa pimpinan PAN menyerang pimpinan PKR di SUK kerana maklumat sulit hasil perbincangan yang tersiar di media sosial.

Memetik sumber daripada PKR, blogger itu juga turut mendedahkan enam perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat tersebut untuk mengekalkan kemenangan Pakatan di Selangor iaitu :
1. PKR akan bertanding di kerusi yang sama dalam PRU 13.
2. DAP akan bertanding di kerusi yang pernah ditandingi masa PRU 13.
3. PAS juga akan bertanding dikerusi yang pernah ditandingi dalam PRU 13.
4. BERSATU pula akan diberi kerusi dari DAP dan PKR untuk ditandingi.
5. PAN pula dicadang oleh pimpinan DAP supaya dibubarkan dan pimpinan PAN diberi beberapa kerusi ‘ehsan’ dari DAP. Ini kerana PAN ‘tidak menonjol, tidak mendapat sambutan dan tidak disukai’ oleh kebanyakan rakyat.
6. PKR dan DAP risau jika PAN bertanding akan kalah. Oleh itu PAN akan diserap ke dalam dalam DAP. Tapi pemimpin PAN tak setuju.
Blog itu juga turut mengulas kenyataan Naib Presiden PKR yang menegaskan parti itu akan tetap menjalinkan kerjasama dengan PAS, disebalik penubuhan platform Gagasan Sejahtera.
“Fahaman disebalik ayat tersurat ialah PKR bimbangkan kerusi MB terlepas dari genggaman PKR sekarang… Dalam bahasa tersirat… PKR sedang mengemis jawatan MB Selangor untuk dijadikan ‘kerusi tradisi’ PKR untuk survival selepas PRU14 nanti…," ulasnya.
Maka kesimpulan yang dibuat melalui blog tersebut, rata - rata pemerhati Politik kebanyakan mengatakan kewujudan PAN sebelum ini hanya merupakan satu ‘Penyesalan’ buat PKR dan DAPigs kerana strategi yang direncanakan telah GAGAL dan MUSNAH!!!

Semut Hitam at Rabu, Ogos 17, 2016

Anonymous said...

DAP dan PKR dah menyesal dengan PAN. Mengapa mereka menyesal? Sebabnya PAN hidup pun dengan Ehsan DAP dan PAN sahaja. Ingatkan PAN boleh tolong perkuatkan DAP dan PKR........... Tetapi sebagai parti yg pemimpin lagi ramai dari ahli biasa, dan ahli biasa pula lebih ramai dari penyokong, menyebabkan PAN jadi bahan lawak politik Malaysia

Buktinya ada dibawah ini

http://hajihassanomar.blogspot.my/2016/07/pengurusan-pan-pulau-pinang-paling.html


Pengurusan PAN Pulau Pinang Paling Teruk - Mejar Zaidi

Saya telah menulis 2 bahagian berkenaan surat terbuka Mejar Zaidi Ahmad kepada Presiden PAN Mohamad Sabu. Bahagian akhir mengenai surat terbuka berkenaan akan saya perincikan pada artikel ini.

Pada bahagian akhir surat terbuka bertarikh 19 Jun 2016 tersebut Mejar Zaidi melahirkan rasa kekecewaannya kepada Mat Sabu atau pengurusan parti berkenaan di Pulau Pinang.

Petikan akhir surat berkenaan seperti berikut:-
Akhir sekali bang Mat orang Penang, adakah Amanah Penang adalah Amanah terbaik dari segi keahlian, aktiviti, pentadbiran dan sebagainya untuk menjadi contoh kepada Amanah di tempat2 lain?
Jika tidak kenapa, sedangkan di Penang Amanah adalah sebahagian dari kerajaan?
Pemimpin yang hebat ialah yang mampu menyelesaikan masalah bukan menjadi sebahagian dari masalah itu sendiri.

Mejar Zaidi sebelum menjadi ahli DAP adalah ahli parti PAN Kepala Batas. Dia adalah Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang.

Saya tak ada maklumat yang tepat mengenai bilangan ahli PAN di Pulau Pinang tetapi mengikut sumber yang rapat ahli PAN di Pulau Pinang sekitar 1000 orang sahaja.

Tapi saya mempunyai maklumat untuk Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor kerana saya ada kenalan rapat di sana yang saya pernah bantu untuk PRU-12 bagi menumbangkan kerajaan BN. Seorang kenalan saya kini dah jadi orang kuat PAN.

Kenapa Mejar Zaidi marah sangat kepada Mat Sabu?

Cuba anda fikir ahli PAN yang berdaftar bagi Bahagian yang diwakili oleh Mat Sabu iaitu Bukit Mertajam hanya 50 orang sahaja. Dun Berapit, Dun Mat Sabu hanya 14 orang yang berdaftar sebagai ahli PAN!


Tergelak saya bila diberitahu Dun Berapit hanya 14 orang ahli PAN berdaftar. Nak tubuh AJK pun masih tak cukup kouta! INIKAH TARAF PRESIDEN PAN??

Saya juga dimaklumkan oleh kawan-kawan rapat termasuk seorang orang kuat PAN bahawa kawasan Mujahid Yusof Rawa iaitu Bahagian Bukit Gelugor hanya ada 40 orang ahli. Ahli PAN di Dun yang diwakili oleh Mujahid iaitu Dun Air Itam hanya ada 3 orang ahli PAN yang berdaftar. HAMPIR PECAH PERUT saya gelak!


Mejar Zaidi tak bengang pasal apa, dia mampu menarik lebih kurang 200 ahli PAN berdaftar untuk Bahagian Kepala Batas tapi tokoh hebat PAN hanya mampu tarik 3 orang ahli!!

Saya kata persatuan orang-orang buta di Dun Air Itam pun lebih daripada 10 orang. Ini hanya 3 orang. MANA NAK LETAK MUKA MUJAHID??

Kedua Mejar Zaidi ada menyebut tentang Mat Sabu adalah masalah kepada parti PAN di Pulau Pinang. Yang ini saya tak nak huraikan malam ini. Rasanya lebih baik tanya Mejar Zaidi sendiri biar dia terangkan.

Saya pun nak tidur awal malam ini, harap-harap dapat mimpi bertemu Mat Sabu dengan ahli dunnya 14 orang tersebut. Tapi saya tak boleh fikir bagaimana orang hebat berpidato macam Mujahid hanya dapat tarik 3 orang ahli... Baik saya berhenti sebelum perut saya sakit kerana terlalu banyak gelak!


Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails