PARIS: Kerana terlalu fanatik perkauman dan keagamaan sebuah pasar raya tempatan yang terkenal menawarkan produk-produk halal diarahkan oleh pihak berkuasa Perancis supaya turut menjual minuman arak dan daging babi atau jika gagal mematuhi arahan, ia akan ditutup.
Pasar raya Good Price di Colombes di sini disifatkan oleh penguasa perumahan tempatan; yang menyewakan premis tersebut, sebagai tidak mematuhi syarat-syarat sewa yang sudah dinyatakan, iaitu premis berkenaan mesti beroperasi sebagai ‘kedai makanan am’.
Pihak berkuasa menyatakan beralasan bahawa anggota masyarakat tempatan tidak diberi khidmat mencukupi jika tiada produk arak atau daging babi di pasar raya Good Price, yang dikendalikan sebagai sebuah francais dan menggantikan sebuah pasar raya kecil pada tahun lalu.
“Datuk Bandar Colombes sendiri, Nicole Goueta, sudah mengunjungi pasar raya itu dan meminta pemiliknya supaya mempelbagaikan rangkaian produknya dengan menambah arak dan daging tidak halal,” kata ketua staf Datuk Bandar, Jerome Besnard kepada media.
Beliau menambah, penduduk warga tua khususnya, terpaksa membuat aduan bahawa mereka tidak lagi boleh mendapatkan rangkaian penuh produk di Good Price dan terpaksa berjalan lebih jauh hanya untuk membeli keperluan harian iaitu minuman arak dan daging babi.
“Kami mahu kepelbagaian sosial, dan tidak mahu satu-satu kawasan yang hanya untuk umat Islam atau tiada langsung masyarakat Islam,” kata Besnard, sambil menambah bahawa reaksi penduduk bandar itu akan sama jika sebuah kedai kosher Yahudi dibuka di lokasi tersebut.
Menurut laporan akhbar Telegraph, penguasa perumahan Colombes menyatakan bahawa Good Price sudah melanggar dasar sekular Perancis dengan mengutamakan hanya kumpulan tertentu dalam masyarakat berbanding memenuhi keperluan harian semua pihak.
Pihak berkuasa bandar tersebut sudahpun mengambil tindakan guaman yang akan menamatkan tempoh sewa, yang sepatutnya berakhir pada 2019 dan kes tersebut akan dibicarakan di sebuah mahkamah pada bulan Oktober. –Sumber Agensi/IH.
2 comments:
Ini bukan fanatik,tetapi memang kerja orang kafir yang hanya mahu menindas orang islam dan menganggap diri mereka lebih baik dari orang islam.Perkara begini tidaklah menghairankan kerana Negara dikuasai orang kafir dan orang islam hanya minoriti saja.
Di Malaysia pasaraya pun ada menjual barang tidak halal seperti daging babi.Terpulanglah kepada tuan punya supermarket sekiranya tuan punya adalah orang islam ia adalah suatu yang tidak wajar.
Post a Comment