Wednesday, August 10, 2016

UMNO Paksa 'Candu Hedonisme' Ke Atas Umat Islam M'sia. -Ameerah Trg.



Mutakhir ini viral satu video yang memaparkan 4 orang ahli Puteri UMNO yang mempersembahkan tarian gelek dalam sebuah majlis perasmian persidangan sayap itu di Kota Bharu kelmarin. 

Ia merupakan perkara yang sangat memalukan bagi muslimah yang bermaruah apabila dipersembahkan di hadapan seorang timbalan menteri lelaki bertaraf pusat. Gelak tawa disorak-sorak oleh kaum lelaki di belakang dan di depan menimbulkan rasa sedih dan simpati terhadap penari tarian gelek berkenaan.


Kita baru sahaja “lelah” melihat situasi remaja negara kita dihidangkan persembahan Selena Gomez dalam bulan Syawal yang lalu. Apakah persamaan Selena dan Puteri UMNO itu? 






Kedua-duanya berpakaian sopan tetapi menimbulkan aksi mengghairahkan. Aksi tarian gelek serta persembahan artis remaja yang seksi dan liar itu jelas gambaran “candu” hedonisme yang telah lama dipaksa telan umat Islam di Malaysia.

UMNO selaku parti memerintah serta sayapnya Puteri UMNO sentiasa menjadikan hiburan sebagai agenda utama untuk meraih sokongan dan perhatian rakyat terutamanya golongan muda. 

Sepatutnya sebuah sayap parti yang dikatakan membawa Islam, tunjukkanlah contoh yang terbaik buat ahli dan rakyat. Islam sebagai agama fitrah tidak menghalang kecenderungan semula jadi manusia untuk ketawa dan berseronok. Sebaliknya, Islam suka kepada setiap perkara yang menjadikan kehidupan manusia itu baik. 

Hiburan dalam Islam adalah suatu yang menenangkan dan mendidik jiwa. Bahkan melakukannya bukan hanya semata-mata untuk mencari keseronokan dan memenuhi tuntutan nafsu tanpa batasan. Rasulullah SAW juga bergurau dan bergelak ketawa bersama-sama para sahabat dan keluarga Baginda.

Ameerah Terengganu merasa amat kesal kerana persembahan tersebut dijayakan oleh wanita-wanita muda yang bakal menjadi peneraju negara. Ia sangat tidak bersesuaian dengan imej wanita Islam dan melayu yang seharusnya sopan dan beradab. 

Kami merasakan pihak Puteri UMNO sangat tidak prihatin akan sensitivi masyarakat serta golongan wanita muda yang menjadi aspirasi organisasi mereka.

Firman Allah SWT :
وقل للمؤمنت يغضضن من أبصرهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها وليضربن بخمرهن على جيوبهن
Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
(Surah An-Nur: ayat 31)

Justeru itu , kami mewakili wanita muda Islam menyeru semua pihak menolak budaya hedonisme yang semakin menular dalam masyarakat. Jangan biarkan hiburan menjajah kehidupan kita hingga tidak mampu dipisahkan. 

Cukuplah dengan remaja yang bagaikan sudah tenggelam dengan segala macam hiburan dari televisyen , FACEBOOK dan yang terbaru aplikasi permainan Pokemon Go hingga lalai dan terleka.

Pemimpin seharusnya menjadi contoh tauladan buat semua. Semoga semua pimpinan parti politik bersikap matang dan berhati-hati dalam semua tindakan. Tidak cukup sekadar permohonan maaf, seharusnya disusuli dengan tindakan yang efektif dan membuktikan kesungguhan membawa kebaikan kepada rakyat. 

Jangan pula permohonan maaf setelah segalanya viral dan mendapat kecaman.
Wanita Muslimah itu dimuliakan. Jagalah maruahmu. Jangan sampai mencalar maruah agamamu.

Zuraida Md Noor
Pengarah Ameerah Terengganu
07.08.2016

8 comments:

  1. Awat ni hang marah-marah kat umno!!!
    Mr presideng hang belum bagi nasihat lagi tu. Patut hang sound laa kat mr presideng tu, tkkan perkara kecik macam ni terlepas pandang kot!!
    Atau mr presideng hang duk ghalik berasmara dgn pimpinan umno!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang ni memang kelas manusia busuk hati telinga tuli mata buta

      Delete
    2. Hang ni memang kelas manusia busuk hati telinga tuli mata buta

      Delete
  2. Apa apa pun tindakan terkinja kinja Puteri Umno telah mendapat perhatian dan dikecam ramai pihak. Dan setelah itu, Puteri Umno pun telah meminta maaf. Sudahlah tu nak apa lagi? Dah kondem, dia pun dah minta maaf atas kelakuan buruk mereka. Lain lah kalau mereka cuba justify perangai buruk itu. Alhamdulillah mereka sedar perbuatan itu buruk dan melanggar ugama. Baguslah kan?
    Yang sepatutnya sekarang bukan lagi kesah Puteri Umno, tetapi apa kesahnya ni pemimpin Pas terima duit rm90juta ni? Katanya semua itu fitnah jahat. Kata nak saman, bila lah tu agaknya? Kita tertunggu tunggu dengan hati berdebar debar. Kita semua ingin tahu perkara yang sebenar. Setakat penafian sahaja tak laku lah. Najib pun macam itu juga, menafikan sahaja.
    Fitnah itu lebih buruk dari membunuh. Sekiranya tidak diambil sebarang tindakan untuk melawan fitnah, maka persepsi masyarakat akan percaya betul lah pemimpin Pas terima rasuah rm90juta daripada Najib. Sebagai upah menyokong tindakan Najib dan Umno merompak rakyat Malaysia.
    Cepat lah saman. Dan satu lagi....buat laporan polis tidak sama seperti saman ok. Nak saman kena pergi mahkamah dan failkan. Repot polis tak laku ok. Pemuda Pas Kelantan buat laporan polis tu buat apa? Jangan nak wayang lebih2. Lawyer Pas kan ada, terus fail saman fitnah di mahkamah terhadap Sarawak Report secepat mungkin. Bersihkan nama yang dah mula buruk menunggu reput itu. Buktikan pemimpin Pas tidak jual Ugama untuk kepentingan poket masing2.
    MashaAllah!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu saman...sr dah mengaku ianya hya ckp kedai kopi....

      Delete
    2. Tak perlu saman...sr dah mengaku ianya hya ckp kedai kopi....

      Delete
    3. Kena saman jugak sarawak report sbb maruah parti Islam Pas dah tercalar teruk akibat tuduhan dedak 90juta. Ada yg panggil Pas itu Parti Aku Songlap.

      Delete
  3. 90 juta. 900 ringgit pon hardy aweng sanggup jual jiwa kat jibby...

    ReplyDelete