Wednesday, September 21, 2016

2 Didakwa Pecah Amanah Hampir RM9 Juta

Bekas Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) George @ Juaari Majid (dua, kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Selasa atas pertuduhan pecah amanah bernilai RM8,999,999.30, tiga tahun lepas. George mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. Hakim Abu Bakar Abd Manat menetapkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin. -fotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Bekas Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dan pemilik sebuah syarikat kelapa sawit masing-masing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan pecah amanah (CBT) dan bersubahat melakukan pecah amanah melibatkan wang sebanyak RM8,999,999.30.

Bekas Pengurus Besar SLDB George@Juaari Majid, 63, dituduh meluluskan wang sejumlah itu melalui empat transaksi kepada seorang pemilik syarikat kelapa sawit, How Kim San, 55, tanpa pengetahuan dan kelulusan Anggota Lembaga Pengarah SLDB serta Menteri Kewangan Sabah.

GEorge mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Dia dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
How juga mengaku tidak bersalah selepas dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana bersubahat bersama George melakukan kesalahan pecah amanah itu.
Bagi pertuduhan itu, How berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Mengikut kertas pertuduhan, George didakwa membuat bayaran kepada How sebanyak RM8,999,999.30 sebagai bayaran pampasan terhadap tanah dan tanaman di Kampung Babason, Sook, Keningau, Sabah sedangkan tanah seluas 165.921 hektar (410 ekar) merupakan milik Kerajaan Negeri Sabah.
How pula dituduh bersubahat menerima bayaran pampasan terhadap tanah berkenaan daripada George sedangkan George menyedari bahawa tanah seluas 165.921 hektar (410 ekar) tersebut merupakan milik kerajaan Negeri Sabah.

George dan How didakwa melakukan kesalahan itu di Wisma Sabah Land Development Board di antara 22 Mac 2013 hingga 14 Ogos 2013.

Hakim Abu Bakar menetapkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin bagi George dan How serta mengarahkan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 27 Oktober depan bagi sebutan semula kes itu.

Pendakwaan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib manakala George dan How masing-masing diwakili peguam Erwina Ansari dan Sugumar Balakrishnan. (mStar)

10 comments:

Anonymous said...

Oran takk amanah kita panggil PANipu

Anonymous said...

Ya btol....mcm MO1

Anonymous said...

Baru kena dakwa, belum tentu bersalah ke tidak. Lepas ni akan di kopipes kes pilkuda tuang presideng Pas yang sudah didakwa dan sudah dijatuhkan hukum bersalah memFITNAH oleh mahkamah.

Ir Anonymous said...

DATUK Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk membaya‎r RM2 juta dalam satu penghakiman ingkar diperoleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon KEADILAN Bukit Besi, Terengganu.

Abdul Hadi yang juga merupakan Presiden Parti Islam Malaysia, PAS turut diarah membayar faedah 5 peratus dari writ saman difailkan sehingga penyelesaian penuh beserta kos tindakan sebanyak RM1,500.

Perintah mahkamah itu dilaporkan berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.


‎Abdul Hadi disaman oleh Shamsul lantaran Abdul Hadi mengatakan ada calon KEADILAN yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.

Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerusi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh KEADILAN

Ini menyebabkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan KEADILAN di tiga DUN di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi oleh Shamsul.

Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul telah meminta Abdul Hadi menarik balik kenyataan dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.

"Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu," kata Shamsul dalam sidang media itu.

Ekoran kegagalan Abdul Hadi‎ berbuat demikian menyebabkan Shamsul mengambil tindakan saman terhadap beliau bagi tujuan membersihkan namanya. — EdisiRakyat.com

Ir Anonymous said...

Confirm FITNAH.

Ir Anonymous said...

Duit RENGGET sudah kecik kan

90 Jita baru dapat 20 Juta Pound kan

Upah lawyer mau 100,000 Pound kan

Boleh beli ber lori lori SERBAN tuk Orang Orang PAS lah

Nak menang UNDI bagi lah SERBAN PAS cukup sudah , ada pangkah punyea

Dah orang orang BODOH , serengget dua rengget PAU di kata SYUKUR REJEKI

Walhal PAU PAU PAU tu RASUAH HARAM

Melayu kan BODOH

Anonymous said...

Melayu KENCING Melayu biasa lah

KENCING BUKAN NAJIS BABI

Basuh tak payah SAMAK

Tengok DEDAK kira HALAL KENCING

Kan Melayu semua tu

Biasa saja lah

Anonymous said...

kalo tak jual agama dan menjadi mufti bagi penguasa zalim, macam na nak bayar hutang belajar di middle east?ingat mengaji di middle east itu kira derma ikhlas je ke?semua membutuhkan wang, fulus..duit pengajian, duit kapal terbang, duit untuk kursus nikah..
balik sini takda keje, balik sini ada ramai lepasan2 tahfiz yg sudah siap siaga meniaga agama, so macamna lagi nak mebayar hutang2 pengajian ini.ibarat mengaji di london kemudian kecek kelate, begitu juga di middle east, ngaji arab balik kecek kelate gak..korang ingat senang ke nak dpt kerja agama dimiddle east tu..kalo kerja2 agama di barat lagi teruk sb terlalu banyak forum dan soal jawab..

hanya di malaysia je senang sikit sb majoriti melayu islam adalah tunduk angguk..dan berjuta2 pembaca tukar tiub ini juga menambah kesusahan kami utk mejual agama..idup susah tuan2..diperak ada ust roti jala dan mufti tugu binatang, di kuala lumpur ada mufti poke mon, di utara lagi parah, ada ust ustzah cerita berckp dgn kancil..

Anonymous said...

Akhir2 ini... kita diselubungi perbuatan bersekongkolan kejahatan rm2.6b & rm90m ini, tak tahu la sampai bila nak selesaikan... kenapa tak saman2 lagi untuk mempertahankan maruah... bukan takat diri atau parti.. tetapi maruah rakyat dan negara...

skang dua2 ketua pemimpin melayu dua2 belah dibelit kes yg menuntut mereka secara individu untuk bertindak - saman la woii...

tp ape2 hal pun.. yg aku tahu kita semua bukan maksum, tak pernah dapat wahyu pun, dan semua bertindak atas kapasiti sendiri yang akan dipertanggungjawabkan, sedarlahhhhh... tak suci mana pun kita nie... yg pergi kita doakan agar lancar perjalannya disana... amin..

tp yg masih hirup udara nie... mohon saman ye pakcik2 ketua...

Anonymous said...

Betul..betul..betul mcm Lebai pembohong bersiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails