HALAMAN HIBURAN
KISAH penangkapan khalwat bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron bersama suami orang baru-baru ini mencetuskan kontroversi dalam kalangan peminat industri hiburan.
Susulan insiden itu, Zila dan bekas suaminya, pelawak Along Cham telah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada 29 Ogos lalu.
Sebelum tangkapan khalwat itu berlaku, Zila difahamkan sudah keluar dari rumah yang didiami dengan Along empat bulan sebelum itu.
Zila tampil memohon maaf kepada semua pihak atas apa yang terjadi dan mengakui dirinya kurang mendapat didikan agama sejak dari kecil.
Kenyataannya itu disiarkan menerusi program bual bicara Astro Ria, A.M Live yang dihoskan Hana Al-Mauzah.
“Kepada korang yang baca atau tengok kat laman sosial sekarang, saya nak minta maaf sangat-sangat pada korang, saya manusia biasa yang tidak lari daripada membuat kesalahan dan sekarang saya sedar dengan kesilapan saya.
"Sejak kecil saya kurang bimbingan agama dan akan mempelajari agama. Insha’Allah, saya ingin mencari diri saya. Harapnya semua maafkan saya,” katanya.
Zila; 28, juga sempat meluahkan perasaan rindunya terhadap anak tunggalnya, Daniel; 5, yang kini berada di bawah penjagaan bekas suaminya.
Dia memohon maaf kepada Along dan keluarga selain meminta mereka menghalalkan makan dan minumnya sepanjang bergelar isteri dan menantu mereka. (IH)
1 comment:
mperolehi dokumen-dokumen baru yang mendedahkan perbelanjaan Rosmah.
Hj Hadi menggeletar. Bila lah pulak giliran dia didakwa terima RM 90 juta akan didedah bersertakan dokumen.
Kehidupan Rosmah memang begitu sebab kurang agama. Jahil. Tapi Hj Hadi menempelak Husam jahil agama. Dah tentu Rosmah lagi jahil agama dari Husam.
Tak kan orang yang rasa tinggi agamanya nak biarkan dakwaan begitu sahaja. Jangan biarkan maruah disamakan dengan Rosmah.
Post a Comment