CATATAN PERJALANAN IBNU HASYIM, Batubara 5
RAMAI menelefon saya, mana belut yang dijanjikan seperti dalam catatan perjalanan Batubara sebelum ini. Lihat Ke Arah Usahaternak Belut, Sumatera-M'sia..
Janji orang itu dulu, "Dua minggu dari tarikh sekarang, aku akan kirim segera ikan belut itu ke Malaysia tiap minggu. Mungkin awalnya tidak cukup 1 ton, tetapi akan tercapai pada pengiriman seterusnya.
"Kalau perkara ini berjalan lancar, aku akan langsung realisasikan penternakan atau budidaya belut seperti yang tertera dalam kertaskerja berkonsep '1 keluarga 10 kolam ternak' tersebut, di tempatku Batubara ini sendiri. Aku akan pastikan kiriman barang tidak putus, bahkan terus bertambah. Insya Allah!" Janjinya.
Memang janji senang, tetapi proses pengirimannya agak lewat sikit. Ini gambar-gambar yang dikirimnya kepada saya dan proses penghantaran sedang berjalan. Insya Allah akan beres, tiada apa-apa halangan.
Di bawah ini antara masakan yang diperbuat dari ikan belut. Sedap!!
Ramai pula yang bertanya apa khasiat belut, terutama bagi lelaki.. Ha, mungkin ramai yang nak tahu.. Ini, sedikit saringan dari tulisan dan perbincangan saya dengan pakar-pakar perubatan..
Fakta Belut
Belut merupakan makanan kegemaran banyak negara terutama Jepun dan Korea. Tidak hairanlah dikatakan mengapa jangka hayat warga Jepun antara yang tertinggi di dunia.
Secara keseluruhan, dalam daging belut terkandung kebaikan yang banyak, di antaranya termasuk kolesterol, sodium, protein, air, kalories tinggi, asid lemak tak tepu Omega-3, Asid lemak tak tepu Total Omega-6, Vitamin A, C, E (Alpha Tocopherol), Thiamin, Riboflavin, Niacin, Vitamin B6, Folate, Vitamin B12, Pantothenic Acid, Choline, Kalcium, Zat besi, magnesium, fosfor , potassium, sodium, Zinc, Mangan, dan Selenium.
Sumber khasiat sebegini hanya boleh didapai pada seekor belut yang seberat hanya 204 gram saja.
Ada Khasiat tersembunyi pula...
Banyak kepercayaan yang menyebutkan bahawa belut merupakan makanan stamina lelaki yang mampu meningkatkan daya seksual. Dari segi kesihatan, ia dikatakan mampu menjaga daya tahan tubuh kita, terutamanya pada saat musim panas.
Belut tidak mengandung gula dan rendah sodium, namun tinggi fosfor, kaya dengan vitamin yang diperlukan tubuh secara umum. Mengonsumsi belut mampu meningkatkan kolesterol baik, dalam tubuh dan mengurangi tekanan darah, juga mengurangi risiko arthritis.
Ada lagi khasiatnya..
Belut juga bermanfaat untuk penglihatan, perkembangan fungsi saraf pusat, menormalkan tekanan darah di otak. Dan, beberapa penelitian menjelaskan kehebatan belut untuk mengurangi risiko diabetes jenis 2. Dengan kandungan omega 3, belut menjadi sumber makanan yang mampu menghalang peningkatan kadar gluokos dalam badan, seterusnya mengelak daripada timbulnya penyakit kencing manis.
Belut juga mampu memberi kesihatan kepada jantung kita. Ini termasuk mengurangkan risiko sakit jantung seperti mengelak berlakunya penyempitan pembuluh jantung, sehingga orang Jepun menciptakan kapsul suplemen makanan dari belut dikhaskan untuk menjaga kesihatan jantung.
Kapsul-kapsul ekstrak daripada belut telah dikomersialkan menjadikan suplimen makanan sebagai sumber tenaga dan stamina. Sehinggakan di Korea, mereka menyamakan gingseng dengan belut sebagai sumber stamina.
Sementara di England pula, belut telah menjadi makanan tradisional terutama bagi mereka yang tinggal di London timur. Di Malaysia, Indonesia dan Thailand belut bukan saja dicari atau dipancing secara tradisi, malah ianya telah dijadikan ternakan komersial.
Faktor-faktor kesihatan sebegini menjadikan belut sebagai makan kegemaran ramai yang inginkan kelainan dan sudah tentu baik untuk kesihatan diri.
Sekian, bersambung.
Ibnu Hasyim, Catatan Perjalanan Batu Bara 5.
ibnuhasyim@gmail.com
ibnuhasyim@gmail.com
KL.23 Sept 2016
Lagi Mengenai Belut..
- Kisah Ahli Bisnes Belut Indonesia.. - Ekonomi IH - Blogger
- Ekonomi IH: Cerita Pencari Belut Di Jawa Tengah.
- Ekonomi IH: Belut @ Ordo Anguilliformes. Khasiatnya.. (1)
- Ekonomi IH: Tips Menternak Belut Cara Mudah. Boleh ...(2)
Perhatian Mengenai Ikan Belut..
Kepada sesiapa yang ingin maklumat mengenai penternakan, pemasaran, penjualan dan pembelian belut boleh hubungi..
Ibnu Hasyim semasa di Hospital Ampang Selangor.
No comments:
Post a Comment