GARA-GARA menari bersama jemaah Menteri pada sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka Rabu lalu, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali digesa melepaskan jawatan.
Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad, Haniff Khatri dan bekas pemimpin Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan tindakan Apandi menari bersama beberapa menteri kabinet tidak sepatutnya berlaku dan boleh menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Peguam Negara itu.
Haniff baru-baru ini memuat naik video berdurasi 25 saat dalam Facebooknya yang memaparkan seorang lelaki iaitu Apandi dilihat menari bersama beberapa menteri, termasuk Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Seri Salleh Said Keruak, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nancy Shukri ketika sambutan Hari Kemerdekaan.
Katanya, tindakan Apandi menimbulkan kebimbangan rakyat terhadap kemampuan membuat keputusan adil dan saksama dalam siasatan ke atas Perdana Menteri atau mana-mana menteri kabinet.
Terbaharu, Khairuddin menyerahkan memorandum kepada Pejabat Peguam Negara yang mendesak Apandi melepaskan jawatan dengan serta merta kerana tindakannya yang menari di khalayak bersama menteri adalah bertentangan dengan etika sebagai peguam negara.
“Sebagai Peguam Negara, beliau perlu ‘behave’ sikit dan tidak harus menunjukkan keakraban dengan orang-orang politik, menteri ataupun orang ramai kerana dari segi etikanya adalah tidak betul.
“Tingkah laku beliau telah meranapkan dan memusnahkan kebebasan pejabat peguam negara. Beliau tidak boleh lagi melaksanakan tanggungjawab menurutkeperluan perlembangaan, undang-undang dan keadilan asasi dengan adil dan saksama,” katanya selepas menyerahkan memorandum di Putrajaya, hari ini.
Khairuddin berkata, pihaknya akan mengambil segala langkah yang dibenarkan di sisi undang-undang bagi memastikan Apandi melepaskan jawatan dalam tempoh 24 jam.
Sementara itu, Free Malaysia Today melaporkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengakui beliau bersama beberapa menteri menari secara spontan kerana muzik terlalu mengasyikkan.
Beliau menjelaskan tindakan bergojet itu bukanlah sesuatu yang serius kerana tiada kaitan dengan etika dan kesalahan undang-undang.
Lihat video ini, di mana salahnya Peguam Negara ini hingga diminta letak jawatan? (IH)
Lihat video ini, di mana salahnya Peguam Negara ini hingga diminta letak jawatan? (IH)
6 comments:
Pokcik Admin ni pnyer style hujahan.. punye minda, dah memang same ngan Tuang Presideng sanjungan beliau..
Apa nak heran? Jikalau berpakaian seperti Dewa Tokong pun kira ok, apalah sangat berjoget terkinja2. Halalan Touyiban ler tew...phuiiiii
Aku pun sama dgn Tuang Presideng. Xkan nak follow ulamak mcm Husam dan Mat Sabu. Back ground sekular.
betul tu. memang tak ada salahnya apandi menari dengan menteri2 umno kerana ana haji hadi ulamak kepala taik sedunia sebagai punai sehat kepada umno tidak nampak di mana kesalahan yang yang dilakukan oleh apandi sekali pun beliau menari dengan menteri tomboy di sebelahnya. hal ini akan menjadi kesalahan dan wajib dihina serta dikeji sekiranya mat sabu atau mana2 pemimpin AMANAH berkelakuan menari seperti apandi. diharap walonta2 semua paham dengan apa yang ana katakan kerana ana haji hadi ulamak kepala taik sedunia.
Pak hasyim pernah dgr tak istilah 'conflict of interest'?. Ini lg ketara krn melibatkan org2 atasan @ pembesar2 negara yg sepatutnya bersifat neutral. Negara kita sedang menghadapi konflik terbesar dlm sejarah didalangi MO1.
Tajuk artikel menunjukkan pak hasyim kurang ilmu politik dan etika kerja.
Mana dia faham maksud conflict of interest. Mi spik no inglis la. Yang dia faham hanyalah, "Aku buat boleh, Ko buat tak boleh".
Post a Comment