Thursday, September 29, 2016

Calon Gabenor Aceh Wajib Lulus Ujian Al-Quran. M'sia Juga Ramai Pemimpin Tak Kenal Al-Quran?

Calon Gabenor Di Aceh Wajib Lulus Ujian Al-Quran

BANDA ACEH – Enam pasang bakal calon gabenor dan timbalan gabenor Aceh untuk Pilihan Raya Ketua Daerah 2017 wajib mengikuti ujian kemahiran Al Quran sebagai syarat menjadi calon.

Akhbar berpengaruh Kompas melaporkan, ujian kemampuan dalam membaca kitab suci umat Islam itu dilakukan di Masjid Raya Baiturrahman di sini pada Rabu lalu bermula pukul 9 pagi waktu Jakarta (10 pagi waktu Malaysia).
Sejak pagi hari tersebut, 12 individu yang mewakili enam pasang bakal calon itu dilihat sudah duduk rapi di dalam masjid terkenal berkenaan untuk menanti jadual ujian dimulakan pihak penganjur suruhanjaya pilihan raya.
Regu calon terlibat ialah Zaini Abdullah-Nasaruddin, Abdullah Puteh-Sayed Mustafa, Irwandi Yusuf-Nova Iriansyah, Tarmizi Karim-T Muksalmina, Zakaria Saman-T Alaidinsyah, dan Muzakkir Manaf-TA Khalid.
Ketua suruhanjaya pemilihan Aceh, Ridwan Hadi menyatakan, ujian itu menjadi antara syarat yang harus dipenuhi oleh bakal calon ketua daerah bagi wilayah tersebut. Syarat ini meliputi calon ketua daerah tingkat I atau pun II.
“Syarat mampu baca Al Quran hanya ada di Aceh dan bagi calon yang tidak mampu baca Al Quran sama sekali, maka calon tersebut tidak akan lulus daripada pencalonan,” kata Ridwan ketika ditemui semasa ujian berlangsung.
Penilaian Al Quran tidak hanya dari segi kemampuan baca huruf, tetapi juga bagaimana calon dapat mengadaptasi nilai-nilai kepemimpinan sesuai dengan tuntunan Al Quran jika mereka berjaya dipilih menjadi ketua daerah kelak.
Ridwan malah menjelaskan, pada pilihan raya sebelumnya, masih ada ramai calon ketua daerah yang tidak mampu membaca Al Quran sambil berharap, untuk kali ini semua calon mampu membaca dengan baik dan lulus ujian.
Beliau mengingatkan kepada kesemua 12 calon agar mampu menciptakan pilihan raya yang tenang serta berdoa, situasi kondusif seperti sekarang dapat terus dipertahankanse hingga ketua daerah baharu dipilih secara rasmi.
Suasana ujian itu berlangsung juga terkawal dengan calon diberi kesempatan selama 30 minit untuk berlatih melancarkan kemampuan setelah mendapat bahagian mana yang harus dibacakan di depan panel hakim.
Kompas turut melaporkan ratusan penyokong setiap calon juga dilihat memenuhi ruang legar hadapan Masjid Raya Baiturrahman untuk menyaksikan ujian tersebut secara lebih dekat. – Agensi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Begitulah sepatutnya, pemimpin pemerintah umat Islam kena tahu Al-Quran. Pemimpin pemerintah umat Kristian kena tahu Bible, begitu juga pemerintah umat Hindu, Buddha atau seterusnya.

Kalau begitu pemimpin pemimpin DAP, MCA, MIC dan yang bukan Islam di Malaysia, kena belajar Al-Quran lebih dulu sebelum jadi calon dalam pilihan raya, dan memerintah umat Islam. Mungkin ada pemimpin Melayu yang mengaku Islam tetapi tidak pandai Al-Quran... pun kena belajar Al-Quran.

18 comments:

  1. Yang powernya ada pulak Periuk Leper yg lupakan Al Quran demi DAP tercinta. Walaupun ternyata DAP itu adalah anti Islam. Orang yg ingat Al Quran tak akan sekongkol dengan orang anti Islam macam DAP tu. Sebab hanya Abdullah bin Ubay di Madinah sanggup berkompromi dgn Yahudi Bani Qainuqa. Malangnya periuk leper pula kasih akan Bani Qainuqa modern yg bersemawam di Penang

    http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

    KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

    APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

    Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

    Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

    BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

    Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

    Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

    Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

    Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

    Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

    Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

    Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

    Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

    ReplyDelete
  2. Inilah DAP yg menjadi Pujaan PAN. Itu sebab Khalid Samad kata Oktoberfest tak boleh dihalang

    http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

    Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

    KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

    “Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

    “Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

    Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

    Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

    “Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

    “Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

    Razali (BN-Muar), mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan serta mempolitikkan isu sebegini bagi memastikan keharmonian kaum kekal terjaga.

    Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pula berkata kenyataan itu sangat tidak wajar kerana mereka tidak faham hukum-hakam agama Islam.

    “Para ulama, pemimpin, dan umat Islam sendiri yang menguruskan soal ini… Bagaimana hukum orang murtad, hukum orang yang melanggar undang-undang Islam. Itu orang yang mengetahui sahaja.

    “Jadi kenapa dia nak masuk campur, kalau dia buat begitu, nanti timbulkan kemarahan umat Islam. Kita pun tak mahu masuk campur agama dia,” katanya.

    Sementara itu, Ngeh, yang juga penasihat DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

    Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

    “Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

    Dalam pada itu, Ngeh turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

    “Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini,” tambahnya. – BERNAMA

    ReplyDelete
  3. Timbalan Mufti Perak dedahkan Khalid Samad AyaPAN

    http://www.ismaweb.net/2014/10/oktoberfest-khalid-samad-tidak-ghirah-ketuanan-islam-dicabar/

    Oktoberfest: Khalid Samad tidak ghirah ketuanan Islam dicabar

    BANGI, 2 Okt – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, kenyataan Khalid Samad berhubung penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ menggambarkan beliau seorang individu yang tidak ghirah (cemburu) dengan Islam.

    “Khalid tidak melihat dengan penuh rasa cemburu perkembangan yang mencabar ketuanan Islam di tanah air ini.

    “Walaupun rakyat negara ini negara majmuk, tetapi secara perlembagaan dan sejarahnya, ianya masih negara Islam,” tegasnya.

    Beliau berkata demikian sebagai memberi respon kepada kenyataan Khalid Samad bahawa penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

    Khalid juga berkata, sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi umat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

    Ustaz Zamri yang juga merupakan Yang Dipertua ISMA Ipoh berkata, para ulama’ telah memberikan garis panduan bagaimana mengendalikan hak -hak rakyat yang bukan Islam di dalam sebuah negara Islam dalam keadaan hak mereka dipenuhi dan dalam masa yang sama identiti keislaman terjaga dan berdaulat.

    “Bagi memenuhi hak beragama orang bukan Islam maka dibenarkan dibina rumah ibadat mereka bahkan tidak boleh dimusnahkan ketika perang.

    “Namun sebagai menjaga kedaulatan dan identiti negara Islam, orang bukan Islam dilarang menzahirkan syiar- syiar kesyirikan.

    “Mereka juga dilarang mengisytiharkan ritual agama dan sesuatu yang haram di sisi Islam walaupun halal di sisi mereka di tengah-tengah negara Islam seperti meminum arak dan memakan babi,” ujarnya kepada wartawan ISMAweb.

    ReplyDelete
  4. Apa hadiah DAP kepada PAN bila mana statement Khalid Samad mengenai Oktoberfest keluar

    http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

    “DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

    BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

    Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

    Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

    Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

    Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

    “Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

    Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

    “Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

    “Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

    ReplyDelete
  5. ketua pemuda pas
    nik abdoh telah tidak
    kelihatan di kota baru
    selama satu minngu

    apakah nik abdoh
    kini di london berbincang
    dengan peguam inggeris
    mister james vilerty QC
    untuk usaha menyaman
    sarawak report

    sahaja bertanya
    karana dah lama
    tak nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketua lebung asyik kelihatan di kelantan.. Khabarnya nak lawan PAS bukan UMNO.. Org PAN habis kena lebung dari nak jatuhkan najib jadi nak jatuhkan PAS..

      Delete
    2. Ketua lebung Pas, parti jual agama menipu ahli2 parti dan umat Islam dulu, kini dan selamanya..

      Delete
  6. Parti liberal sangat suka menjadi hamba abdi parti kafir harbi kerana mereka terlalu bergantung kepada dedak-dedak yang dibekalkan oleh pemimpin-pemimpin kafir harbi. Maka tidak hairanlah mereka berdiam diri setiap kali pemimpin-pemimpin kafir harbi menghina Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas memalukan Islam.

      Delete
    2. Amboi sapa tak redha dgn DAP dikatakan memalukan Islam. Itulah PAN yg taksub akan DAP yg anti Islam

      Delete
    3. anon walaun taksub parti penjual agama..

      Pas parti politik yg menyesatkan akidah org Melayu dan walaun2 tolol mrk dulu, kini dan selamanya..jgn suka fitnah org sbg penyokong parti lain yg takde kaitan.

      Bila terlalu taksub otak letak kat siku dan lutut. Semoga walaun2 diberi hidayah dan keampunan oleh Allah.

      Delete
    4. Islam versi PAN merangkumi:

      a. Doa
      b. Fitnah

      Selain di atas akan dianggap oleh PAN sebagai telah menjual agama dan menipu Allah..

      Sebab itu kini harbi pun amat dapat merasai bahawa islam versi PAN memang selari dan sesuai sangat dgn kefahaman harbi itu sendiri mengenai islam.. malah mungkin boleh mencapai sehingga ke tahap harbi sendiri pun merasakan bahawa mereka sudah pun menjadi islam; jika islam versi PAN inilah yg menjadi sandaran harbi..

      Patutlah G18 amat marah pabila majoriti ahli PAS tak mahu langsung mengikuti jejak langkah mereka utk masuk PAN! Kerana PAN masih menyangka bahwa semua org perlu tunduk kpd harbi spt mereka! Yg lucunya PAN tak perasan pun bhw sebenarnya selama ini hanya PAN sahaja yg tergamak utk tunduk kpd harbi! kih kih kih..

      Sebab tu dalam PAN boleh:

      a. Membiarkan tonggang arak secara terang2an spt acara Octoberfest selagi mursyidul am PAN redha dan langsung tidak bersuara!

      b. Perjuangkan hak2 pengamal LGBT asalkan PAN boleh meraih sebanyak mungkin akan sokongan bukan islam serta harbi!

      c. Perjuangkan hak2 pengamal murtad kerana PAN sedar bahawa ianya adalah amat selari dgn perjuangan harbi yg dikasihinya!

      d. Fitnah parti islam dgn melanggar sumpah bai'ah kerana katanya parti islam telah "mengkhianati" rakyat walaupun secara faktanya ialah G18 yg kecewa lantaran tewas dalam muktamar parti islam lalu menubuhkan PAN!

      e. Fitnah para pewakaf dgn merampas harta wakaf mereka di mana org2 yg telah wakafkan harta kpd parti islam sejak dulu samada yg masih hidup atau yg telah mati dianggap "sudah pun tahu" bahawa G18 akan keluar parti islam lalu "diserahkan" hak wakaf tersebut kepada PAN!

      f. Fitnah dgn membuat ramalan tok nenek mereka jika sipolan2 itu dan ini masih hidup adalah diyakini akan turut serta jadi ahli PAN!

      g. Fitnah parti islam berUG dgn UMNO tapi jika PAN dgn parti harbi tidak mengapa!

      h. Fitnah ada 10 org ADUN akan lompat parti tapi jika tak menjadi kenyataan PAN hanya perlu buat muka bodo!

      i. Membentak seorang mufti kerana menyokong RUU 355 tapi jika harbi MENENTANG RUU 355 tak mengapa kerana ini yg PAN katakan rahmatal lil aalamiin!

      j. Fitnah parti islam habis2an dgn hanya bersandarkan berita dari sumber asing SR. Al-maklumlah kini sumber tersebutlah yg kini diimani oleh PAN berbanding sumber dari alQuran yg terang2 perintah org2 beriman agar melaksanakan hukum Allah. Ini juga lantaran PAN amat takut (berbanding takut kpd Allah) jika nak laksanakan hukum Allah kerana pasti mendapat tentangan hebat dari golongan harbi yg dikasihi serta ditunduki mereka!

      Sekian seadanya kehidupan terkini para sang pengkhianat!!

      Delete
    5. Bila Hadi dan geng lebai pemakan dedak hasil duit curi 90juta nak saman SR?

      Pemimpin2 Pas @ Pigs pengkhianat undi rakyat dan ahli2 parti sendiri.

      Delete
  7. Parti manakah yg suatu ketika dulu beriya2 melaung2kan perkataan "toghut".."assabiyah".. demi menghasut pengundi supaya menyokong mereka? Dan kini menjilat semula ludah2 mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar toghut dan assobiyah perlu ditentang begitu jugalah harbi..

      Delete
    2. Skrg tok ketua lebai pembohong bersiri Pas semakin bergumbira dpt berpelukan sedondon dgn ketua kaum toghut dan assobiyah disokong pulak walaun2 tolol.

      Dapat pulak elaun sbg tuang punahsihat dari hasil duit curi terbesar di dunia. Walaun dpt saham akhirat krn bersubahat dgn lebai2 kaki lebong. Aamiin..

      Delete
  8. Pas parti assabiyah, dilaknat Allah.

    ReplyDelete
  9. Ir anonymous memenuhi ciri-ciri ahli neraka. Ustaz cakap.

    ReplyDelete