HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR — Tayangan filem Pekak tidak diluluskan di negara jiran Brunei atas alasan ia tidak mengandungi unsur pendidikan dan mempunyai pengaruh buruk.
Filem itu memberi pengaruh tidak baik kerana memaparkan babak menghisap dan menjual dadah, pergaulan bebas, keganasan dan wanita menghisap rokok, kata Brunei.
“Ia mengecewakan kerana ‘Pekak’ berpotensi dan diterima di negara lain tetapi tidak di negara jiran,” kata seorang pengurus besar Primeworks Distribution seperti dilapor Harian Metro.
Marini Ramlan berkata walaupun kecewa pihaknya tetap akur dengan keputusan Brunei. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei menyatakan alasan itu dalam suratnya, 23 Ogos.
“Kami terpanggil memberi kenyataan berikutan ada peminat dari negara itu bertanyakan mengapa filem ‘Pekak’ sepatutnya ditayangkan semalam [Khamis] tidak ada di pawagam,” jelas Marini lagi.
Tambahnya, pihaknya masih berusaha memastikan ‘Pekak’, mengisahkan nasib orang kelainan upaya (OKU) pekak, dapat ditayangkan di Brunei kerana ia boleh menjejaskan kutipan tiket.
Pada masa sama beliau berharap filem arahan Khairul Azri Mohd Noor, lebih dikenali Kroll Azry, dapat ditayangkan di Singapura. Filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd dan Lightbulb Pictures dibintangi Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, dan Sharifah Sakinah.
Ia mengisahkan Uda (Zahiril), seorang pekak, yang terjerumus dalam dunia dadah dan masalah sosial bagi menampung kos pembedahan koklea agar dapat mendengar semula. Pada masa sama Uda jatuh cinta kepada Dara, remaja yang mendambakan kasih sayang ibu bapa, lakonan Sharifah Amani.
“Pekak” baru-baru ini menang dua anugerah Festival Filem Antarabangsa Motivasi di Rostov-on-Don, Russia. Kroll Azry memenangi anugerah skrip terbaik, manakala Zahiril memenangi pelakon lelaki terbaik. – MalayMail
2 comments:
kecewa dengan hukum Islam bermaana kecewa dengan Islam........menang di russia bukan atas nilai-nilai Islam tetapi atas nilai-nilai kapir.......
Bebudak Parti Ajaran Sesat shah alam ramai yang hisap ganja. Pas subang dan Klang pun bersepah taik ganja. Masa solat ramai sedang lalok. Boleh tanya pada Penerangan shah alam dan subang betul atau tidak. Nak tahu tanya sendiri. Pekung sudah dibuka.
Post a Comment