KUALA LUMPUR – Allahyarham Datuk Dr. Haron Din semasa hayatnya dibenci oleh kelompok politikus liberal pragmatis kerana tegas mempertahankan prinsip Islam.
Pendokong PAS, Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, Murysidul AM PAS itu dicaci dan dinista oleh golongan berkenaan tetapi tidak menjadi `kudis buta’ kepada semangat beliau.
“Sebagai Mursyidul Am, beliau mengambil tindakan bersama Majlis Syura dalam menentukan PAS tidak menjadi perkakas politik kepada musuh Islam untuk memanipulasi kekuatan jentera PAS.
“Memutuskan hubungan dengan rakan pemuafakatan politik yang tidak menghormati prinsip Islam mungkin pahit kepada pemimpin Putrajaya, namun itulah rakaman sejarah yang berlaku semasa beliau memimpi Majlis Syura Ulama PAS,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
PAS sejak memutuskan kerjasama politik dengan DAP pada tahun lalu dikecam hebat oleh pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Harapan.
Antara yang menjadi sasaran kecaman itu termasuk Haron dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Malah, kedua-dua mereka turut diejek sebagai pemakan dedak oleh segelintir ahli dan penyokong Pakatan Harapan di media sosial.
Pakatan Harapan turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) yang diwujudkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu Jun tahun lalu. (IH)
Perkara paling yang WAJIB pemimpin Pas ketahui ialah; penyokong Pas selama ini sangat menghormati dan kasih pada semua ulamak. Termasuk Dr Haron Din dan Hadi Awang. Tetapi yang dibenci oleh penyokong ialah watak-watak seperti Riduan Md Nor, Mohktar Senik Al-Maunnah, Nasaruddin, Ibnu Hasyim Al-Agenperkerjaharamaustraliai serta lebai2 generasi hingus yang muncul untuk cari makan demi nafsu dan tembolok mereka sendiri. Kumpulan cai ini sangat bahaya kepada umat.
ReplyDeleteYup! Betoll!! Sokong!
DeleteYa betuiiiiiii....#ibnuhashimsudahkantoi
DeleteRiduan, mukhtar snake,tontonialtontowi,ibnu hashim porno adalah pejuang PIGS yang banyak kali keluar masuk penjara kerna perjuangan barang bawah perut...
ReplyDeleteDasar puak sekuler libral buat fitnah adalah amalan mereka. Moga kembali kepada islam
ReplyDeleteDATUK Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk membayar RM2 juta dalam satu penghakiman ingkar diperoleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon KEADILAN Bukit Besi, Terengganu.
ReplyDeleteAbdul Hadi yang juga merupakan Presiden Parti Islam Malaysia, PAS turut diarah membayar faedah 5 peratus dari writ saman difailkan sehingga penyelesaian penuh beserta kos tindakan sebanyak RM1,500.
Perintah mahkamah itu dilaporkan berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.
Abdul Hadi disaman oleh Shamsul lantaran Abdul Hadi mengatakan ada calon KEADILAN yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.
Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerusi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh KEADILAN
Ini menyebabkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan KEADILAN di tiga DUN di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi oleh Shamsul.
Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul telah meminta Abdul Hadi menarik balik kenyataan dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.
"Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu," kata Shamsul dalam sidang media itu.
Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian menyebabkan Shamsul mengambil tindakan saman terhadap beliau bagi tujuan membersihkan namanya. — EdisiRakyat.com