Friday, September 23, 2016

Guan Eng Persoal Ambiga Kerja Sama Dr M Tapi Kit Siang Boleh..


Photo published for Agenda Daily - Pelik...bila Guan Eng persoal Ambiga kenapa nak kerja dengan Dr Mahathir | Agenda...

INI mungkin satu andaian.

Siapa tahu kalau kalau Lim Guan Eng tengah berserabut bila PKR senang senang saja lawan tauke berkeras tolak kehendak DAP untuk adakan pilihanraya mengejut di Selangor.

Sebagai parti yang mempunyai kerusi Dewan Undangan Negeri terbanyak di Selangor tentu agak mengganggu fikiran terpaksa tunduk pada yang kurang yakni PKR.

Sebelum ini PKR juga sudah bikin rosak program DAP nak buat pilihanraya mengejut di Pulau Pinang untuk test market selepas Guan Eng kena masuk mahkamah didakwa kes rasuah dan salah guna kuasa.

Apakah ini kes untuk lepas geram.... tembak sana untuk sindir sini ?

Semua orang tahu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR kebelakangan ini cukup kamcen dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Khamis,gelagat Guan Eng dilihat lain macam bila beliau tiba-tiba telah mempersoalkan langsung kepada bekas bos Bersih dan bekas Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan mengapa beliau sanggup kerjasama dengan Dr Mahathir.

Katanya ini kerana bekas Perdana Menteri itu dilihat sebagai punca masalah negara ini.

"Kamu berkerja dengan Mahathir.Kenapa anda buat begitu ?Adakah anda memaafkan dia pada apa yang telah dilakukannya?” tanya Guan Eng pada Ambiga.

Kejadian berlaku semasa sesi soal jawab di Sidang Undang-undang Antarabangsa di Kuala Lumpur.

Siapa yang tidak terkejut hal itu timbul kerana pada waktu sama satu dunia tahu bapanya Lim Kit Siang kebelakangan ini juga ' cukup mesra ' dengan bekas Perdana Menteri itu sejak mereka bergabung dalam gerakan Deklarasi Rakyat.

Tidak mungkin Setiausaha Agung DAP itu tiba-tiba alami sakit hilang ingatan.
Malah dalam responnya Ambiga sendiri kata bapa Guan Eng ...Kit Siang boleh kerja dengan Dr Mahathir.

Katanya sekalipun boleh kerja dengan bekas Perdana Menteri itu soal memaafkannya tidak timbul.

Ambiga beri alasan segalanya tolak sebelah dan kerjasama itu adalah untuk mencapai matlamat yang lebih besar.

Baginya ini adalah realiti politik yang memerlukan penyesuaian diri.

Untuk menguatkan hujahnya Ambiga kata malah Kit Siang yang jalani tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( pada zaman Dr Mahathir) dapat mengenepikan perbalahan dan begitu juga dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelik memang agak pelik dengan perubahan nada Guan Eng terhadap Dr Mahathir.

Kata orang tidak ada angin masakan pokok bergoyang.Apa agaknya?- AD 22/9/2016

1 comment:

Anonymous said...

Perghhh bab memecahbelahkan bagi kat Pas. Islam suruh kita bersatu, tapi Islam ajaran Pas menggalakkan perpecahan. Yang bodoh percaya lak Pas bawa Islam sebenar. Yang benar cuma Pas juga rasuah, Pas juga fitnah, Pas juga rompak, dan yang paling pasti, Pas jual agama untuk kepentingan karung sendiri. Mampos la ko Pas tak lama lagi. Tunggu saja bala dari Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails