Friday, September 30, 2016

Hudud & Kehidupan Cina Di Brunei -Ong Boon Teck

Brunei
Bendera Brunei.

BRUNEI Darussalam adalah negara pertama melaksanakan hukum hudud di rantau Asia Tenggara. Ia mula berkuat kuasa pada 1 Mei 2014 secara berperingkat.

Pengumuman Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada awal 2014 itu mendapat sokongan penuh daripada penduduk Islam. Sungguhpun mendapat kritikan daripada Pertubuhan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kerajaan Brunei tetap tegas dengan pendirian untuk melaksanakan hukum Islam itu yang turut dikuatkuasakan ke atas rakyat bukan Islam.

Hampir 70 peratus daripada 420,000 rakyat negara itu adalah penduduk Islam manakala kira-kira 11 peratus adalah bukan Islam. Wartawan Sin Chew Jit Poh yang melakukan tinjauan ke negara pengeluar minyak itu, khasnya mengenai kesan hukum hudud terhadap kehidupan masyarakat Cina di sana.

Wartawan akhbar ini melaporkan, sewaktu Ramadan, rakyat bukan Islam (termasuk pelancong asing) dikatakan turut dikenakan tindakan jika makan, minum mahupun merokok di kawasan khalayak ramai. Setiap pesalah akan dikenakan hukuman denda tidak lebih 4,000 dollar Brunei, penjara tidak melebihi setahun ataupun kedua-duanya.

Menurut seorang pengusaha restoran Cina, Ramadan jelas menjejaskan perniagaannya setelah hukum hudud dilaksanakan dua tahun lalu.

"Pada Ramadan tahun ini, perniagaan saya merosot sehingga 80 peratus, lebih teruk berbanding tahun lalu. Ini adalah kerana kemungkinan pada tahun lalu, terdapat ramai pelancong yang datang melancong ke Brunei disebabkan mereka tidak sedar hukum hudud telah pun dilaksanakan di sini," kata pengusaha restoran ini.

Katanya, sepanjang bulan puasa, semua pelanggan sama ada Islam atau bukan Islam tidak dibenarkan makan pada waktu siang, tetapi cuma boleh membeli secara bungkus sahaja.

"Ramai orang telah didenda. Sesiapa sahaja boleh ambil gambar dan mengadu jika didapati ada orang makan atau minum di dalam restoran," katanya.

Selain tidak dibenarkan jual makanan dan minuman di bulan puasa, satu lagi undang-undang Islam yang dikuat kuasakan terhadap semua pekedai ialah tidak dibenarkan menjalankan perniagaan pada waktu solat Jumaat.

Kerajaan Brunei telah pun menetapkan setiap Jumaat, semua pejabat kerajaan, swasta, restoran dan gedung perniagaan diwajibkan rehat dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang, bagi memudahkan umat Islam menunaikan solat Jumaat di masjid.

Akhbar ini berpendapat, ini jelas menyukarkan di kalangan bukan Islam untuk menjamu selera di restoran pada waktu berkenaan. Apa yang dilihat oleh wartawan ini ialah pada jam 11 pagi setiap Jumaat, ramai orang telah mula berkunjung ke kedai makan untuk membungkus makanan tengah hari mereka.

Dan tepat jam 12 tengah hari, semua kedai dan pejabat mula menutup pintu, manakala aliran kenderaan di jalan raya mulai berkurangan sehinggalah jam 1 petang, kelihatan tidak ramai orang berada di jalan-jalan utama di Bandar Seri Begawan.

Bagi rakyat bukan Islam di Brunei, mereka perlu berpakaian sopan ketika berada di kawasan khalayak ramai. Selain itu, mereka tidak dibenarkan minum minuman keras secara terbuka. Sesiapa yang melanggar undang-undang ini akan dikenakan hukuman yang setimpal.

Sejak pelaksanaan hukum hudud, memang tidak dinafikan ia membawa kesan yang ketara terhadap rakyat bukan Islam di Brunei. Sebagai contoh, kerajaan Brunei secara rasmi melarang perayaan Hari Natal diraikan di tempat awam termasuk juga melarang mengucapkan 'Selamat Hari Natal' dan mengenakan pakaian Santa Claus oleh kalangan Muslim.

Bagi penganut Kristian, mereka tidak dibenarkan menyambut perayaan itu secara terbuka. Begitu juga dengan Tahun Baharu Cina, turut menerima sekatan yang terbaru apabila mulai tahun ini, semua persembahan tarian singa hanya dibenarkan diadakan selama tiga hari, iaitu tiga hari pertama perayaan. Manakala persembahan hanya dibenarkan diadakan di tiga lokasi sahaja, iaitu di tokong, sekolah dan rumah milik ahli persatuan Cina.

Dari segi pendidikan di sekolah, sejak 1984, Brunei memperkenalkan  pendidikan dwibahasa bagi menjamin pelajar berkebolehan dalam menguasai kedua-dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Sekolah-sekolah Cina (sekolah rendah dan sekolah menengah) turut diwujudkan. Bagaimana pun, selain mengikuti kelas Mandarin, murid-murid sekolah rendah dan menengah Cina turut diwajibkan belajar tulis jawi.

Difahamkan, pelajaran tulisan jawi baru dikuatkuasakan di sekolah-sekolah Cina beberapa tahun lalu. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, tiada masalah apa-apa pun. Bandingkan dengan layanan Negara China terhadap rakyatnya yang beragama Islam, atau negara AS terhadap rakyatnya yang berkulit hitam. Jauh beza bagaikan langit dengan bumi..

4 comments:

Anonymous said...

Inilah yg dibenci DAP. Malangnya PAN adalah khadam DAP

Anonymous said...

Yang powernya ada pulak Periuk Leper yg lupakan Al Quran demi DAP tercinta. Walaupun ternyata DAP itu adalah anti Islam. Orang yg ingat Al Quran tak akan sekongkol dengan orang anti Islam macam DAP tu. Sebab hanya Abdullah bin Ubay di Madinah sanggup berkompromi dgn Yahudi Bani Qainuqa. Malangnya periuk leper pula kasih akan Bani Qainuqa modern yg bersemawam di Penang.

INGAT DAP INGAT ABU LAHAB. INGAT DAP INGAT ABU JAHAL. INGAT DAP INGAT BANI QAINUQA

Kat bawah ni ada proof dari Ismaweb yg DAP anti Islam

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam

Anonymous said...

Apa hadiah DAP kepada PAN bila DAP gembira. Sila baca kat bawah ni. PAN dan DAP memang benci kat Brunei gamaknya

http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anti Fitnah said...

Apabila fitnah sudah menjadi darah daging ...
tahi pun berbau wangi
Hebatnya manusia tu bukan kerana bangsanya ... tapi amalan pada agamanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails