SECARA umum, perkataan ‘adios’ dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘Selamat Jalan’. Kita mungkin pernah dengar ungkapan ‘adios’ disebut dalam filem koboi atau gengster Hollywood.
Walaupun ‘adios’ membawa maksud itu. Bunyinya lazimnya disebut dalam pertuturan dialog yang agak kasar. Maka dalam konteks memberi ucapan kepada orang yang meninggal dunia, ia tentu agak mengguriskan hati.
Maka tidak hairanlah PAS berasa marah apabila Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi (gambar atas) tulis di Twitter mengenai kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din pada Jumaat: ‘Adios Harun Din. Let there be peace’.
Dari segi pemahaman orang politik ia dilihat ada maksud lain. Sebelum itu akaun laman sosial Twitter milik Jeff itu telah mendapat teguran daripada ramai penyokongnya sendiri. Beliau kemudian memadamkan kicauan berkenaan.
Jeff sebaliknya menjelaskan menerusi Twitter itu untuk mempertahankan dirinya bahawa konon maksud ‘adios‘ dalam bahasa Sepanyol ialah ‘farewell’ dalam bahasa Inggeris atau dalam bahasa Malaysia ialah ‘selamat jalan’.
Baca: Almarhum Haron Din Dihina Pihak Taksub Politik
Namun di Twitter itu juga sebelumnya, Jeff ada tulis kicaun biadap: ‘Went through news archives about #HaronDin’s role and stand that caused Pakatan Rakyat to finally breakup. He influenced Hadi or vice versa?’
Beliau jelas cuba mengungkit dakwaan konon allahyarham Haron memainkan peranan dalam usaha memecahkan Pakatan Rakyat yang menyebabkan DAP membubarkan blok pembangkang itu dan mewujudkan serpihan PAN pula.
Jadi apabila campur dua Twitter itu, kita boleh buat andaian sendiri mengenai maksud di hati otai DAP Pulau Pinang tersebut yang kemudian disokong menjadi ikutan pula oleh ramai penyokong tegar parti pembangkang.
Mereka bukan sahaja kurang ajar menghina allahyarham Haron, malah mengaitkan pula ulama berkenaan dengan pelbagai gelaran hina hanya kerana dendam terhadap PAS yang enggan mengikut telunjuk DAP sejak tahun lalu.
Ia jauh berbeza sikap sekutunya, PAN apabila pengarah komunikasi parti itu, Khalid Abdul Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam sanggup hadir solat jenazah ghaib dengan Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang pagi Sabtu.
Acara yang berlangsung di sebuah masjid di Shah Alam, Selangor itu turut disertai presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin selain beberapa pemimpin PKR lain yang beragama Islam.
Ketua Dewan Pemuda PKetua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhil Saari dalam kenyataan keras pagi Sabtu menyifatkan Jeff seorang yang paling kurang ajar apabila sanggup mengeluarkan perkataan itu pada waktu sangat tidak sesuai.
Beliau mendakwa ia sebenarnya sekali gus membayangkan wajah DAP yang merupakan parti diwakili Jeff apabila langsung tidak ada sebarang teguran daripada pimpinan parti cauvinis Cina tersebut sendiri terhadap sikapnya.
Justeru Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Jeff memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru atas kenyataan kicauan biadapnya di Twitter berhubung kematian Mursyidul Am PAS tersebut semalam:
KENYATAAN BIADAP: JEFF OOI SERLAHKAN SIKAP ANTI-ISLAM DAP!
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din di atas kenyataan biadapnya di Twitter berhubung kematian Al-Mursyidul PAS tersebut semalam. Jeff Ooi di dalam kenyataan tersebut menulis “Adios Harun Din. Let there be peace’’ sekali gus membayangkan kebenciannya kepada pimpinan PAS tersebut selama ini.
2. DPPM menyifatkan bahawa Jeff Ooi seorang Ahli Parlimen yang paling kurang ajar di negara ini apabila sanggup mengeluarkan perkataan tersebut pada waktu sangat tidak sesuai. Ia sebenarnya sekaligus membayangkan wajah DAP yang merupakan parti yang diwakilinya apabila tidak ada sebarang teguran dari pimpinan parti terhadap sikapnya.
3. Suka diingatkan bahawa ini bukan kali pertama Jeff Ooi berlaku biadap seperti ini. Pada tahun 2013, dia pernah menggelarkan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana menggelar mereka kucing kurap. Sikapnya ketika itu ditegur oleh mendiang Karpal Singh di Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013.
4. Penggunaan perkataan-perkataan kurang ajar dan biadap seperti ini sebenarnya sudah menjadi kebiasaan manusia bernama Jeff Ooi ini. Terdahulu sebelum ini beliau pernah menggunakan ayat bahawa orang Melayu “showed their middle-fingers at their rulers..” (menunjukkan jari tengah kepada pemerintah mereka) apabila merujuk kepada instituti Istana di Perak pada tahun 2009.
5. Dalam isu kematian Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din ini, Jeff Ooi tidak cukup hanya sekadar wajib memadamkan kenyataannya di Twitter semata-mata, bahkan wajib mengemukakan permohonan maaf kepada ahli keluarga Allahyarham bagi menunjukkan dia benar-benar kesal dan menarik balik kenyataan tersebut.
6. Realitinya, inilah wajah sebenar DAP apabila berdepan dengan isu-isu melibatkan agamawan yang dilihat tidak selari dengan ideologi perjuangan sekular mereka. Buktinya, tiada pimpinan DAP yang menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan biadap Jeff Ooi tersebut.
Sekian.
AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
17/9/2016
ADIOS!!! Parti Assobiyah 1Malaysia(pas).
ReplyDeletedap ini adalah parti komunis moden..orang cina janganlah sokong parti ni. Parti sebegini kalau terus ada memang sampai bila2 lah orang melayu akan bermusuh dgn orang cina. Walhal orang cina perlukan pemimpin yang membela mereka, bukannya pemimpin2 cina seperti dalam dap yg kerjanya memprovoke orang melayu. Akhirnya membawa kepada pergaduhan kaum. Tapi kita tahu memang ada sebahagian kecil cina yg sukakan pergaduhan kaum ni sebab mereka rasa dah kuat. Kesimpulannya dap memang parti yg tidak sihat utk dipilih oleh orang cina bagi memimpin mereka.
ReplyDelete..ada juga melayu (tak tahu Islam ke tak) yg n
ReplyDeletebersekongkol dengan kafir laknatullah!
Ada ramai self-declare ulamak(tak tau mazhab mana) yang sehingga ke saat ini bersetongkol dan mempertahankan orang Islam(ahli sunnah walrasuah) merompak dan menyamun harta rakyat.
Delete