Saturday, September 17, 2016

Isu Haron Din: PKR Talam 2 Muka, Selamatkan Diri.

PKR 'Selamatkan Diri' Hentam DAP!

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak menghentam sekutunya kuatnya DAP sebagai langkah mengelak daripada terpalit dengan kontroversi kenyataan yang mempersenda kematian Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din semalam.

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dalam satu kenyataan media hari ini menegaskan PKR Pulau Pinang mengambil pendirian tindakan pemimpin DAP mempersenda kematian Haron itu sebagai biadap dan tidak bertanggungjawab.
Beliau mendakwa kononnya PKR Pulau Pinang tidak bersekongkol dengan perbuatan tersebut dan akan menjarakkan diri dengan tindakan pemimpin DAP berkenaan.
“PKR sentiasa percaya bahawa manusia itu dilahirkan mulia dan kita seharusnya meletakan kemuliaan insan sebagai satu asas penting dalam etika kita berpolitik.
“Perbezaan politik tidak seharusnya menjadikan kita hilang sifat kemanusiaan dengan mempersenda-sendakan kematian sesiapa pun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian berikutan tindakan seorang pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan biadap ke atas kematian Haron berbunyi ‘Adios Harun Din. Let there be peace’ semalam.
Berikutan kecaman hebat dilemparkan ke atas DAP, pemimpin DAP terbabit cuba berdolak dalih dengan mendakwa maksud ‘Adios’ dalam bahasa Sepanyol ialah‘farewell’ atau dalam Bahasa Malaysia sebagai ‘selamat jalan’.
Majoriti masyarakat Malaysia yang kini cerdik Bahasa Inggeris bagaimanapun mengerti apa maksud sebenar ayat pemimpin DAP tersebut.
Umum mengetahui PAS menjadi musuh ketat DAP sejak Majlis Syura Ulama PAS membatalkan kerjasama politik dengan parti cauvanis itu pada tahun lalu demi mempertahankan akidah Islam.
DAP kini menjalin kerjasama dengan parti Islam baharu Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR dalam Pakatan Harapan.
PKR bagaimanapun sejak penganjuran Bersih 4.0 pada Ogos lalu mula bersikap talam dua muka dengan cuba mengekalkan kerjasama dengan PAS bagi meraih sokongan umat Islam negara ini ke atas Pakatan Harapan.
Ia ekoran perhimpunan yang kononnya bertujuan menumbangkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu tidak mendapat sambutan kaum Melayu. (Sumber MYNEWSHUB.CC)


1 comment:

  1. Ada satu je puak melayu yg akan membela kenyataan dap yg menghina ni iaitu PAN...tahniah PAN..!!

    ReplyDelete