Wednesday, September 28, 2016

Kemelut Pekerja M'sia Di Australia Ditahan. Penyelesaian?

  Ibnu Hasyim bergambar di depan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.



CATATAN PERJALANAN IBNU HASYIM, SINGAPURA 

BEBERAPA hari lalu saya berada di kota Singa. Ini kerana beberapa hal.

Mulanya, lihat berita ini..

ausie1

RABU, 24 OGOS 2016 @ 10:49 PM Australia tahan 34 pekerja haram warga Malaysia 

SYDNEY: Tentera sempadan Australia (ABF) menahan 34 warga Malaysia, termasuk dua kanak-kanak yang bekerja di ladang beri biru di utara Coffs Harbour. Ladang itu dipercayai sebahagian daripada sindiket pembekal pekerja haram, mengupah pekerja asing di bandar pantai Woolgoolga. 

Pegawai ABF dan Polis Persekutuan Australia menyerbu premis di kawasan ladang itu selepas mendapat maklumat daripada orang ramai. Semua 34 warga Malaysia yang bekerja di ladang itu, 14 daripadanya bekerja secara haram, manakala 20 lagi terus bekerja walaupun visa mereka tamat tempoh. Tahanan dewasa dibawa ke Pusat Tahanan Imigresen Villawood untuk dihantar pulang ke Malaysia dan anak mereka dipindahkan ke tempat tahanan alternatif. 

Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan, Peter Dutton, berkata rangkaian jenayah buruh menjadi topik utama siasatan jenayah. "Operasi ini memberi isyarat keras kepada individu dan sindiket yang terbabit. Jika anda berada di Australia tanpa visa yang sah, jika anda bekerja dengan melanggar syarat visa atau jika anda mengeksploitasi pekerja asing, anda akan ditangkap," katanya. 

Jika sabit kesalahan, penganjur visa palsu dan pekerja haram bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun atau denda sehingga AU$100,000 (RM308,072.48)

-AGENSI PUSAT Tahanan Imigresen Villawood
Selanjutnya di : http://www.bhplus.com.my/node/186357

Berita ini menggelisahkan ramai rakyat Malaysia yang ingin mencari pekerjaan di negara tersebut. Seolah-olah peluang pekerjaan di Australia sudah tertutup. Sedangkan di Malaysia sendiri proses pembuangan pekerja sudah mula terasa, walaupun pendatang-pendatang berizin dan tanpa izin terus menyerbu masuk.

Ramai yang menghubungi saya bertanya pandangan, mengenai hal tersebut. Jawab ringkas saya kira-kira begini..

"Mereka 34 warga Malaysia yang ditahan bekerja di ladang itu, 14 daripadanya bekerja secara haram, dan 20 lagi terus bekerja walaupun visa mereka tamat tempoh. Tindakan itu wajar, kerana Malaysia pun berbuat begitu kepada pendatang tanpa izin di sini. Cuma bedanya layanan pendatang tanpa izin di Malaysia agak berbeda dengan layanan pihak Australia. 

"Namun kerajaan Australia tetap mengeluarkan visa pelancong ke negaranya, bekerja sambil melancong, bekarja sambil belajar, visa kerja dan lain-lain. Jadi bekerja boleh, tetapi mesti ikut peraturan.. seperti yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia juga, kepada pendatang yang masuk ke sini." Begitu jelas saya.

Ekoran dari berita itu, pihak saya juga telah dihubungi oleh beberapa warga Malaysia yang telah di'black list tiga tahun tidak boleh masuk Australia', memohon khidmat runding kami untuk bekerja di Singapura pula.

"Kami sudah bergadai bergolok dapatkan wang tambang dan pengurusan kerja di Australia, tapi tiba-tiba jadi begini, biaya makan anak-bini pun sudah tiada. Tolonglh bantu untuk kerja di tempat lain pula, kalau dapat. Tolonglah!" Rayu mereka.

Hal inilah yang menyebabkan saya berkunjung ke kota Singa, jiran sebelah selatan negara kita yang agak dekat sikit.

Apa hasilnya?

Setelah kami berunding dengan beberapa pengusaha di sana, walau trend pembuangan pekerja hampir sama berlaku di Malaysia dan Singapura, namun peluang kerja masih ada. Dua orang lelaki warga Malaysia 'black list' di Australia yang menelefon kami itu, telah didapatkan kerja untuknya.

Bagaimana gajinya?

Seorang pengusaha pengambilan pekerja di Singapura mengatakan,

"Gaji perkerja biasa ialah kira-kira SGD900 sebulan. (Hari ini 1SGD=3.04382211 RM.). Ertinya sebulan kira-kira RM2,700. Kami sekarang perlukan ramai pekerja wanita dari Malaysia berkerja di kedai makan.... Atau tukang urut wanita."

Begitu kira-kira, antara penyelesaiannya.


Ibnu Hasyim minum pagi bersama kawan-kawan di depan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Depan Masjid An-nur Woodlands, Singapura.


Di sebuah kedai makan, di Woodlands, lepas subuh.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:




Ibnu Hasyim 28 Sept 2016.
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 
Tel +6014 222 5865 (KL)

Wasap (Muaz) +6018 201 8842


Weblog Panduan: Ibnu Hasyim.Com
Rujuk artikel:

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per ...

http://www.ibnuhasyim.com/2015/06/peluang-kerja-kutip-buah-di-australia.html
Kerjasama Perunding: HMH Resources (Reg.no 001646737-T)


Lihat sebelum ini.. 

5 comments:

Anonymous said...

HARAM...HARAM....HARAM....

KERJA DI NEGARA KAPIR TOKONG LAKNATULLAH....CINA SINGAPORE ADALAH SAMA DGN CINA DAP NAJIS MENENTANG HUKUM HUDDUD LAGI..
HIEE...BANYAK BABI ,ANJING,ARAK,DAN ORANG YG TIDAK TUTUP AURAT DI SANA...
HIEE.....LAGI PUN ORANG CINA KAPIR LAKNAT BERAK TAK DI BASUH...
MAIN KESAT 2 AJE...HIEE..HIEEEE...


ELOK RELEX2 LEPAK KAT KAMPUNG....
MALAM MAIN....BUAT ANAK....
MATI BOLEH MASUK SYURGA.....
SEBAB AKU ADA KAD NO AHLI SYURGA....

ENGKO ORANG JANGAN JEALOUS.....!!!!

Anonymous said...

Ibnu hasyim musang berbulu ayam rupanya..
Menjadi ajen pekerja dan ajen pecah dan perintah...
Kiri kanan masukkkkkkkk

Anonymous said...

Dua-dua komen di atas mungkin dari orang yang sama, cara fikir bodoh. Jahil!

Anonymous said...

Agen human trafficker tersohor di Malaysia...nama dia Ibnu Hashim.

Anonymous said...

Nak tanya..bangladesh boleh kerja australia ke

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails