Kematian Harun Din Dicaci Maki Oleh Penyokong Pembangkang Di Portal FMT & Malaysiakini.
Kisah pagi tadi.
Tuan Guru dikatakan mengalami pendarahan dalaman yang akhirnya menyebabkan dia koma dan perlu bergantung kepada alat saluran pernafasan sejak malam tadi sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pagi ini pada waktu tempatan.
Media kemudiannya melaporkan kematian ATG Harun Din secara berleluasa kerana arwah ialah tokoh politik dan agamawan yang tersohor di Malaysia. Penglibatan arwah dalam parti politik PAS membawanya ke jawatan akhir sebagai Mursyidul AM Pas mengantikan jawatan ATG Nik Aziz yang juga telah meninggal dunia pada tahun lepas. PAS telah kehilangan dua tokoh agamawan yang berpengaruh dalam masa setahun.
Ketika beberapa tokoh pembangkang dan kerajaan menyampaikan salam takziah dan menyatakan kesedihan berhubung dengan kehilangan itu, lain pula halnya yang berlaku di kalangan penyokong-penyokong pembangkang.
Hasil pemerhatian aku mendapati rata-rata masyarakat non muslim yang berkomen di Malaysiakini dan Free Malaysia Today lebih cenderung melepaskan komen berbaur sindiran, cemuhan dan kata-kata nista bila mengulas tentang berita tersebut.
Lihat paparan gambar- gambar ;
Dipercayai rata-rata penyokong DAP yang mengeluarkan komen2 sedemikian. Ini terjadi berikutan mereka mempercayai selain dari TG Hadi Awang, ATG Harun Din juga adalah dalang yang memecahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Mereka juga menyakini laporan portal Sarawak Report bahawanya PAS mendapat laba 90 juta (team Hadi-Harun, team TITM tidak mendapat apa-apa, kononnya lah) daripada Mahathir bagi memecahkan dan mengucar-kacirkan pembangkang agar Pakatan Rakyat musnah dan berkecai. Disebabkan fahaman itulah yang membuatkan rata2 penyokong DAP membenci ATG Harun Din. Tak dinafikan juga pendapat ATG Harun Din dalam isu kitab bible melayu yang mencetuskan polemik muslim-kristian turut menjadi sebab kepada kebencian tersebut.
Kerjasama PAS - UMNO, kononnya mahu berUG juga menjadi punca penyokong2 DAP membenci ATG Harun Din kerana arwah kononnya bersetuju dengan penyatuan tersebut bahkan antara yang terlibat secara utama bagi mendekatkan PAS kepada UMNO. Namun sehingga TG Harun Din meninggal dunia, PAS dan UMNO belum lagi bersatu secara legal. Sekadar kerjasama dalam beberapa perkara2 politik dan pentadbiran yang juga turut dilakukan oleh PKR dan DAP, mereka bersama-sama kerajaan pusat pimpinan Najib dalam sesetengah isu berkaitan hudud, pentadbiran negeri dan juga projek pembangunan.
Respon luarbiasa penyokong2 pembangkang ini juga jadi pemerhatian blogger2 dan penyokong2 Najib dari jarak jauh. Mereka melihat akhlak yang sama mengkritik kematian pimpinan pembangkang seperti mendiang Karpal Singh & ATG Nik Aziz oleh sesetengah penyokong kerajaan berbalik kepada penyokong2 pembangkang terutamanya pada geng2 DAP. Adakah ini akhlak yang patut ditunjukkan ketika berlakunya kematian? Adakah perbezaan politik menghilangkan perikemanusiaan kita? Tidak kah kita belajar moral di sekolah bahawanya orang yang mati harus dihormati? Ucapan2 yang baik bagi memujuk ahli keluarga yang kehilangan sudah tidak wujud kah?
Apetah lagi ucapan2 negatif itu dihamburkan pada saat semua yang kita diberi-faham tentang ATG Harun Din tidak terbukti. Apakah kita ada bukti ATG Harun Din ialah dalang perpecahan PAS - DAP? Apakah kita ada bukti ATG Harun Din terima wang 90 juta? Apakah kita ada bukti PAS - UMNO berUG atas inisiatif TG Harun Din? Tuduhan2 yang dilemparkan oleh sesetengah blogger pembangkang seperti blogger pro Amanah / Khalid Samad adalah tidak pernah dibuktikan secara fakta serta hujah bahkan tiada apa2 dokumentasi konkrit yang dilampirkan dan bagaimana mudahnya kita berdasarkan hanya persepsi menunjukjan kebencian yang melampaui batas kemanusiaan? Mana moral kita di saat kita persoalkan moral pimpinan kerajaan? Bagus sangat ke akhlak kita neh?
Memalukan. Semua orang baca komen kita. Dan sekarang semua orang tahu bagaimana adab kita bila mendengar perkhabaran tentang kematian. Hormat orang meninggal dunia konon. Cakap tak serupa bikin. Pura-pura dan kemunafikan yang jelas disitu. Sekarang penyokong2 PAS akan bertambah benci kepada DAP. Terima kasih kepada sesetengah penyokong DAP yang biadap. Jangan bermimpi tentang Putrajaya. Aku tak rasa Pulau Pinang pun akan menjadi laluan mudah sekarang. Tidak hanya kita berpecah. Bahkan berlumba2 melakukan kebodohan juga. Err tahniah la.
Babai.
Nota. 1. Sesetengah gambar kredit to Lim Sian See. Yang lain aku semak dan siasat sendiri dan nampaknya terbukti apa yang sedang berlegar2 di media sosial kini.
Nota 2. Dimaklumkan oleh LSS juga, terlalu banyak komen2 biadap di Malaysiakini saluran English yang melaporkan kematian ATG Harun Din sehingga memaksa pihak Malaysiakini memadamkan semua komen2 tersebut dan block orang awam menghantar komen ke atas berita tersebut.
Diangkat dari http://www.amenoworld.net
Tak lama lagi giliran Hadi Awang pulak. Mudah-mudahan kepala taik itu sempat mengucap dan bertaubat. Nak tanam kat mana lah pulak tu?
ReplyDeleteAstaghfirullah .. Sekiranya anon 11.13am bukan seorg harbi sila istighfar byk2..
Deletehttps://youtu.be/xCYe9tjnYeQ
DeletePandangan TGNA terhadap Husam Musa
Moga allah memberi hidayah pada anony 11:13 tapi sekiranya dia bikan islam moga allah membuka pintu hati dia untuk memeluk islam.ameen
DeleteAmpunkanlah dia ni ya Allah, sesungguhnya ahli Pas tidak jamin masuk syurga, cium bau syurga pun belum tentu lagi. Kesianlah pada dia yang kuat berangan-angan sebelum dia mampos tak lama lagi. Amin
Delete