Thursday, September 29, 2016

Mengaku Hina Islam, Ada Dalang Di Belakang?

Penulis Blog 'Rogol' Al-Quran Mengaku Salah Hina Islam

SINGAPURA – Penulis blog kontroversi, Amos Yee pada 28 September mengaku bersalah di sebuah mahkamah tempatan terhadap tiga dakwaan sengaja menyakiti perasaan golongan Muslim.

Belia berusia 17 tahun itu yang turut dianggap seumpama Alvin Tan di Malaysia itu mengaku menerbitkan serta menaikmuatkan gambar dan dua rakaman video jelik yang sengaja untuk niat menyakiti perasaan umat Islam.
Bagaimanapun dia hanya akan dijatuhi hukuman oleh pihak mahkamah republik tersebut pada pagi 29 September, lapor stesen penyiaran tempatan milik pemerintah,Channel NewsAsia di sini.
Pada bulan lalu, Yee mengaku bersalah terhadap tiga dakwaan iaitu sengaja menyakiti perasaan penganut Islam dan Kristian serta dua dakwaan kerana didapati gagal hadir melaporkan diri di balai polis ditetapkan.
Semasa perbicaraannya, mahkamah difahamkan sebanyak 24 aduan polis dibuat terhadapnya, berhubung kait dengan enam dakwaan yang dihadapinya kerana menyakiti sensitiviti perasaan berbaur keagamaan.
amos2
amos1
Yee kemudian didapati berjaya meninggalkan Singapura pada 13 Disember tahun lalu, selepas mendapat notis. Dia bagaimanapun bertemu dengan pihak polis bagi urusan soal siasat dua hari selepas itu.
Dia memberi alasan perlu pergi ke Hong Kong, China konon untuk menerbitkan beberapa catatan mengenai notis yang dikenakan oleh pihak berkuasa republik tersebut ke atas dirinya itu.
Selepas dia pulang April tahun ini, polis mengeluarkan satu lagi notis terhadapnya. Yee cuba meninggalkan negara ini sehari sebelum soal siasat itu namun akhirnya berjaya ditangkap pada 11 Mei lalu.
Dia pernah didakwa atas tuduhan yang sama tahun lalu dan dihukum penjara selama empat minggu. Bagi menyakiti perasaan tentang keagamaan, Yee boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya.
Bagi tidak mengendahkan perintah untuk menghadirkan diri ke balai polis bagi siasatan pula, dia boleh dihukum penjara sebulan secara maksimum, didenda sebanyak S$1,500 (RM4,600), atau kedua-duanya.
Yee memang dikenali dalam komuniti YouTube tempatan dengan video paparan lucu menerusi lama itu di samping memainkan satu watak sampingan dalam filem komedi, We Not Naughty sebelum ini.
Pada 28 Mei lalu, dilaporkan Blog Mynewshub ada berkongsi sebuah klip video kontroversi yang dibuat oleh Yee sendiri berniat biadap untuk menghina umat Islam dengan mempersendakan kitab suci al-Quran.
Menerusi video yang berdurasi 47 saat itu, Yee dilihat menjilat dan mengoyakkan helaian al-Quran sebelum tambah kurang ajar lagi, dia turut menjadikan al-Quran sebagai bahan seks dengan ‘merogolnya’.
Pada 1 April tahun lalu, Yee ditangkap polis kerana menghina negarawan Singapura, mendiang Lee Kuan Yew yang baru sahaja meninggal dunia selain menyinggung perasaan penganut Kristian di republik itu.
Kes Yee turut menarik perhatian pelbagai pihak termasuk ada juga yang menyokong remaja itu sebagai ikon dalam memperjuangkan kebebasan bersuara dan lantang antikerajaan. – Agensi
(Nota Editor Mynewshub: Rakaman video kontroversi Amos Yee tidak boleh disiarkan atas arahan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlukah disiasat siapa dalang dibelakang mereka? Apakah ianya suatu gerakan antarabangsa menghina Islam secara tersusun?

16 comments:

Anonymous said...

Amos Yee dan penyokong-penyokongnya dan dalang mereka adalah contoh makhluk perosak yang amat menjijikkan dan tidak bermoral yang menggunakan alasan Free Speech untuk menghina agama Islam dan umat Islam. Ini jelas membuktikan kafir harbi adalah lebih bodoh dari haiwan ternakan ternakan kerana mereka gagal membezakan antara free speech dan hate speech ! Mungkin kafir harbi inilah yang dimaksudkan oleh Charles Darwin sebagai manusia keturunan berok (ape) dan spesis ini juga terdapat di negara kita!

Anonymous said...

Pas tu lagi la menghina Islam.

Ir Anonymous said...

DAP berpura2 tidak menegetahui akan isu Amos Yee ni.. begitu juga PAN.. PAN mana berani punya..

Anonymous said...

Anon 11:21 AM adalah pencacai pemakan dedak ultra kiasu yang membela kafir harbi menghina Islam dan umat Islam dan pada masa yang sama Anon 11:21 AM juga menfitnah dan memburuk-burukkan parti islam PAS yang membela agama Islam dan umat islam.

Anonymous said...

Ultra Kiasu negara ini mempunyai sikap anti-Islam sama seperti Amos dan dalangnya. Malangnya terdapat manusia liberal yang mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi mereka rela diri mereka diperalatkan oleh kafir harbi untuk menghina Islam. Merekalah pengkhianat terkutuk yang menjadi musuh dalam selimut.

Anonymous said...

Puak-puak kafir harbi dan liberal mendabik dada konon merekalah yang memperjuangkan kebebasan bercakap (Free Speech) dan mereka menggunakan alasan 'Free Speech' untuk menghina dan menfitnah Islam dan umat Islam. Sebenarnya merekalah yang mengamalkan hate speech yang menyebarkan kebencian dan permusuhan dalam masyrakat !

Jika kita mengkritik puak-puak kafir harbi dan liberal dan agama mereka, mereka akan bertindak balas secara melampau dan melenting tahap gila babi mengutuk kita dan meminta pihak berkuasa menggunakan akta hasutan dll untuk menghukum kita sedangkan kita semua tahu puak-puak kafir harbi dan liberal inilah yang menentang dan mahu menghapuskan akta hasutan dll.

Ini jelas menunjukkan puak-puak kafir harbi dan liberal adalah makhluk munafik yang tidak bermoral dan amat menjijikkan !


Anonymous said...

Pas parti sesat jual agama.

Ir Anonymous said...

Sesat sebab tak tunduk kpd DAP macam PAN tu ke?

Anonymous said...

Nampaknya Anon 4:18 PM telah membuat tuduhan tanpa sebarang bukti. Ini jelas membuktikan kekecewaaan Anon 4:18 PM dan balaci-balaci pemakan dedak kafir harbi dan bos Ultra Kiasu mereka terlalu terdesak untuk menfitnah PAS tetapi mereka gagal sepenuhnya.

Anonymous said...

Pas parti menipu melayu

Anonymous said...

Pas memalukan Islam.

Anonymous said...

Pas parti politik yg menyesatkan akidah org melayu dan walaun2 tolol.

Anonymous said...

Pas parti assabiyah dilaknat Allah

Anonymous said...

"Pada 1 April tahun lalu, Yee ditangkap polis kerana menghina negarawan Singapura, mendiang Lee Kuan Yew yang baru sahaja meninggal dunia selain menyinggung perasaan penganut Kristian di republik itu."

Nampak jelas yg Amos Yee ini bukan sahaja menghina Islam, tetapi juga menghina LKY dan agama Kristian. Tetapi walaun Pas dalam ni cuma nampak hinaan terhadap Islam sahaja.

Cubalah guna otak dengan lebih cerdik. Sekurang2nya bacalah sampai habis. SiMangkuk Amos ini sememangnya seorang yg tiada akhlak dan tiada pegangan agama mana2 pun. Semua agama dicacinya.

Barua2 Pas dalam ni cuma nampak dia hina Islam tapi buta keseluruhan fakta. Nak lagak tunjuk diri Hero tapi sebenarnya mendedahkan betapa cetek dan bodohnya mereka itu.

Sah Pas cuba membodohkan orang Islam yang lain dengan fanatism tak bertempat.

Ir Anonymous said...

Di Malaysia pun ada yg bersikap lebih kurang macam Yee tu jgk.. Dia tak kesah kalau org hina islam tapi jgn sesekali org hina DAP!!

Anonymous said...

Sekiranya ada orang bertanya,"apakah contoh manusia munafiq?" Maka jawapannya ialah."lihat sahaja kepada karakter Ir Anonymous 4.06. Contoh paling mudah dilihat." Inilah munafiq.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails